Thursday, 27 September 2012

SEPTEMBER BULAN TERBAIK UNTUK BN

Seminggu dua dalam bulan September ini, Pakatan rakyat (PR) dilanda pelbagai isu akibat daripada kekilafan sendiri dan ia memberikan kelebihan kepada BN. Menjelang PRU13, BN dan PR mesti mengelakkan kontroversi politik yang pada kelazimnya menjejaskan `rating'.
FILEM MENGHINA ISLAM
Katkala umat Islam dunia membantah kerana penayangan youtube filem `Innocience of Muslim', Pengerusi DAP Perak yelah mengeluarkan kemyataan bahawa umat Islam telah membuang masa memprotes filem ini. Ketidak sensitif perasaan orang Islam di Malaysia, telah menjurus kepada bantahan dan cemuhan terhadap Pengerusi DAP Perak tersebut dan DAP keseluruhannya. 
Ngeh menerima tekanan dari dalaman dan luaran parti, lalu meminta maaf. Namun minta maaf tersebut sudah terlamat dan telah menguris hati umat Islam dan jutaan pengundi Melayu. Jikalau tiada tindakan bijak DAP untuk `manage the damage control', penulis yakin akan berlaku ketirisan sokongan rakyat terhadap DAP dan undi.
BN memertabatkan ISLAM
JET PERIBADI
Tian Chua secara sengaja atau tidak sengaja, mengetahui kesan politik atau tidak atau di dalam pengetahuan atau diluar pengetahuan Pengurusan Atasan PR, telah memuatturun gambar `bos'nya bersama kekawan PR di dalam sebuah jet peribadi mewah untuk pergi ke Labuan sempena sambutan Hari Malaysia yang ke 49 baru baru ini.
Ekoran daripada muatturun gambar tersebut, musuh politik dan rakyat mula menyoalkan PR khasnya Anwar Ibrahim. Adakah jet tersebut milik Anwar Ibrahim, PKR atau penaja?
Menaiki jet peribadi tidak ada masalah. Kalau ada duit dan tiada elemen rasuah, ia dibenarkan. Yang menjadi masalah ialah jawaban mereka tidak sekata. Anwar Ibrahim kata tajaan kenalan, Tian Chua kata di sewa (Tjet Sdn Bhd mengakui ia disewa) (Sebentar tadi, ada laporan seorang hartawan Sarawak menaja RM96,000 untuk kegunaan 2 hari oleh Anwar Ibrahim) manakala Nurul Izzah kata ia dipinjam dari kawan.
Permasalahan terus melanda. Siapa yang menaja? Rakyat cukup benci jika Georga Soros dan Amerika Syarikat yang menaja pesawat tersebut.
Selama ini, penyokong PR ingat pemimpinya berjiwa rakyat, sanggup berpanas dan berhujan, sanggup bergajikan RM1 untuk menjadi penasihat ekonimi Selangor, berani masuk lokap dan penjara tetapi tabiat buruk sebenarnya mereka juga suka berbelanja besar dan bermewah.
Lim Guan Eng, menaiki pesawat kelas ekonomi Air Asia ke Kuala Lumpur, di awal bulan menerajui Kerajaan Pulau Pinang. Selepas beberapa bulan, beliau mula menaiki kelas pertama, contonya ke Itali.
Isu jet peribadi ini menjijikkan rakyat kerana berbohong dan `cakap tidak serupa bikin'.
BN menentang pembaziran
SUARAM
SUARAM telah disiasat oleh SSM dan terdapat bukti kukuh SUARAM menerima dana asing atas alasaan memertabatkan demokrasi ala Narat dan Yahudi. Tun Mahathir menyatakan penderma dana mahu menukar Kerajaan yang menjadi Pak Turut kuasa asing. 
SUARAM sedang disiasat oleh ROS dan BNM dan laporan akan dihantar ke pejabat Peguam Negera untuk tindakan seterusnya. Disyaki SUARAM menerima dana daripada George Soros, seorang penyagak matawang asing berbangsa Yahudi. Beliau pernah mencuba menjatuhkan Kerajaan Malaysia yang sah melalui manupulasi matawang.
Pembabitan orang yahudi di dalam politik Malaysia oleh PR menyebabkan rakyat Malaysia khasnya orang Melayu akan menjauhi PR.
Tahniah BN 
TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG PEMBOHONG
Adakah rakyat Pulau Pinang inginkan seorang pemimpin dan partinya yang berbohong kepada semua orang? Bahaya memilih orang yang mempunyai ciri ciri munafik ini. Dr Mansor sebelum ini menafikan yang beliau menganggap Lim Guan Eng seorang yang sombong dan angkuh. Belaiu mengakui hanya berkata Lim Guan Eng bagai Tokong bagi orang Cina. Tetapi selepas rakaman audio disiarkan, DrMansor mengakui kenyataan tersebut. Beliau menyesali rakan dalam PKR yang membocorkan rahsia mesyuarat dalaman PKR.
Isunya cakap bohong dan benarlah Lim Guan Eng seorang yang sombong dan angkuh. Orang Melayu Pulau Pinang mesti tolak PR.
BN mesti selamatkan Pulau Pinang
JEMAAH HAJI
Jemaah haji Malaysia gembira kerana pengurusan Tabung Haji dan Kerajaan Malaysia telah dan akan memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada jemaahnya. Rata rata anak anak dan saudara mara di Malaysia bersyukur kepada Allah yang menerima ibu bapa dan saudara mereka di Tanah suci Mekah dan Madinah.
Syukur pada Allah, Terima kasih BN. 
BAJET 2013
Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada hari Jumaat petang 28 Sept 2012, dijangka akan memberikan banyak menafaat kepada rakyat jelata yang berbilang kaum. Golongan muda, wanita, warga emas, peniaga, pesara, penyandang kerajaan dan swasta akan gembira dengan bajet `janji ditepati'. 
Tabik kepada BN.
SAMBUTAN HARI MERDEKA 55 TAHUN DAN HARI MALAYSIA 49 TAHUN.
Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia telah menunjukan sokongan rakyat yang padu kepada Dato Sri Najib dan Kerajaan BN. Rakyat merasa selamat dan ingin menunjukan sokongan balas kepada BN di atas segala usaha mensejahterakan rakyat Malaysia.
Satu sokongan besar kepada BN.


Tuesday, 25 September 2012

BEKALAN AIR BERSIH DI KELANTAN

Kerajaan PAS gagal membekal air bersih kepada rakyat Kelantan. Mereka kata jikalau Kerajaan Pusat/Petronas membayar royalti, Kerajaan PAS boleh melaksanakan projek bekalan air bersih.

BN mengambil langkah membekalkan mesin `menapis dan membersih' kepada beberapa kampong dan telah membuahkan hasil dan memgembirakan rakyat. BN telah menambah peruntukan sejumlah RM2 juta lagi untuk membekal mesin di sekolah sekolah di Kelantan. 

Kejayaan ini dicemburi oleh Kerajaan PAS. Mereka melontarkan berita bahawa air bersih tersebut mengandungi e Coli. Setelah disiasat oleh Kementerian Kesihatan, air tersebut bebas e Coli.

Penulis berpendapat Kerajaan PAS tidak berkeupayaan mentadbir negeri. Mereka tidak terfikir atau cukup kreatif untuk menyelesaikan masalah jangka pendek dan panjang.

