sekadar pandangan...
Penulis
berpendapat,sementara menunggukan Dato Hishamudin, Tan Sri Omar dan Tan Sri
Gani bertindak, rakyat boleh berperanan menghukum bebudak yang kurang ajar itu.
Tiada keperluan memarahi Kerajaan. Mereka menjalankan tugas mengikut prosedur
supaya apabila dibawa ke Mahkamah, kes tidak bermasalah.
Berlaku banyak desakan
kepada kerajaan bertindak segera. Pening Dato Sri Najib. Kita kena beri banyak
masa untuk PM merancang kesejahteraan rakyat.
Sehubungan dengan itu,
rakyat perlu mengambil langkah proaktif. Satu contoh yang baik ialah pengurusan
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, kolej bebudak lelaki Melayu, telah membuat keputusan membuang pelajar tersebut
kerana melanggar peraturan Kolej. Syabas.
Selain daripada itu apa
yang rakyat boleh buat? Tidak wajarlah kita balas balik dengan menunjukkan
bontot kita kepada bebudak itu atau keluarganya.
Jika penulis mengendalikan
sebuah perusahaan, penulis akan pastikan bebudak itu dan yang `sewaktu’ dengan
itu, tidak ditawarkan berkerja dengan penulis. Penulis akan mengambil langkah
perlu apabila ada penawaran kerja. Permohon perlu menghantar borang permohonan
dan nama pemohon di rujuk dengan Polis. Jika pemohon terlibat dengan Bersih,
tolak terus permohonan. Ini boleh dilakukan kerana ianya berada di dalam
kapasiti kita.
Bebudak yang dibuang kolej
tidak dibenarkan belajar di semua IPTA dan IPTS yang mendapat sokongan
Kerajaan. Mereka boleh pergi ke UNISEL atau KUIN atau kolej
kelolaan Pakatan Rakyat. Bebudak ini juga tidak diberi peluang memohon PTPTN
kerana tendasi untuk buang masa berpolitik yang menggangu pelajaran amat
tinggi. Mereka juga ada tendasi untuk tidak bayar pinjaman. Kad Diskaun Kad
Siswa1Malaysia juga tidak akan diberikan kepada mereka.
Jika penulis mempunyai anak lelaki
atau perempuan yang sedang bercinta dan berkekasih dengan bebudak itu, penulis
akan minta anak memutuskan perhubungan mereka. Penulis tidak mahu bermenantukan
seorang yang tidak berdislipin, berakhlak buruk dan suka merosakkan harta awam.
Tiada jaminan hidup kalau dok demonstrasi aje.
Penulis tidak pasti mengapa
bebudak Melayu dan Amoi Cina ini anti dengan PM. PM tidak pernah berhutang
dengan mereka. PM tidak curi duit mereka dan mereka tidak pernah berurusan
perniagaan pun. Mereka membenci ikut ikutan tanpa usul periksa. Kalau dalam
pekerjaan, beliau seorang yang tidak dapat menilai yang mana baik dan buruk.
Seandainya bebudak itu tinggal
berjiran dengan anda, apakah tindakan yang anda lakukan. Penulis akan bersama
sama jiran lain akan melemparkan isyarat `TAK NAK’ atau `TUTUP HIDUNG APABILA
BEBUDAK LALU’. Penduduk taman penulis tidak akan membenarkan bebudak itu
bermain futsal atau bola sepak padang atau takraw. Penduduk taman akan baikot
bebudak itu. Kain rentang akan di pamerkan di tempat strategik untuk mengutuk
perbuatan bebudak itu. Elakkan majlis di rumah bebudak itu melainkan kenduri,
majlis agama dan kematian.
Setakat hari Khamis 2 petang,
hanya 2 daripada 11 gambar bebudak yang dikehendaki polis telah tampil ke
hadapan. Yang lain? Itu yang penulis risaukan. Kita hendak Polis bertindak
tetapi kita tidak membantu lansung. Penulis merayu jika anda tahu pemuda pemudi
yang dikehendaki Polis, yang merupakan jiran anda, sila beritahu Polis segera. Anda
telah menjalankan tugas mengharmonikan negara dengan tertangkapnya bebudak itu.
Pengalaman berkerja di GLC di
Johor berbelas tahun dulu, kami diajar untuk `menjaga tepi kain orang’ sebagai
usaha memerangi rasuah, meningkatkan produktiviti dan usaha nasihat menasihat
sesama kawan. Dalam banyak hal, ia memberikan kesan positif kepada semua.
Jika penulis di datangi
bebudak untuk menyewa rumah, penulis akan menjalani process `scanning’. Penulis
juga akan mengeluarkan notis keluar kepada penyewa sedia ada , jika didapati
bebudak itu terlibat dengan Bersih dan aktiviti anti kerajaan.
Dan yang palng penting ialah tiba masa untuk
mengundi. Apabila PM membubarkan parlimen dan SPR menetapkan tarikh penamaan
calon dan hari mengundi, rakyat mesti gembira menantinya. Kenapa gembira?. Kerana
hari ini rakyat nak mengajar bebudak dan parti yang mengajar bebudak itu kurang
ajar dengan mengundi BN. Keluar undi dan pangkah BN adalah hukuman rakyat yang
berkeramat. Dengan izin Allah, BN akan menang majoriti mudah
2/3. Andaikata undang undang tidak sempurna, sila baiki dan `introduce more stringent
laws’ dan mendapatkan kelulusan Parlimen..
No comments:
Post a Comment