Monday 10 September 2012

USTAZ NASHARUDIN DI GANTUNG TAK BERTALI


sekadar pandangan...

Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang malam tadi tidak membincangkan kedudukan dan keahlian Ustaz Nasha di dalam parti dan Majlis Syura Ulamak. Secara tidak langsung, Ustaz Nasha kekal sebagai ahli dan anggota Jawatankuasa Pusat Parti.

Keputusan sebegini boleh dikatakan memihak kepada golongan Ulama dan mengecewakan penyokong `Anwarinas’. Penulis mengatakan ia satu tindakan gantung tak bertali. Kerjaya politiknya dibedung. Kalau di pecat, PAS akan mengalami satu lagi tsunami dalaman seperti kes Datuk Dr Hasan Ali (Dr Hasan), lebih lebih lagi PRU13 menjelang. Ustaz Nasha belum pasti dicalonkan dalam PRU13. Yang pasti bukan di Bachok. Persahabatan dengan Tok Guru Nik Aziz tercalar sedikit. Dengan mengekalkan menjadi ahli PAS dan Jawatankuasa, ia boleh `peti sejuk’ kecergasan Ustaz Nasha supaya beliau tidak bermaya dan berpengaruh bertanding jawatan pimpinan atasan. Pada penulis, penyokong `Anwarinas’ berjaya mengekang perjalanan Ustaz Nasha.

PAS mengambil pendekatan berikut kerana PAS telah belajar daripada `kesilapan’ memecat Dr Hasan yang ingin mempertahankan akidah orang Islam. Dr Hasan dilihat sebagai tidak sehaluan dengan Pakatan Rakyat khasnya DAP di dalam isu tindak tinduk Dr Hasan mempertahankan akidah Islam.

Pemecatan Dr Hasan memecahkan ahli dan penyokong PAS bukan sahaja di Selangor tetapi Malaysia. Datuk Dr harus membuat `kira kira dan conggak’ jalan yang baik di ambil ketika berlakunya PRU13. Apakah platform yang bakal digunakan oleh Datuk Dr? Beliau menerima sokongan kuat (contoh 1,000 orang)  pada status bebas sekarang dan jika bertanding atas tiket BN, bagaimana agaknya kedudukan 1,000 orang tadi. Ada yang diasuh membenci BN tidak akan mengundi Datuk Dr dan mungkin menjadikan sokongan menurun kepada 500 orang. Dr Hasan akan menerima sokongan BN jika beliau bertanding atas tiket BN seperti Datuk Ibrahim Ali.

Di dalam penulisan terdahulu, penulis impikan Ustaz Nasha kekal dalam PAS. Beliau diharap kembali semula merajui timbalan Presiden, jika Haji Awang masih mahu memegang jawatan tersebut. Andaikata Haji Hadi mahu bersara, Ustaz Nasha harus bertanding jawatan teringgi PAS. Secara berhemah, beliau digesa membawa PAS ke destinasi yang betul selaris dengan tuntutan agama, meyatukan umat Islam dan `BN friendly’ atau lebih baik bergabung dengan UMNO. Ahli dan penyokong PAS sungguh fanatik dan ianya ada pro dan kontra. Jika pemimpin tersilap langkah seperti bersetju dengan `penjualan kalimah Allah’, bersekongkol dengan golongan pendewa LBGT dan purulisma, sebangsa sejiwa dan senegara dengan DAP yang anti hudud dan anti Islam, hanjutlah ahli dan penyokong PAS tadi. Alangkan murninya jika keseluruhan ahli dan penyokong PAS bersama sama dengan BN.

1 comment:

  1. Alangkan lebih murninya jika keseluruhan ahli dan penyokong BN bersama sama dengan pakatan Rakyat....berhijrahlah demi anak cucukita akan datang...jangan leka seperti toktok kita dahulu yang mengakibatkan kita sekarang seperti hamba ditanah air sendiri....

    ReplyDelete