IMPAK SAMBUTAN
HARI KEMERDEKAAN `CATALYST’ UNTUK RAKYAT YAKIN TERHADAP DATO SRI NAJIB DAN
KERAJAAN
Alhamdulilah. Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia dan
Perhimpunan Janji Ditepati sungguh mengembirakan penulis dan jutaan rakyat
Malaysia. Kehadirannya amat menggalakkan. Ini tanda rakyat `like’ Perdana
Menteri dan polisi mesra rakyat dan mengurangkan bebanan rakyat. Rakyat amat
selesa dan tidak ragu ragu dengan janji Kerajaan untuk mengekalkan kestabilan, keselamatan dan
kemakmuran rakyat dan generasi muda Malaysia.
Jumlah yang hadir merupakan
`aset’ BN di masakini dan akan datang. Jangan persia siakan persahabatan ini.
Teruskan dan kukuhkan persahabatan tulus ikhlas dan tanda sokongan ini. Teruskan
program sediada dan tambah yang mana ada kekurangan. Rakyat yang hadir di
Stadium Bukit Jalil malam tadi mencecah 150,000 orang. Jika diandaikan setiap
seorang ada 5 orang adik beradik, jumlah `economic spill effect’ mencapai
750,000 orang. Jika ketua keluarganya dapat menyakinkan anak anak (layak
mengundi) atau adik beradik atau saudara
mara, ia boleh menjadi jumlah yang besar.
Jumlah tweet mencapai angka
3.6 juta kali dan melibatkan 11,000 orang dan jika ini diandaikan berlakunya
undi, BN sudah ada bergantung harap kepada 20 peratus daripada jumlah pengundi
di Malaysia.
`Catalyst’ atau pemangkin ini
menyakinkan penulis BN boleh memenangi pilihanraya dan merampas kembali Pulau
Pinang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Kelantan.
Pemangkin ini diserati pulak permasalahan yang di hadapi oleh Kerajaan Pulau
Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.
Pulau Pinang
Gabungan sikap kurang ajar dan
biaDAP anak muda semasa Janji Bersih/Janji Demokrasi menambah lagi kebencian
orang Melayu khasnya dan majoriti rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat
khasnya DAP. Atas kesilapan dan tindakan kurang ajar anak muda yang aksi buka
keluar seolah nak memberakkan pemimpin (walaupun atas gambar), membakar,
memijak dan mengoyak gambar PM, ia menaikan `rating’ BN. Kerajaan pun ada buat
perhimpuan, tetapi BN tidak melakukan apa yang anak muda Pakatan rakyat buat.
Sebelum perhimpuan Janji
Bersih / Janji Demokrasi, DAP Pulau Pinang berhadapan dengan kebangkitan orang
Melayu dan Islamnya. Mereka di tindas secara terang dan halus. DAP
mempersoalkan hudud walhal mereka bukan beragama Islam. DAP melawan Islam
dengan janji akan menyaman Ustaz Nasharudin yang secara tidak langsung meyaman
Islam. Ketidakpuasan hati orang Pulau Pinang berlaku di dalam Kerajaan Pulau
Pinang sendiri. Timbalan Ketua Menteri Dr Mansor dari PKR ada menyatakan Lim
Guan Eng seorang yang angkuh dan sombong. Semasa sidang akhbar penafian PKR
terhadap perkataan sombong dan angkuh, amat terang kekalutannya. Sidang akhbar
di berhenti buat seketika, mereka keluar berbincang dan kemudian sambung
semula, jelas pembohongan tidak menjadi.
Imej Lim Guan Eng menurun
apabila beliau gagal berdebat dan berhujah dengan baik dengan Datuk Dr Chua Soi
Lek di kedua dua debat. Guan Eng hanya pandai tuduh BN rasuah tetapi tidak
fakta iringan. Penulis setuju dengan pendapat Datuk Dr Chua bahawa DAP hanya
mencari publisiti bukan untuk berdebat secara ilmiah. Pembaca boleh mendengar
kembali perdebatan tersebut dan teliti hujah hujah Datuk Dr Chua dengan tuduhan
tuduhan Lim Guan Eng. Inilah risiko perdebatan. Datuk Dr Chua hanya Presiden
sebuah parti Cina yang dikatakan hampir pupus oleh Pakatan Rakyat dan berjaya
menzahirkan hujah hujahnya. Lim Guan Eng pula seorang pemimpin teratas DAP dan
memegang jawatan Ketua Menteri. Kesilapan atau kelemahan bercakap dan berhujah,
boleh menurunkan `rating’ Ketua Menteri.