Kerajaan PAS sebenarnya boleh melaksanakan projek `menapis dan membersih' air ini kerana modalnya tidak sebesar Langat2. Mereka boleh terus memajak tanah dan hasil mahsyul kepada swasta dengan mengambil 30 peratus saham percuma. Selain daripada itu, kelazimannya, swasta tersebut menderma sejumlah wang untuk dana.

Ringkasnya, ahli perniagaan yang ingin berniaga di Kelantan seperti PKINK, perlu reda dengan 30 peratus saham percuma dan tambahan keuntungan dalam bentuk royalti atau peratus keuntungan ataupun 30 peratus lagi imbuhan.

Monday, 24 September 2012

HOREY!! KM PULAU PINANG CADANG MENAMAKAN P.RAMLEE INTERNATIONAL AIRPORT

Menyedari rakyat Melayu Islam Pulau Pinang khasnya sedang marah dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba meredakan kehangatan/kemarahan rakyat dengan mencadangkan nama ikon Melayu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bagi Lapangan Terbang Antarabangsanya.
Ikon Melayu kelahiran Pulau Pinang ini memang banyak berjasa di dalam industri perfileman negara dan layak diberikan penghormatan.
Secara positifnya, ia merupakan strategi baik DAP untuk mengurangkan kebencian orang Melayu terhaDAP DAP. Mereka menyejukkan hat orang Melayu dengan meng`antarabangsa'kan nama Melayu di persada dunia. Penjenamaan ini juga boleh dijadikan alat oleh DAP untuk menyangkal tuduhan orang ramai yang DAP sebuah parti anti Melayu.
BN bukan tidak berusaha kearah itu tetapi kurang `menyengat' kerana tidak mempolitikkan perkara. Bukan tidak ada usaha langsung. Jangan pulak ada orang cuba `compare' apa yang BN buat terhadap P.Ramlee berbanding dengan DAP.
Orang Melayu Pulau Pinang mesti bersikap rasional. Yang baik itu sokong, tetapi undi tetap Beri kepada BN. Penulis tidak mahu DAP gula gula orang Melayu.
Masih ingat tak penulisan saya mengenai `strategi BN menawan Pulau Pinang? Sila ke blog saya.

Sunday, 23 September 2012

TAN SRI KHALID SELANGOR CADANG ADAKAN PILIHANRAYA BERASINGAN

Pilihanraya umum ke 13 perlu diadakan selewat lewatnya pada 28April 2013. BN sedang sibuk merangka strategi untuk menetapkan tarikh yang sesuai diadakan pilihanraya. Tetapi menurut Tan Sri Khalid, Menteri Besar terburuk di dalam sejarah Selangor, berura ura untuk mengadakan pilihanraya yang berasingan dengan pilihanraya umum. Alasanya ialah senarai pemilih pengundi masih ber`hantu'. Kekawan PKR yang lain, DAP dan PAS, walaubagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Tan Sri Khalid.

Tetapi umum tahu bahawa rakyat Selangor sedang tidak berpuas hati dengan pentadbirannya dan selama mana yang boleh, Tan Sri Khalid mesti melengahkan masa supaya dapat diperbetulkan suasana atau permasalahan di Selangor.

Krisis air dikalangan rakyat meranapkan imej Kerajaan Selangor keparas rendah seperti kedudukan air di empangan. Perhubungan Kerajaan dengan Istana terus dingin dan sukar diperbaiki. Janji air percuma tidak dapat ditunaikan malah tindakan mahkamah oleh rakyat Selangor, mendatang. Talamgate masih menghantui Tan Sri Khalid. PKR yang terkenal dengan cabaran debat, tidak hadir berhadapan dengan MCA.

Selamat tinggal PKR dan PR....

TABIAT BURUK AHLI / PENYOKONG UMNO-sambungan

Penulis ingin menyambung cerita tabiat buruk ahli dan penyokong UMNO selepas beberapa penulisan terdahulu. Sila semak.
Penulis perhatikan Ahli Parlimen dan Ahli DUN atau wakil rakyat yang dipilih mempunyai kontraktor yang mereka minati atau diselesai ataupun kroni. Ada wakil rakyat yang mengamalkan `favouratism' kepada kontraktor tertentu kerana kontraktor tersebut boleh diharapkan ataupun `perform'. Dalam banyak kes, kerja kerja `emergency' perlu di laksanakan dengan segera sebelum peruntukan tersedia. Banyak berlaku kerja kerja tersebut merugikan atau menguntungkan kontraktor. Dalam kes kerja yang rugi, wakil rakyat akan `top up' kerugian kerja ini dengan kerja lain di masa hadapan.

Yang buruknya, kontraktor yang diminati dan diselesai oleh wakil rakyat tersebut merupakan kontraktor yang sombong dan `tidak mesra rakyat' di taman perumahan atau kampongnya. Sesen pun rezeki yang diberikan atau disalurkan kepada mereka tidak dipergunakan dengan baik untuk mengkukuhkan UMNO di taman perumahan mereka. Kontraktor semakin sombong, menambah kenderaan dan menjauhi penduduk setempat. Ramai penduduk setempat tahu bahawa wakil rakyat Parlimen atau DUN tertentu memberikan kerja tersebut. Akibatnya penduduk membenci wakil rakyat kerana wakil rakyat menambah kesombongan kontraktor tersebut. Isteri dan anak anak tidak bercampur gaul dengan penduduk. Jamuan Hari Raya tidak diadakan dan jemputan tidak dihadiri.

Para wakil rakyat boleh memperbaiki suasana ini. Boleh semak rekod mereka. Jangan sampai penulis menyebut nama wakil rakyat dan kontraktornya.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

Friday, 21 September 2012

WARIS (HAIRIE OTHMAN, KAWAN USTAZAH ABBY)

Semalam 20 Sept 2012, di TV3, jam 10 malam, drama WARIS menutup tirai. Akhirnya keluarga Cik, Chad, Maris, Maisarah dan Ammar hidup bahagia tanpa gangguan WARIS (Hairie Othman, kekawan Ustazah Abby). WARIS, yang sesat, berjaya dikalahkan dengan kebenaran. WARIS terbakar hanggus.

Penulis cuba mengaitkan perwatakan WARIS di dalam politik Malaysia. Terdapat sebuah parti politik yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fitnah, fatwa dan pendirian. Pemimpin parti politik ini mengatakan ALLAH pun mencarut, ALLAH itu gengstar, undi parti dia, masuk syurga, berkawan dengan syaitan boleh, Nabi Muhammad sebelum diangkat sebagai Rasullulah, sama dengan mamat di kampong. Kalimah ALLAH boleh dipakai oleh agama lain dan banyak lagi .Waduh.... pening kepala nak `explain' kepada anak anak.

Pengajaran daripada drama ini, kejahatan di balas dengan kehancuran dan kebaikan dibalas dengan kemenangan.



