Monday 20 October 2014

AKTA HASUTAN WAJAR DI MANSUHKAN DAN DI TUKAR NAMA?



Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Mohamed berpendapat ia tidak wajar dan andaikata ia di mansuhkan, berkemungkinan  mengugat kestabilan Negara. Memansuhkan Akta Hasutan tidak akan membntu pengwujudan perpaduan rkyat dan ketenteraman negara.

Sebaliknya ia akan menyebabkan ketegangan hubungan, permusuhan dan pergaduhan antara kaum di Malaysia.

Bagaimana ia boleh membawa kepada keadaan kucar kacir ini?

Sebagai contoh, Majlis Peguam dan kumpulan hak asasi manusia menuduh Islam kejam. Orang Islam tidak boleh bertukar agama. Orang Islam tidak boleh berkahwin dengan orang bukan Islam. Ini tidak adil dan melanggar Universal Declarification of Human Right (UDHR). Majlis Peguam dan kumpulan menggunakan alasan hak asasi ini untuk menekan Kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Hasutan.

Akta ini memelihara keistimewaan orang Melayu yang turut dikatakan melanggar hak asasi orang lain.

Tun Hamid berhujah bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang undan utama Malaysia dan mana mana undang undang yang bercanggah dengannya adalah tidak sah dan batal. Peruntukan UDHR yang tidak selaras dengan Perlembagaan juga tidak menjadi sebahagian daripada undang undang undang domestik kita.

Apa yang di maksudkan dengan Undang undang domestik itu?

Perlembagaan Persekutuan melihat hak asasi manusia dari sudut sebuah Negara yang baru lepas daripada belenggu penjajahan  selama lebih empat abad yang membawa kebanjiran pendatang bersama sama bahasa, budaya, dan agama yang hampir menengggelamkan penduduk asal nya sendiri, yang terpaksa berkongsi kuasa dengan pendatang selepas merdeka.

Yang moleknya  hampir semua hak asasi utama yang disebut di dalam UDHR terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi dengan beberapa pengecualian dan pengubahansuaian yang perlu. Ia tidak boleh di elakkan kerana Perlembagaan Persekutuan di bentuk mengikut aspirasi dan kesesuaian keadaan di Malaysia.

Satu lagi sudut pandangan yang menarik ialah pendapat Tun Hamid mengenai cadangan Kerajaan menukar Akta Hasutan kepada Akta Harmoni. Tun Hamid tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana Akta Hasutan dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tidak wajar mengambilalih tugas dan tanggonjawab KDN di dalam bidang ketenteraman Negara.


Sumber: Mereka Opportunis, Mingguan Malaysia 19 Oktober 2014, muka surat 7 Rencana.

3 comments:

  1. kena mengadap najib ni, jangan pakai wakil2. bagi tazkirah betul2 kt najib dan beri justifikasi untung rugi akta tu dimansuhkan. kalau najib masih degil dan tak nak faham implikasinya, tak taulah nk buat apa. kita bukan tak sayang kepada allahyarham tun razak, tapi anakandanya terlalu liberal dan ianya sgt tidak sesuai kepada keharmonian hidup berbilang kaum di malaysia. pihak satu lagi akan gunakan kelompangan itu utk melakukan provokasi melampau.

    ReplyDelete
  2. MGM Casinos and Casinos - Dr.MCD
    MGM 논산 출장안마 Casinos and Casinos · Las Vegas, NV Casinos 서울특별 출장샵 · Las Vegas, NV 군포 출장안마 Casinos 하남 출장마사지 · Atlantic City, NJ Casinos · Las Vegas, NV Casinos · 성남 출장마사지 New

    ReplyDelete