Filem Tanda Putera yang ada
segmen sejarah selama 10-20 minit yang melibatkan DAP dan Lim Kit Sial sewaktu
kejadi tragidi 13 Mei 1969, cukup mengerunkan DAP. Pemimpin yang kononnya
penegak kebebasan bersuara dan berkarya, membuat bantahan dan ugutan saman. DAP
dan Lim Kit Sial cukup takut jika tayangan filem ini ditayangkan sebelum
pilihanraya. Penulis harap Lembaga Penapis Filem jangan tunduk dengan desakan
politik DAP bangsat ini. Penulis seru orang Melayu yang berjaya, atau Kelab
Putera 1 Malaysia atau Yayasan 1 Malaysia menaja tiket untuk rakyat Malaysia
menonton filem ini. Murid murid wajib menonton. Kalau boleh NGO NGO dan
personaliti Melayu ini mengadakan `seakan BRIM’ kepada rakyat menonton filem
sejarah. Berbalik kepada filem Tanda Putera tadi, ini jelas menunjukkan DAP
telah dan bersikap `kuku besi’ apabila memerintah Pulau Pinang. Ayuh orang
Melayu Pulau Pinang yang ingin mempertahankan agama Islam dan hak Melayu, keluar beramai ramai dan pangkah BN. Mari kita bantu Dato Sri Najib dan BN menang
dan percayalah kesucian agama Islam akan berkembang dan terpelihara disamping
hak Melayu dijamin
UMNO BN mesti ikut macam
Pakatan Rakyat bertindak dalam satu satu isu. Usul, Bincang, Setuju dan Lancar.
Terkini, Rafizi buat `the National Oversight and Whistleblowers Centre or “NOW”untuk
menerima maklumat dari `pembocor rahsia’ Berjaya atau efektif itu belakang
cerita. Tahniah kepada RTM kerana Selasa 4hb September, iklan hormati pemipin
kita’ telah bersiaran. Iklan ini mengenai seorang pelajar / remaja yang
terjumpa gambar pemimpin atas jalan. Terdapat kesan kena pijak. Beliau punggut
dan `frame’kan gambar tersebut. Tidak sampai seminggu, iklan tersebut
dikeluarkan.
Penulis pernah mencadang
penubuhan Tabung Peguam Muda untuk membantu dan membimbing peguam muda ala
mentor mente agar menjadi peguam yang baik di masa hadapan. Bayangkan jika
setaip Bahagian UMNO ada Tabung Peguam Muda dan `incubator syarikat guaman’ dan
graduan ini dibantu dari segi bayaran sewa pejabat, gaji dan `job’ (Maaf cakap).
Kerajaan Negeri dan GLC harus memberi job kepada peguam ini. Dengar cerita di
Melaka asyik Tetuan Abu Semah aje. Dah bertahun. Jadikan polisi. Tolong bahagi
kepada syarikat guaman lain. Ketidakadilan ini menyebabkan peguam memusuhi
Kerajaan.. Percaya lah melalui incubator peguam dan Tabung Peguam Muda, mereka
akan senantiasa bersama UMNO dan BN. Bidang pengkhususan yang patut diutamakan ialah
saman fitnah. Kes ini amat lumayan jika berjaya. Kes saman fitnah sekarang
adalah dianatara RM10 juta hingga RM100 juta. UMNO BN kena fikirkan sektor mana
lagi yang boleh di `incubator’kan. Arkitek? Jurutera?
Selangor
Selangor juga mengundang
kemarahan rakyat dan telah memberi kemenangan percuma kepada BN. Sambutan
Kemerdekaan tahun ini tidak menjemput Sultan Selangor. Ini mencatitkan sejarah
negara juga. Menteri Besar melakukan banyak kesilapan dalam pentadbirannya.