TAHNIAH TAN SRI MUHYIDDIN, TERUSKAN EMPANGAN LANGAT2

Kerajaan BN terus membuat persiapan untuk melaksanakan projek Empangan Langat2 walaupun dibantah oleh Kerajaan Selangor terajuan PKR. Kerajaan BN berpendapat empangan ini perlu dilaksanakan untuk mengelakkan krisis air bersih berlaku di Lembah Kelang dan Putrajaya.Tender pembinaan empangan ini akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Tahniah. Penulis memuji tindakan Jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin.Pada hemat penulis, Kerajaan BN meneruskan projek ini kerana BN yakin akan merampas Selangor daripada PR. Sikap optimis ini dipuji kerana ia akan terus memberikan tekanan kepada TS Khalid Ibrahim.
Inilah salah satu contoh tindakan BN yang optimis, yakin, berani dan `calculated risk' tetapi dengan tujuan murni iaitu pembekalan air bersih kepada rakyat jelata.
Selain daripada keyakinan BN merampas Selangor dari PR, BN sudah bersedia menghadapi tindakan undang undang oleh PR. BN mesti bermatian melawan Kerajaan Selangor. Kalau perlu sila guna strategi Anwar Ibrahim di dalam kes Liwatnya. BN boleh minta tanggoh perbicaraan melebihi 50 kali, boleh minta tukar Hakim beberapa kali, minta `perbicaraan di dalam perbicaraan', berbelanja wang untuk mengimport peguam handalan dan juga monta sokongan rakyat Selangor dan Malaysia.

KECELUPARAN DAP HIKMAH KEPADA BN

sekadar pandangan...
Keceluparan DAP yang mengatakan umat Islam membuang banyak masa memprotes filem anti Islam dan menghina Rasullulah, membawa hikmah kepada BN.
Rakyat Melayu Islam khasnya bangkit memprotes kenyataan Pengerusi DAP Perak. Kenyataan beliau meng`confirm'kan lagi pendirian DAP yang anti Islam.
Ekoran daripada itu, umat Islam khasnya ahli, penyokong and pengundi atas pagar, WAJIB menolak DAP dan PKR dan seterusnya sokong dan undi BN.
DAP, bukan tidak peka dengan kesan politik tetapi ALLAH `kunfayakum'kan DAP supaya membuat kesilapan dan keceluparan. Semua parti sekarang di dalam sikap berjaga jaga dan berhati hati di dalam tindak tinduk kerana `salah cakap dan bertindak', boleh menyebabkan rakyat marah dan hilang undi.
DAP, secara nyata sedang `demage control' di dalam kes terdahulu iaitu pendirian DAP dan Karpal Singh yang tidak membenarkan dengan apa cara pun, melaksanakan hukum hudud. Kini kenyataan Ngeh yang menyebabkan kemarahan umat Islam Malaysia. Ngeh boleh bersikap  diam jikapun beliau tidak bersetuju dengan tindakan Pemuda UMNO dan PAS yang bercadang mengadakan demonstrasi aman Jumaat ini. Himpunan Bersih dan Himpunan Janji Demokrasi tidak pulak membazir masa.
Pada pandangan saya, semakin mudahlah BN merampas kembali Selangor dan Pulau Pinang yang pengundi Cina agak dominan.


Wednesday, 19 September 2012

BN SENARAI PENDEK 2181 CALON. USTAZAH ABBY BOLEH MENANG JIKA TANDING DI KELANTAN?

Dilaporkan BN menyenarai pendek 2181 calon untuk dipertimbangkan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU13 nanti. Hanya 727 calon sahaja akan terpilih dan menerima watikah, iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN (71 kerusi telah dipertandingkan di Sarawak).
Kriteria utama `winnable candidate' ialah bersih daripada masalah dan kelihatan bersih.
Daripada 2181 calan yang disenaraipendek dan seterusnya 727 calon yang terpilih, berapa ramaikah calon tersebut merupakan penyandang jawatan ahli DUN, Parlimen dan Jemaah Menteri?
Penulis mencadangkan dipenulisan terdahulu, DS Najib perlu memperkenalkan 50% muka baru dan mengekalkan 50% muka lama di segenap peringkat dari jemaah menteri, timbalan menteri, ahli parlimen dan DUN.Sebilangan kecil penyandang bermasalah manakala majoritinya dibersarakan untuk `job rotation'. Mereka mereka khasnya yang telah memegang jawatan melebihi 2 penggal dan tiada prospek di naikkan pangkat, bolehlah beri laluan kepada muka baru. Kita berilah kemudahan kepada DS Najib.
Penulis pernah mencadangkan bakal calon diperkenalkan satu atau dua tahun lebih awal. Setiap bahagian mencadangkan 5 atau lebih calon dan mereka perlu menunjukkan `kepakaran' mengendalikan masyarakat. Masyarakat akan kenal dan tahu budihati bakal calon mereka tanpa risiko salah pilih.
Selain daripada itu, calon calon tadi akan diuji tahap `mesra rakyat', kerajinan dan kebolehan berkerjasama dengan masyarakat/kerajaan.
Antara kriteria utama yang perlu ada di kalangan calon ialah sikap isteri (suami) dan keluarga. Andaikata isteri kita tidak `mesra rakyat', tidak boleh melepaskan suami (isteri) membantu rakyat, isteri (suami) yang terlalu cemburu, malas berjalan, malas menyediakan kopi dan teh, tidak suka bisang bisang atau tidak mahu berjumpa rakyat dan lain lain tabiat yang tidak baik, eloklah sisuami atau isteri bakal calon tarik diri. BN tidak boleh mempunyai isteri (suami) wakil rakyat yang sombong.
Ustazah Abby mungkin boleh menang jika beliau bertanding di Kelantan walaupun beliau masih kurang berpengalaman dan pengetahuan. Namun dengan ketaksuban ahli dan penyokong PAS, ia boleh memenangkan Abby. Abby kena cari calon suami yang `mesra rakyat'.

Monday, 10 September 2012

USTAZ NASHARUDIN DI GANTUNG TAK BERTALI


sekadar pandangan...

Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang malam tadi tidak membincangkan kedudukan dan keahlian Ustaz Nasha di dalam parti dan Majlis Syura Ulamak. Secara tidak langsung, Ustaz Nasha kekal sebagai ahli dan anggota Jawatankuasa Pusat Parti.

Keputusan sebegini boleh dikatakan memihak kepada golongan Ulama dan mengecewakan penyokong `Anwarinas’. Penulis mengatakan ia satu tindakan gantung tak bertali. Kerjaya politiknya dibedung. Kalau di pecat, PAS akan mengalami satu lagi tsunami dalaman seperti kes Datuk Dr Hasan Ali (Dr Hasan), lebih lebih lagi PRU13 menjelang. Ustaz Nasha belum pasti dicalonkan dalam PRU13. Yang pasti bukan di Bachok. Persahabatan dengan Tok Guru Nik Aziz tercalar sedikit. Dengan mengekalkan menjadi ahli PAS dan Jawatankuasa, ia boleh `peti sejuk’ kecergasan Ustaz Nasha supaya beliau tidak bermaya dan berpengaruh bertanding jawatan pimpinan atasan. Pada penulis, penyokong `Anwarinas’ berjaya mengekang perjalanan Ustaz Nasha.

PAS mengambil pendekatan berikut kerana PAS telah belajar daripada `kesilapan’ memecat Dr Hasan yang ingin mempertahankan akidah orang Islam. Dr Hasan dilihat sebagai tidak sehaluan dengan Pakatan Rakyat khasnya DAP di dalam isu tindak tinduk Dr Hasan mempertahankan akidah Islam.

