Wednesday 13 November 2013

KEJADIAN ROMPAK DAN BUNUH DI AmBank ADA HIKMAH NYA.



ALLAH Maha Esa dan Maha Mengetahui.

Penulis amat sempati dengan suami dan keluarga di atas kejadian bunuh dan rompak oleh seorang pengawal keselamatan (dengan bantuan seorang rakan yang menunggu di luar Bank) terhadap Allahyarham Norzita. Allah lebih meyayangi beliau.

Kejadian ini telah menyebabkan pembongkaran banyak aktiviti haram oleh warga asing dan syarikat keselamatan. Hasil Ops oleh PDRM, banyak kelemahan di kenalpasti.

Antara aktiviti haram yang boleh menjejaskan keselamatan negara Malaysia ialah wujudnya penggunaan dan penjualan MyKad palsu oleh dan kepada warga asing. Ini bermakna ada dalang yang menjalankan aktiviti haram ini tanpa dikesan sebelum kejadian bunuh tadi.

Yang menyedihkan ialah syarikat keselamatan tidak dapat mengesan mereka ini ketika memohon pekerjaan di syarikatnya. Syarikat keselamatan mengambil jalan ringkas melantik dan mengajikan warga asing (hanya rakyat tempatan dan warga Nepal yang pernah bertugas sebagai polis atau tentera di negara asalnya).

Syarikat mungkin `skip’ menghantar biodata pegawal keselamatannya untuk saringan PDRM. Mungkin ada saringan PDRM tetapi berjaya dan layak di dalam saringan.


Untuk pembayaran gaji bulan, pengawal keselamatan perlu membuka akaun di bank pilihan dan berdaftar dengan KWSP. Amat malang sekali jika Bank dan KWSP yang kebiasaannya menggunakan `Card Reader’ secara meluas, pun gagal  mengesan kad pengenalan palsu. Begitu juga halnya jika pengawal keselamatan tersebut memerlukan motosikal atau kereta ke tempat kerja. Mereka perlu memiliki lesen memandu. Selain itu, mereka perlu menggunakan kad pengenalan untuk menyewapajak motosikal atau kereta. Jika proses ini lolos juga, ia bermakna kad pengenalan palsu tersebut mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.

1 comment:

  1. malaysia punay sistem kerajaan.. mau dikorbankan dulu, mati rakyat baru lah terhegeh2 pihak berwajib utk tnjuk prihatin dan kuat kuasa undang2.. malu je pd British yg jajah kita pn dlu lbh bertanggungjwb pd undang2 brbanding melay memerintah.. undang2 celah kangkang.. rse nk pakai bile2 boleh pakai.. xnk pakai buat bodoh je... sbb tu PATI bebas keluar masuk.. dadah berleluasa.. BERSHIT boleh buat huru hara.. ohh.. Malaysiaku.. bilakan BN mau sedar??

    ReplyDelete