Beliau menjemput Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi Selangor untuk majlis berbentuk rasmi. Beliau
kata SUK yang patut jemput. (sesuatu program diatur satu dua bulan sebelum hari
sambutan. Ada jawatankuasa yang memandu. Tidak mungkin SUK nak tinggalkan
Sultan melainkan diarah). Jikalau Sultan Selangor boleh mengundi, sdah tentu Tuanku
akan mengundi BN (`obvious’ sangat kerana tindak tindak PKR sendiri) kerana BN
amat menghormati istitusi Raja. Keadaan semakin teruk, apabila kelihatan Anwar
tidak mengangkat tangan kanannya ketika membaca ikrar Rukun Negara. Mungkin
beliau melihat yang beliau tetamu yang dijemput merasmikan Sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat negeri Selangor..
PKR jelas sedang `berlatih’
atau `membiasakan’ rakyat Selangor dan Malaysia untuk tidak menghormati Sultan.
Sebab itulah anak buah PKR mencadangkan bendera baru menggantikan jalur
gembilang. Semasa perhimpunan haram di ambang merdeka. Bendera sang kala merah
putih diperkenalkan. Ini tindakan `test water’ oleh PKR. Apabila ia mendapat
bantahan rakyat, cepat cepat Lim Kit Sial dan Anwar Ibrahim mengatakan tukar
bendera tidak termasuk di dalam agenda Pakatan Rakyat.
KebiaDAPan PKR terhadap Sultan
Selangor memberikan rating yang lebih baik kepada BN. Akibatnya ribuan
membanjiri Rumah Terbuka BN Selangor yang dihadiri oleh PM. Sekali lagi,
kedatangan rakyat adalah aset buat BN.
Penulis Rakyat Selangor mesti diberitahu bahawa PKR yang menerajui
Selangor, menurut pandangan Tun Daim adalah sebuah parti yang bergantung
terhadap masa. Tun Daim mengurai selagi ada orang yang mahu menerima `fitnah
dan konspirasi’, PKR akan terus wujud. Sehubungan dengan itu, BN mesti menanangi
fitnah tersebut melalui transformasi ekonomi, politik dan sosial. Program dan
konsep 1Malaysia diperhebatkan. Rakyat diutamakan. Bebanan mereka mesti
dikurangkan.
Seluruh jentera PKR dan Pakatan Rakyat menuduh BN korup walhal Ketua
Pakatan Rakyat ingin membentuk Kerajaan melalui pembelian Ahli Parlimen.
Peruntukan RM300 juta disedia, menurut satu laporan.
Anwar kerap kali mencabar Dato Sri Najib berdebat. Penulis bersetuju dengan pendapat Tun Daim. Buang
masa. BN harus menghantar beberapa pemimpin muda (bukan Dato Sri Najib) untuk
menangani semua dakwaan terhadap BN.
Alhamdulilah,
PKR semacam membunuh diri dalam politik. Katkala masalah Air Bersih belum
diselesaikan dan Janji Air Percuma belum ditunaikan, pengurusan sampah yang masih
tidak terurus dan Talamgate masih membelengui Kerajaan PKR Selangor, mereka
memusuhi Sultan Selangor pulak. Antara perkara lain yang dibenci rakyat Melayu
Selangor ialah pemecatan Datuk Dr Hassan Ali dari PAS. Sekali lagi campur
tangan PKR dan DAP menambah kebencian rakyat Melayu Selangor. Datuk Dr Hassan
Ali memusuhi arak, rumah urut, Kalimah Allah untuk semua dan murtad dan
kristianisasi oleh Cina DAP. Orang Melayu Selangor dan Malaysia menganggap
beliau di anaiya oleh DAP dan PAS sekali dan wajib dibela. Tindakan membela
ialah mengundi Datuk Dr Hassan Ali dan parti yang beliau wakili. Kita tunggu
dan lihat.