Pemecatan Dr Hasan memecahkan ahli dan penyokong PAS bukan sahaja di Selangor tetapi Malaysia. Datuk Dr harus membuat `kira kira dan conggak’ jalan yang baik di ambil ketika berlakunya PRU13. Apakah platform yang bakal digunakan oleh Datuk Dr? Beliau menerima sokongan kuat (contoh 1,000 orang)  pada status bebas sekarang dan jika bertanding atas tiket BN, bagaimana agaknya kedudukan 1,000 orang tadi. Ada yang diasuh membenci BN tidak akan mengundi Datuk Dr dan mungkin menjadikan sokongan menurun kepada 500 orang. Dr Hasan akan menerima sokongan BN jika beliau bertanding atas tiket BN seperti Datuk Ibrahim Ali.

Di dalam penulisan terdahulu, penulis impikan Ustaz Nasha kekal dalam PAS. Beliau diharap kembali semula merajui timbalan Presiden, jika Haji Awang masih mahu memegang jawatan tersebut. Andaikata Haji Hadi mahu bersara, Ustaz Nasha harus bertanding jawatan teringgi PAS. Secara berhemah, beliau digesa membawa PAS ke destinasi yang betul selaris dengan tuntutan agama, meyatukan umat Islam dan `BN friendly’ atau lebih baik bergabung dengan UMNO. Ahli dan penyokong PAS sungguh fanatik dan ianya ada pro dan kontra. Jika pemimpin tersilap langkah seperti bersetju dengan `penjualan kalimah Allah’, bersekongkol dengan golongan pendewa LBGT dan purulisma, sebangsa sejiwa dan senegara dengan DAP yang anti hudud dan anti Islam, hanjutlah ahli dan penyokong PAS tadi. Alangkan murninya jika keseluruhan ahli dan penyokong PAS bersama sama dengan BN.

Saturday, 8 September 2012

USTAZAH ABBY ABADI SEORANG `WINNABLE CANDIDATE’ DI KELANTAN


sekadar pandangan...

Penulis merasa Ustazah Abby patut di beri peluang kerana beliau ada penyokong tersendiri. Peminat dari dunia artis masih ada yang meminati dan mengikut perkembangannya. Lagi pun Ustaz Azhar Idrus menolak menjadi calon PAS.

 

Abby Abadi dikatakan mampu menarik pengundi atas pagar selain daripada mengukuhkan kestiaan ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sedia ada.

 

Tidak salah juga jika penulis katakan Ustazah Abby di jadikan satu produk bagi PAS untuk menaikan kegairahan PAS di mata pengundi. Produk PAS semakin menurun di dalam pasaran (sebabnya banyak sepertimana dibahaskan di penulisan sebelum ini) ataupun `declining stage’. PAS kena buat `product improvement’ atau `product rebranding’ supaya produk PAS berada di pasaran. Bergabung dengan DAP dan PKR boleh dianggap `product improvement’. Begitu juga menukar menjadi Negara Berkebajikan daripada Negara Islam.

 

Ramai yang bersetuju jika kita katakan Ustazah Abby merupakan talian hayat tambahan bagi PAS. Betul tak? Kerana Dr Asri ada komen yang bermaksud `PAS memilih untuk menjual body dan kejelitaan daripada ilmu agama’ untuk terus dirancak di gelanggang politik. Ada kebenarannya. Aishah yang `gemuk’ dan bersuami tidak sepopular Abby.

 

PAS perlu memperlengkapkan ilmu agama kedada Abby dengan segera supaya apabila ia berceramah, beliau kelihatan berilmu.

 

Banyak kemungkinan akan berlaku kerana dalam ilmu pemasaran, `nothing is rght or wrong’.

Thursday, 6 September 2012

RAKYAT BOLEH HUKUM BEBUDAK PERHIMPUNAN JANJI BERSIH DAHULU SEMENTARA TUNGGU DATO HISHAMUDDIN DAN DATO GANI BERTINDAK



sekadar pandangan...
Penulis berpendapat,sementara menunggukan Dato Hishamudin, Tan Sri Omar dan Tan Sri Gani bertindak, rakyat boleh berperanan menghukum bebudak yang kurang ajar itu. Tiada keperluan memarahi Kerajaan. Mereka menjalankan tugas mengikut prosedur supaya apabila dibawa ke Mahkamah, kes tidak bermasalah.

Berlaku banyak desakan kepada kerajaan bertindak segera. Pening Dato Sri Najib. Kita kena beri banyak masa untuk PM merancang kesejahteraan rakyat.

Sehubungan dengan itu, rakyat perlu mengambil langkah proaktif. Satu contoh yang baik ialah pengurusan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, kolej bebudak lelaki Melayu, telah  membuat keputusan membuang pelajar tersebut kerana melanggar peraturan Kolej. Syabas.

Selain daripada itu apa yang rakyat boleh buat? Tidak wajarlah kita balas balik dengan menunjukkan bontot kita kepada bebudak itu atau keluarganya.

Jika penulis mengendalikan sebuah perusahaan, penulis akan pastikan bebudak itu dan yang `sewaktu’ dengan itu, tidak ditawarkan berkerja dengan penulis. Penulis akan mengambil langkah perlu apabila ada penawaran kerja. Permohon perlu menghantar borang permohonan dan nama pemohon di rujuk dengan Polis. Jika pemohon terlibat dengan Bersih, tolak terus permohonan. Ini boleh dilakukan kerana ianya berada di dalam kapasiti kita.

Bebudak yang dibuang kolej tidak dibenarkan belajar di semua IPTA dan IPTS yang mendapat sokongan Kerajaan. Mereka boleh pergi ke UNISEL atau KUIN atau kolej kelolaan Pakatan Rakyat. Bebudak ini juga tidak diberi peluang memohon PTPTN kerana tendasi untuk buang masa berpolitik yang menggangu pelajaran amat tinggi. Mereka juga ada tendasi untuk tidak bayar pinjaman. Kad Diskaun Kad Siswa1Malaysia juga tidak akan diberikan kepada mereka.

Jika penulis mempunyai anak lelaki atau perempuan yang sedang bercinta dan berkekasih dengan bebudak itu, penulis akan minta anak memutuskan perhubungan mereka. Penulis tidak mahu bermenantukan seorang yang tidak berdislipin, berakhlak buruk dan suka merosakkan harta awam. Tiada jaminan hidup kalau dok demonstrasi aje.

Penulis tidak pasti mengapa bebudak Melayu dan Amoi Cina ini anti dengan PM. PM tidak pernah berhutang dengan mereka. PM tidak curi duit mereka dan mereka tidak pernah berurusan perniagaan pun. Mereka membenci ikut ikutan tanpa usul periksa. Kalau dalam pekerjaan, beliau seorang yang tidak dapat menilai yang mana baik dan buruk.

Seandainya bebudak itu tinggal berjiran dengan anda, apakah tindakan yang anda lakukan. Penulis akan bersama sama jiran lain akan melemparkan isyarat `TAK NAK’ atau `TUTUP HIDUNG APABILA BEBUDAK LALU’. Penduduk taman penulis tidak akan membenarkan bebudak itu bermain futsal atau bola sepak padang atau takraw. Penduduk taman akan baikot bebudak itu. Kain rentang akan di pamerkan di tempat strategik untuk mengutuk perbuatan bebudak itu. Elakkan majlis di rumah bebudak itu melainkan kenduri, majlis agama dan kematian.

Setakat hari Khamis 2 petang, hanya 2 daripada 11 gambar bebudak yang dikehendaki polis telah tampil ke hadapan. Yang lain? Itu yang penulis risaukan. Kita hendak Polis bertindak tetapi kita tidak membantu lansung. Penulis merayu jika anda tahu pemuda pemudi yang dikehendaki Polis, yang merupakan jiran anda, sila beritahu Polis segera. Anda telah menjalankan tugas mengharmonikan negara dengan tertangkapnya bebudak itu.

Pengalaman berkerja di GLC di Johor berbelas tahun dulu, kami diajar untuk `menjaga tepi kain orang’ sebagai usaha memerangi rasuah, meningkatkan produktiviti dan usaha nasihat menasihat sesama kawan. Dalam banyak hal, ia memberikan kesan positif kepada semua.

Jika penulis di datangi bebudak untuk menyewa rumah, penulis akan menjalani process `scanning’. Penulis juga akan mengeluarkan notis keluar kepada penyewa sedia ada , jika didapati bebudak itu terlibat dengan Bersih dan aktiviti anti kerajaan.

 Dan yang palng penting ialah tiba masa untuk mengundi. Apabila PM membubarkan parlimen dan SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi, rakyat mesti gembira menantinya. Kenapa gembira?. Kerana hari ini rakyat nak mengajar bebudak dan parti yang mengajar bebudak itu kurang ajar dengan mengundi BN. Keluar undi dan pangkah BN adalah hukuman rakyat yang berkeramat. Dengan izin Allah, BN akan menang majoriti mudah 2/3. Andaikata undang undang tidak sempurna, sila baiki dan `introduce more stringent laws’ dan mendapatkan kelulusan Parlimen..

Wednesday, 5 September 2012

SALAM SEJAHTERA DATO HISHAM. TOLONG JANGAN JADI LIABILITI KEPADA DATO SRI NAJIB



Pertamanya, penulis berpendirian penulis lebih sayangkan parti UMNO dan BN daripada Dato Seri Hishamuddin. Penulis bukan perosak parti tetapi hanya ingin membantu, itu pun jika sudi. Penulis hanya menulis berdasarkan arus akar umbi melalui percampuran dan kelohan di media baru.

Penulis akui berjawatan Menteri Kementerian Dalam Negeri amat mencabar dan bolehlah dianggap kerusinya panas. Dengan berlatarbelangkan keluarga yang terlibat di dalam penubuhan UMNO dan anak mantan Perdana Menteri, ia menjadi lebih sulit untuk mendapatkan perimbangan politik yang baik.

Perhimpunan Bersih 3 dan seterusnya Janji Bersih, diselangseli dengan Perhimpunan Hijau juga Oren merupakan fenomena yang menyukarkan buat KDN dan Menterinya. Undang undang membenarkan perhimpunan aman bersyarat tetapi para penganjur selalunya tidak dapat mengawal keadaan semasa berlansungnya perhimpunan. Keganasan berlaku dan aksi lucah serta perbuatan yang tidak diingini berlaku. KDN sedang mendakwa penganjur Bersih 3. Ia mungkin tidak memihak kepada Kerajaan seperti Bersih 2 yang diistihar OK.

Amalan berdemostrasi akan berterusan dan ia tidak baik kepada negara dan rakyat. Rakyat mula merasa undang undang Malaysia tidak sempurna dan KDN dan Polis tidak berjaya menangani permasalahannya. Dato Seri Hisham hanya mampu memberi amaran sahaja tanpa tindakan yang jitu berbentuk penyelesaian.

Benar. KDN sedang melakukan transformasi menurunkan indek kadar jenayah sebaik mungkin. Penulis tidak mahu membincangkannya di ruang ini kerana ia sedang berjalan. Pencapaiannya `yo yo’.

Bersih 3 menerima bantahan dari rakyat. Ribuan lapor polis dibuat, namum Bersih 3 terus diadakan. Polis mendapat Perintah Mahkamah tetapi Polis tidak dapat melaksanakannya. Mengapa? Salah satu sebabnya ialah Polis tidak mahu mengambil risiko menjadi `budak jahat’. Polis takut imej Kerajaan tercalar. Jika imej Kerajaan tercalar, BN sukar mendapat undi.

Polis kena buat keputusan samada `silent majority’ lebih diperlukan semasa pilihanraya atau `minority citizen’ yang merusuh tadi lebih mustahak. Atas senario diataslah, rakyat tidak selesa dengan Dato Seri Hisham.

Beliau dikatakan terlalu berhati hati dan berlaku `safe’ kepada diri beliau dan untuk Kerajaan. Peminat peminat fb mengelar Dato Seri Hisham sebagai menteri pondon, dayus, menteri amaran dan sebagainya.

Macamana penyelesaiannya? Menteri KDN perlu mempunyai `charactor’ yang berani dan tegas. Dato Seri Hisham seorang yang mudah mesra dengan orang ramai. Ianya baik untuk politik tetapi tidak sesuai untuk jawatan KDN. Kena ada muka kegarangan seperti Datuk Seri Nazri Aziz.

Pilihanraya semakin hampir dan penulis tidak mahu silap langkah oleh KDN akan di`exploit’ olen Pakatan Rakyat hingga menyukarkan Dato Sri Najib.

Apa opsyen yang ada pada Dato Sri Najib terhadap Dato Seri Hisham? (1) rehatkan (2) tukar kepada jawatan dan potfolio yang lain. Sekadar pandangan..

Tuesday, 4 September 2012

`CATALYST’ UNTUK RAKYAT YAKIN TERHADAP DATO SRI NAJIB DAN KERAJAAN


IMPAK SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN `CATALYST’ UNTUK RAKYAT YAKIN TERHADAP DATO SRI NAJIB DAN KERAJAAN

Alhamdulilah. Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia dan Perhimpunan Janji Ditepati sungguh mengembirakan penulis dan jutaan rakyat Malaysia. Kehadirannya amat menggalakkan. Ini tanda rakyat `like’ Perdana Menteri dan polisi mesra rakyat dan mengurangkan bebanan rakyat. Rakyat amat selesa dan tidak ragu ragu dengan janji Kerajaan untuk  mengekalkan kestabilan, keselamatan dan kemakmuran rakyat dan generasi muda Malaysia.

Jumlah yang hadir merupakan `aset’ BN di masakini dan akan datang. Jangan persia siakan persahabatan ini. Teruskan dan kukuhkan persahabatan tulus ikhlas dan tanda sokongan ini. Teruskan program sediada dan tambah yang mana ada kekurangan. Rakyat yang hadir di Stadium Bukit Jalil malam tadi mencecah 150,000 orang. Jika diandaikan setiap seorang ada 5 orang adik beradik, jumlah `economic spill effect’ mencapai 750,000 orang. Jika ketua keluarganya dapat menyakinkan anak anak (layak mengundi) atau  adik beradik atau saudara mara, ia boleh menjadi jumlah yang besar.

Jumlah tweet mencapai angka 3.6 juta kali dan melibatkan 11,000 orang dan jika ini diandaikan berlakunya undi, BN sudah ada bergantung harap kepada 20 peratus daripada jumlah pengundi di Malaysia.

`Catalyst’ atau pemangkin ini menyakinkan penulis BN boleh memenangi pilihanraya dan merampas kembali Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Kelantan. Pemangkin ini diserati pulak permasalahan yang di hadapi oleh Kerajaan Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Pulau Pinang
Gabungan sikap kurang ajar dan biaDAP anak muda semasa Janji Bersih/Janji Demokrasi menambah lagi kebencian orang Melayu khasnya dan majoriti rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat khasnya DAP. Atas kesilapan dan tindakan kurang ajar anak muda yang aksi buka keluar seolah nak memberakkan pemimpin (walaupun atas gambar), membakar, memijak dan mengoyak gambar PM, ia menaikan `rating’ BN. Kerajaan pun ada buat perhimpuan, tetapi BN tidak melakukan apa yang anak muda Pakatan rakyat buat.