Kelantan
Kelantan
adalah sebuah negeri yang sukar di tebusi BN walaupun pada pandangan penulis
tidak kurang hebatnya permasalahannya. Tun Mahathir menulis http://chedet.cc/blog/?s=rakyat+kelantan+taksub BN sukar menang di Kelantan kerana majoriti rakyat
Kelantan taksub dengan Tok Guru Nik Aziz walaupun nasihat Tok Guru bertentangan
dengan ajaran Islam. Satu contoh ialah mengundi PAS masuk syurga. `Sabda’
mengundi PAS masuk syurga tidak terdapat di dalam ajaran Islam yang suci tetapi
rakyat Kelantan terlalu `tokong’kan Tok Guru Nik Aziz. Sebenarnya
di Kelantan pun ada `tokong’ seperti di Pulau Pinang. Tun
Daim juga meramalkan PAS akan mempertahankan Kelantan. Untuk berjaya, BN mesti
berkerja keras dan bersatupadu untuk memberikan tentangan hebat kepada PAS.
Pembangunan
fizikal Kelantan didapati tidak setara dengan negeri Terengganu. Kemudahan
infrastruktur seperti lebuhraya amat kurang. Kawasan Balak dan Tanah tanah
pertanian banyak dijual dan pajak kepada syarikat Singapura. Salah satu sebab
Lee Kuan Yew datang berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz ialah untuk meminta
Kerajaan Negeri menjaga kepentingan pelaburan syarikat Singapura di Kelantan.
Masalah air bersih dan Air
Kelantan merupakan masalah utama di Kelantan. Rakyat
telah menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap Kerajaan Negeri dalam hal
ini. Mungkin TV `overdo’ tetapi itu lah hakikatnya. Rakyat
Kelantan sudah menunggu selama 20 tahun untuk bekalan air bersih. Sekurang
kurangnya tidak semua jajahan tetapi kalau satu tahun satu jajahan, 20 tahun
sepatutnya 20 jajahan atau kawasan yang mempunyai bekalan air bersih. Saudara
mara dan anak menantu balik ke kampong sempena hari raya baru ini, tentu merasa
tidak selesa berada di kampong. Nak mandi susah.
Penulis `respect’ dengan orang
Kelantan khasnya ahli dan penyokong PAS kerana walaupun perkara keperluan asas
ini iaitu bekalan air bersih amat tidak memuaskan, mereka tetap memilih dan
menyokong PAS. Apakah motivasinya? Mungkin mendapat pahala untuk tidak melawan
pemimpin?, mungkin menggunapakai air kotor pahalanya lebih tinggi?, mungkin tiada
bekalan air bersih ini amalan sederhana dan zuhud?, mungkin mengundi BN haram
dan masuk neraka dan sebaliknya mengundi PAS dapat pahala dan masuk syurga?,
mungkin jika BN memerintah, presepsi rakyat Kelantan merasakan ia akan merosakkan kesucian agama Islam? Ada
motivasi lain ? Orang Kelantan ini agak berbeza dengan orang di negeri lain. Apabila
ada kekurangan kemudahan atau kelewatan memberikan perkhidmatan atau terguris
perasaan hati mereka terhadap Kerajaan, mereka akan menghukum Kerajaan. Cuba
kita tidak bekal air di bandar bandar. Penulis ingat akan berlaku peperangan
dunia keempat diantara Kerajaan dengan rakyat.
Alangkah senangnya jika BN
mendapat rakyat bersifat orang Kelantan di negeri negeri lain seperti Perak, Selangor,
Melaka, Johor dan lain lain negeri..BN tidak perlu menyediakan air bersih dan
infrastruktur yang baik, kemudahan pengangkutan yang kurang sempurna, tidak
perlu kerja kuat untuk menarik pelaburan, tidak kisah tentang peluang pekerjaan.
Orang PAS Kelantan pada amnya
setia kepada pemimpin. Apa yang pemimpin katakan para ahli dan penyokong akan
anggap sebagai `sabda’ dan perlu diikuti dan dipatuhi. Betul atau tidak betul
itu bukan persoalannya. Saya
pasti terdapat sebilangan ulama dan profesional dalam PAS yang menentang
pemecatan Hasan Ali (salah satu contoh). Mereka hanya enggan menentang hasrat Tok Guru Nik Aziz. Menjadi pemimpin ini, tanggongjawabnya besar di dunia dan akhirat. Jikalau pemimpin berdakwah perkara perkara yang bertentangan dengan
Islam, besar dosanya. Seperti Al Aqram. Pemimpinnya telah mempesongkan ajaran
Islam yang sebenarnya. Itu bah akidah. Bagaimana pula jika pemimpin
yang galakkan perhimpuan haram dan merestui insiden buka seluar, pijak, bakar
bendera dan gambar pemimpin. Penulis rasa pemimpin itu harus bertanggungjawab
dan berdosa di sisi Allah.