Sebelum perhimpuan Janji Bersih / Janji Demokrasi, DAP Pulau Pinang berhadapan dengan kebangkitan orang Melayu dan Islamnya. Mereka di tindas secara terang dan halus. DAP mempersoalkan hudud walhal mereka bukan beragama Islam. DAP melawan Islam dengan janji akan menyaman Ustaz Nasharudin yang secara tidak langsung meyaman Islam. Ketidakpuasan hati orang Pulau Pinang berlaku di dalam Kerajaan Pulau Pinang sendiri. Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor dari PKR ada menyatakan Lim Guan Eng seorang yang angkuh dan sombong. Semasa sidang akhbar penafian PKR terhadap perkataan sombong dan angkuh, amat terang kekalutannya. Sidang akhbar di berhenti buat seketika, mereka keluar berbincang dan kemudian sambung semula, jelas pembohongan tidak menjadi.

Imej Lim Guan Eng menurun apabila beliau gagal berdebat dan berhujah dengan baik dengan Datuk Dr Chua Soi Lek di kedua dua debat. Guan Eng hanya pandai tuduh BN rasuah tetapi tidak fakta iringan. Penulis setuju dengan pendapat Datuk Dr Chua bahawa DAP hanya mencari publisiti bukan untuk berdebat secara ilmiah. Pembaca boleh mendengar kembali perdebatan tersebut dan teliti hujah hujah Datuk Dr Chua dengan tuduhan tuduhan Lim Guan Eng. Inilah risiko perdebatan. Datuk Dr Chua hanya Presiden sebuah parti Cina yang dikatakan hampir pupus oleh Pakatan Rakyat dan berjaya menzahirkan hujah hujahnya. Lim Guan Eng pula seorang pemimpin teratas DAP dan memegang jawatan Ketua Menteri. Kesilapan atau kelemahan bercakap dan berhujah, boleh menurunkan `rating’ Ketua Menteri.

Filem Tanda Putera yang ada segmen sejarah selama 10-20 minit yang melibatkan DAP dan Lim Kit Sial sewaktu kejadi tragidi 13 Mei 1969, cukup mengerunkan DAP. Pemimpin yang kononnya penegak kebebasan bersuara dan berkarya, membuat bantahan dan ugutan saman. DAP dan Lim Kit Sial cukup takut jika tayangan filem ini ditayangkan sebelum pilihanraya. Penulis harap Lembaga Penapis Filem jangan tunduk dengan desakan politik DAP bangsat ini. Penulis seru orang Melayu yang berjaya, atau Kelab Putera 1 Malaysia atau Yayasan 1 Malaysia menaja tiket untuk rakyat Malaysia menonton filem ini. Murid murid wajib menonton. Kalau boleh NGO NGO dan personaliti Melayu ini mengadakan `seakan BRIM’ kepada rakyat menonton filem sejarah. Berbalik kepada filem Tanda Putera tadi, ini jelas menunjukkan DAP telah dan bersikap `kuku besi’ apabila memerintah Pulau Pinang. Ayuh orang Melayu Pulau Pinang yang ingin mempertahankan agama Islam dan hak Melayu,  keluar beramai ramai dan pangkah BN.  Mari kita bantu Dato Sri Najib dan BN menang dan percayalah kesucian agama Islam akan berkembang dan terpelihara disamping hak Melayu dijamin

UMNO BN mesti ikut macam Pakatan Rakyat bertindak dalam satu satu isu. Usul, Bincang, Setuju dan Lancar. Terkini, Rafizi buat `the National Oversight and Whistleblowers Centre or “NOW”untuk menerima maklumat dari `pembocor rahsia’ Berjaya atau efektif itu belakang cerita. Tahniah kepada RTM kerana Selasa 4hb September, iklan hormati pemipin kita’ telah bersiaran. Iklan ini mengenai seorang pelajar / remaja yang terjumpa gambar pemimpin atas jalan. Terdapat kesan kena pijak. Beliau punggut dan `frame’kan gambar tersebut. Tidak sampai seminggu, iklan tersebut dikeluarkan.

Penulis pernah mencadang penubuhan Tabung Peguam Muda untuk membantu dan membimbing peguam muda ala mentor mente agar menjadi peguam yang baik di masa hadapan. Bayangkan jika setaip Bahagian UMNO ada Tabung Peguam Muda dan `incubator syarikat guaman’ dan graduan ini dibantu dari segi bayaran sewa pejabat, gaji dan `job’ (Maaf cakap). Kerajaan Negeri dan GLC harus memberi job kepada peguam ini. Dengar cerita di Melaka asyik Tetuan Abu Semah aje. Dah bertahun. Jadikan polisi. Tolong bahagi kepada syarikat guaman lain. Ketidakadilan ini menyebabkan peguam memusuhi Kerajaan.. Percaya lah melalui incubator peguam dan Tabung Peguam Muda, mereka akan senantiasa bersama UMNO dan BN. Bidang pengkhususan yang patut diutamakan ialah saman fitnah. Kes ini amat lumayan jika berjaya. Kes saman fitnah sekarang adalah dianatara RM10 juta hingga RM100 juta. UMNO BN kena fikirkan sektor mana lagi yang boleh di `incubator’kan. Arkitek? Jurutera?

 Selangor
Selangor juga mengundang kemarahan rakyat dan telah memberi kemenangan percuma kepada BN. Sambutan Kemerdekaan tahun ini tidak menjemput Sultan Selangor. Ini mencatitkan sejarah negara juga. Menteri Besar melakukan banyak kesilapan dalam pentadbirannya. Beliau menjemput Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi  Selangor untuk majlis berbentuk rasmi. Beliau kata SUK yang patut jemput. (sesuatu program diatur satu dua bulan sebelum hari sambutan. Ada jawatankuasa yang memandu. Tidak mungkin SUK nak tinggalkan Sultan melainkan diarah). Jikalau Sultan Selangor boleh mengundi, sdah tentu Tuanku akan mengundi BN (`obvious’ sangat kerana tindak tindak PKR sendiri) kerana BN amat menghormati istitusi Raja. Keadaan semakin teruk, apabila kelihatan Anwar tidak mengangkat tangan kanannya ketika membaca ikrar Rukun Negara. Mungkin beliau melihat yang beliau tetamu yang dijemput merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor..

PKR jelas sedang `berlatih’ atau `membiasakan’ rakyat Selangor dan Malaysia untuk tidak menghormati Sultan. Sebab itulah anak buah PKR mencadangkan bendera baru menggantikan jalur gembilang. Semasa perhimpunan haram di ambang merdeka. Bendera sang kala merah putih diperkenalkan. Ini tindakan `test water’ oleh PKR. Apabila ia mendapat bantahan rakyat, cepat cepat Lim Kit Sial dan Anwar Ibrahim mengatakan tukar bendera tidak termasuk di dalam agenda Pakatan Rakyat.

KebiaDAPan PKR terhadap Sultan Selangor memberikan rating yang lebih baik kepada BN. Akibatnya ribuan membanjiri Rumah Terbuka BN Selangor yang dihadiri oleh PM. Sekali lagi, kedatangan rakyat adalah aset buat BN.

Penulis Rakyat Selangor mesti diberitahu bahawa PKR yang menerajui Selangor, menurut pandangan Tun Daim adalah sebuah parti yang bergantung terhadap masa. Tun Daim mengurai selagi ada orang yang mahu menerima `fitnah dan konspirasi’, PKR akan terus wujud. Sehubungan dengan itu, BN mesti menanangi fitnah tersebut melalui transformasi ekonomi, politik dan sosial. Program dan konsep 1Malaysia diperhebatkan. Rakyat diutamakan. Bebanan mereka mesti dikurangkan.

Seluruh jentera PKR dan Pakatan Rakyat menuduh BN korup walhal Ketua Pakatan Rakyat ingin membentuk Kerajaan melalui pembelian Ahli Parlimen. Peruntukan RM300 juta disedia, menurut satu laporan.

Anwar kerap kali mencabar Dato Sri Najib berdebat. Penulis bersetuju dengan pendapat Tun Daim. Buang masa. BN harus menghantar beberapa pemimpin muda (bukan Dato Sri Najib) untuk menangani semua dakwaan terhadap BN.  

Alhamdulilah, PKR semacam membunuh diri dalam politik. Katkala masalah Air Bersih belum diselesaikan dan Janji Air Percuma belum ditunaikan, pengurusan sampah yang masih tidak terurus dan Talamgate masih membelengui Kerajaan PKR Selangor, mereka memusuhi Sultan Selangor pulak. Antara perkara lain yang dibenci rakyat Melayu Selangor ialah pemecatan Datuk Dr Hassan Ali dari PAS. Sekali lagi campur tangan PKR dan DAP menambah kebencian rakyat Melayu Selangor. Datuk Dr Hassan Ali memusuhi arak, rumah urut, Kalimah Allah untuk semua dan murtad dan kristianisasi oleh Cina DAP. Orang Melayu Selangor dan Malaysia menganggap beliau di anaiya oleh DAP dan PAS sekali dan wajib dibela. Tindakan membela ialah mengundi Datuk Dr Hassan Ali dan parti yang beliau wakili. Kita tunggu dan lihat.

Kelantan
Kelantan adalah sebuah negeri yang sukar di tebusi BN walaupun pada pandangan penulis tidak kurang hebatnya permasalahannya. Tun Mahathir menulis http://chedet.cc/blog/?s=rakyat+kelantan+taksub BN sukar menang di Kelantan kerana majoriti rakyat Kelantan taksub dengan Tok Guru Nik Aziz walaupun nasihat Tok Guru bertentangan dengan ajaran Islam. Satu contoh ialah mengundi PAS masuk syurga. `Sabda’ mengundi PAS masuk syurga tidak terdapat di dalam ajaran Islam yang suci tetapi rakyat Kelantan terlalu `tokong’kan Tok Guru Nik Aziz. Sebenarnya di Kelantan pun ada `tokong’ seperti di Pulau Pinang. Tun Daim juga meramalkan PAS akan mempertahankan Kelantan. Untuk berjaya, BN mesti berkerja keras dan bersatupadu untuk memberikan tentangan hebat kepada PAS.

Pembangunan fizikal Kelantan didapati tidak setara dengan negeri Terengganu. Kemudahan infrastruktur seperti lebuhraya amat kurang. Kawasan Balak dan Tanah tanah pertanian banyak dijual dan pajak kepada syarikat Singapura. Salah satu sebab Lee Kuan Yew datang berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz ialah untuk meminta Kerajaan Negeri menjaga kepentingan pelaburan syarikat Singapura di Kelantan.

Masalah air bersih dan Air Kelantan merupakan masalah utama di Kelantan. Rakyat telah menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap Kerajaan Negeri dalam hal ini. Mungkin TV `overdo’ tetapi itu lah hakikatnya. Rakyat Kelantan sudah menunggu selama 20 tahun untuk bekalan air bersih. Sekurang kurangnya tidak semua jajahan tetapi kalau satu tahun satu jajahan, 20 tahun sepatutnya 20 jajahan atau kawasan yang mempunyai bekalan air bersih. Saudara mara dan anak menantu balik ke kampong sempena hari raya baru ini, tentu merasa tidak selesa berada di kampong. Nak mandi susah.

Penulis `respect’ dengan orang Kelantan khasnya ahli dan penyokong PAS kerana walaupun perkara keperluan asas ini iaitu bekalan air bersih amat tidak memuaskan, mereka tetap memilih dan menyokong PAS. Apakah motivasinya? Mungkin mendapat pahala untuk tidak melawan pemimpin?, mungkin menggunapakai air kotor pahalanya lebih tinggi?, mungkin tiada bekalan air bersih ini amalan sederhana dan zuhud?, mungkin mengundi BN haram dan masuk neraka dan sebaliknya mengundi PAS dapat pahala dan masuk syurga?, mungkin jika BN memerintah, presepsi rakyat Kelantan merasakan ia  akan merosakkan kesucian agama Islam? Ada motivasi lain ? Orang Kelantan ini agak berbeza dengan orang di negeri lain. Apabila ada kekurangan kemudahan atau kelewatan memberikan perkhidmatan atau terguris perasaan hati mereka terhadap Kerajaan, mereka akan menghukum Kerajaan. Cuba kita tidak bekal air di bandar bandar. Penulis ingat akan berlaku peperangan dunia keempat diantara Kerajaan dengan rakyat.

Alangkah senangnya jika BN mendapat rakyat bersifat orang Kelantan di negeri negeri lain seperti Perak, Selangor, Melaka, Johor dan lain lain negeri..BN tidak perlu menyediakan air bersih dan infrastruktur yang baik, kemudahan pengangkutan yang kurang sempurna, tidak perlu kerja kuat untuk menarik pelaburan, tidak kisah tentang peluang pekerjaan.

Orang PAS Kelantan pada amnya setia kepada pemimpin. Apa yang pemimpin katakan para ahli dan penyokong akan anggap sebagai `sabda’ dan perlu diikuti dan dipatuhi. Betul atau tidak betul itu bukan persoalannya. Saya pasti terdapat sebilangan ulama dan profesional dalam PAS yang menentang pemecatan Hasan Ali (salah satu contoh). Mereka hanya enggan menentang hasrat Tok Guru Nik Aziz. Menjadi pemimpin ini, tanggongjawabnya besar di dunia dan akhirat. Jikalau pemimpin berdakwah perkara perkara yang bertentangan dengan Islam, besar dosanya. Seperti Al Aqram. Pemimpinnya telah mempesongkan ajaran Islam yang sebenarnya. Itu bah akidah. Bagaimana pula jika pemimpin yang galakkan perhimpuan haram dan merestui insiden buka seluar, pijak, bakar bendera dan gambar pemimpin. Penulis rasa pemimpin itu harus bertanggungjawab dan berdosa di sisi Allah.

Kelantan juga berhadapan dengan lima isu lain iaitu tempoh perkhidmatan Tok Guru Aziz yang menjangkau 44 tahun, isu Hudud PAS dan Ustaz Nasha dan Tuntutan Royalti Minyak, Ladang Rakyat dan kebanjiran artis ustaz dan ustazah segera.

BN selalu mempersoalkan Tok Guru Nik Aziz yang pernah berjanji jika Tun Mahathir meletakkan jawatan hari ini, beliau akan letak jawatan pada esoknya. Tok Guru sehingga hari ini masih memegang tampuk pemerintahan Kelantan. Boleh kan ini dinamakan pembohong? Jika BN pandai berkata kata, ia boleh memburukkan imej Tok Guru.

Penulis ingin tahu juga apa yang menyebabkan Tok Guru Nik Aziz bertahan dengan jawatan Menteri Besarnya walaupun kesihatannya kurang baik. Adakah beliau gila kuasa atau PAS mahu Tok Guru Nik Aziz untuk bantuan talian hayat populariti. Tok Guru sudah tua dan uzur. Beliau jarang berjalan menjelajah dan melawat kawasan. Rasanya dah kurang sangat. Kalau di Melaka ini, dah lama wakil rakyat ini kena balon. Wakil rakyat mesti sihat dan senantiasa memberjkan perkhidmatan.

Rakyat Kelantan sebenar bernasib baik kerana BN mengemukan Tok Pa (Datuk Mustapha Mohamed) Peluang harus diberikan kepada Tok Pa, satu penggal untuk menguruskan Kelantan dan jika di dapati ia merosakkan agama bangsa dan negara, PAS boleh ambil balik Kelantan. Menurut Tun Daim, Tok Pa adalah seorang lelaki budiman yang bekerja selama 18 jam sehari tanpa henti dengan penuh kejujuran dan boleh kembali bekerja semula seawal pagi esoknya. Ini adalah kualiti pemimpin yang sepatutnya diingini oleh rakyat kelantan. Kejujuran, keinginan untuk berkhidmat, kesediaan untuk berkorban. Kelantan sudah mempunyai seorang pemimpin semula jadi seperti Tok Pa. Penulis katakan beliau seorang yang bersih.

Tok Guru Nik Aziz adalah PAS dan PAS adalah Tok Guru Nik Aziz. Begitulah senonimnya. Tok Guru Nik Aziz selaku Marsyidul Am PAS boleh membawa imej yang baik dan buruk kepada PAS. Majoriti tindak tanduk serta keputusan PAS adalah berujukan Tok Guru Nik Aziz. Pemecatan Datuk Dr Hassan Ali, tindakan keatas Ustaz Nasharudin Mat Isa, penjenamaan semula dari Negara Islam ke Negara Kebajikan, pembelaan terhadap Anwar Ibrahm dan Karpal Singh yang tidak Islamik dan banyak lagi di tentukan oleh Tok Guru Nik Aziz. Jika rakyat Kelantan kata berbaik baik dengan Anwar dan Karpal itu OK, itulah imej Tok Guru.

UMNO BN mepunyai banyak sudut untuk menyerang Kelantan tetapi ketaksuban kepada pemimpin, mengekalkan PAS di Kelantan.

Penulis merasa beliau diperlukan oleh PAS untuk memastikan rakyat Kelantan khasnya menyokong PAS. Ada kemungkinan, ketiadaan Tok Guru Nik Aziz akan merosotkan populariti PAS. Penulis rasa Tok Guru Nik Aziz banyak buat kontrovasi. Antaranya Allah mencarut, Allah gengster, membela Elizabeth Wong yang bermaksiat dengan pemuda Melayu, merestui Kalimah Allah dipergunakan agama lain (Datuk Dr Haron Din kata adalah kufur.....), bergaduh dengan Datuk Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasha, membela peliwat dan pelaku video lucah, tidak menegur amalan LBGT dan Purulisma dan banyak lagi. Pakar rujuk artis Malaysia, Tetapi Tok Guru tidak sedikit pun kehilangan sokongan ahli dan penyokong PAS, kata Tun Mahathir.

Sebagai rumusan, penulis berkeyakinan BN akan berjaya merampas kembali Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah berdasarkan perkara perkara yang dibahaskan di atas. Sokongan rakyat kepada BN dan Dato Sri Najib amat menggalakkan dan jika diterjemah undi, ia boleh memenangkan BN. Penulisan strategi strategi di halaman terdahulu merupakan `part and parcel’ penulisan ini.

Majoriti rakyat mahukan BN terus memerintah. Tetapi mereka mahukan perubahan. Mereka mahukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran tetapi mahukan juga imbangan.

Saturday, 1 September 2012

`USTAZAH’ ABBY DAN TABIAT BURUK AHLI UMNO


sekadar pandangan...

Alhamdulilah. Abby, Aishah, Dayang Ku Intan dan lain lain (termasuk wanita yang bukan artis) telah berhijrah dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat. (Tabiat buruk belum lagi)

Penulis ingin menasihati keluarga dan diri sendiri bahawa menutup aurat adalah sebahagian sahaja yang di tuntut oleh Islam. Islam juga menuntut penganutnya sembahyang fardu 5 waktu, bayar zakat, tunai haji, berbuat baik, bersikap adil, menjaga aurat mulut dari mengeluarkan fitnah dan menjaga aurat teliga dari mendengar fitnah dan banyak lagi.

Ustaz Kazim mensarankan orang Islam (ditujukan kepada Abby) supaya mendalami ilmu agama dahulu, membaca dan memahami AlQuran dan mengenal Allah serta Rasullulah. Jom kita isi dada dengan ilmu Allah sebelum kita terlibat di dalam ceramah. Islam bukan agama tepi jalan. Sebuah blog mengkhabarkan Tok Guru Abdullah Sa’amah sebagai contohnya, telah berguru di berbagai tempat seperti Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya belajar agaman di Mekah (berguru dengan 4 orang guru) selama 12 tahun. Tempoh pembelajaran melebihi 27 tahun. Seperkara lagi Abby mendalami ilmu agamanya melalui menghadiri atau mendengar ceramah. Macam credit hours di universiti. Hendak mendapat diploma mesti ada 300 credit hours. Abby? Abby?

DrMaza mengegur Abby bahawa orang yang baru insaf tidak semestinya faham agama Islam secara betul dan mendalam. Ustaz Azhar minta Abby jangan mengkritik rakan rakan seangkatan dengan Abby yang berada di dalam dunia keartisan.

Penulis meramalkan Abby akan berkhawin dalam setahun dua ini dengan ahli atau penyokong PAS. Selepas berkhawin nanti, mulut pun sudah malas hendak berdakwah dan memerap dalam rumah. Kadang kadang penulis pun bersikap `buruk sangka’ (Allah ampunkan dosa saya) dekat Abby. Di sebabkan keruntuhan rumahtangga, beliau mendapat hidayah menyertai PAS. Seolah olah bekas suaminya orang UMNO atau Kerajaan. Senario ini sering berlaku di dalam kepartian. Ramai rakan rakan penulis yang menjadi ahli UMNO, letak jawatan dan memusuhi UMNO apabila permohonan kawasan kayu balak, pasir dan `iron ore’ juga permit pekerja asing tidak diluluskan oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar mahupun Kementerian. Ada orang yang ditolak permohonan biasiswa anaknya, terus tukar jadi ahli PAS seumur hidup. Walhal anaknya tidak layak mendapat biasiswa. Ahli ini pula yang suruh Pak Menteri melakukan slah guna kuasa untuk meluluskan permohonan biasiswa. Ada yang tidak mendapat loan projek, menyalahkan kerajaan kerana tidak perihatin rakyat. Sabotaj parti akhirnya. Ada ahli yang membenci kepimpianan kerana permohonan isteri berkerja di tolak.

Penulis rasa Abby dan geng masih gila gila ingin berselebreti tetapi di pentas yang lain sahaja.