Kelantan juga berhadapan dengan
lima isu lain iaitu tempoh perkhidmatan Tok Guru Aziz yang menjangkau 44 tahun,
isu Hudud PAS dan Ustaz Nasha dan Tuntutan Royalti Minyak, Ladang Rakyat dan
kebanjiran artis ustaz dan ustazah segera.
BN selalu mempersoalkan Tok
Guru Nik Aziz yang pernah berjanji jika Tun Mahathir meletakkan jawatan hari
ini, beliau akan letak jawatan pada esoknya. Tok Guru sehingga hari ini masih
memegang tampuk pemerintahan Kelantan. Boleh kan ini dinamakan pembohong? Jika
BN pandai berkata kata, ia boleh memburukkan imej Tok Guru.
Penulis
ingin tahu juga apa yang menyebabkan Tok Guru Nik Aziz bertahan dengan jawatan
Menteri Besarnya walaupun kesihatannya kurang baik. Adakah beliau gila kuasa
atau PAS mahu Tok Guru Nik Aziz untuk bantuan talian hayat populariti. Tok Guru
sudah tua dan uzur. Beliau jarang berjalan menjelajah dan melawat kawasan.
Rasanya dah kurang sangat. Kalau di Melaka ini, dah lama wakil rakyat ini kena
balon. Wakil rakyat mesti sihat dan senantiasa memberjkan perkhidmatan.
Rakyat
Kelantan sebenar bernasib baik kerana BN mengemukan Tok Pa (Datuk Mustapha
Mohamed) Peluang harus diberikan kepada Tok Pa, satu penggal untuk menguruskan
Kelantan dan jika di dapati ia merosakkan agama bangsa dan negara, PAS boleh
ambil balik Kelantan. Menurut Tun Daim, Tok
Pa adalah seorang lelaki budiman
yang bekerja selama 18 jam sehari tanpa henti dengan penuh kejujuran dan boleh
kembali bekerja semula seawal pagi esoknya. Ini adalah kualiti pemimpin yang
sepatutnya diingini oleh rakyat kelantan. Kejujuran, keinginan untuk
berkhidmat, kesediaan untuk berkorban. Kelantan
sudah mempunyai seorang pemimpin semula jadi seperti Tok Pa. Penulis katakan
beliau seorang yang bersih.
Tok
Guru Nik Aziz adalah PAS dan PAS adalah Tok Guru Nik Aziz. Begitulah
senonimnya. Tok Guru Nik Aziz selaku Marsyidul Am PAS boleh membawa imej yang baik
dan buruk kepada PAS. Majoriti tindak tanduk serta keputusan PAS adalah
berujukan Tok Guru Nik Aziz. Pemecatan Datuk Dr Hassan Ali, tindakan keatas
Ustaz Nasharudin Mat Isa, penjenamaan semula dari Negara Islam ke Negara
Kebajikan, pembelaan terhadap Anwar Ibrahm dan Karpal Singh yang tidak Islamik
dan banyak lagi di tentukan oleh Tok Guru Nik Aziz. Jika rakyat Kelantan kata
berbaik baik dengan Anwar dan Karpal itu OK, itulah imej Tok Guru.
UMNO
BN mepunyai banyak sudut untuk menyerang Kelantan tetapi ketaksuban kepada
pemimpin, mengekalkan PAS di Kelantan.
Penulis
merasa beliau diperlukan oleh PAS untuk memastikan rakyat Kelantan khasnya
menyokong PAS. Ada
kemungkinan, ketiadaan Tok Guru Nik Aziz akan merosotkan populariti PAS. Penulis
rasa Tok Guru Nik Aziz banyak buat kontrovasi. Antaranya Allah mencarut, Allah
gengster, membela Elizabeth Wong yang bermaksiat dengan pemuda Melayu, merestui
Kalimah Allah dipergunakan agama lain (Datuk Dr Haron Din kata adalah
kufur.....), bergaduh dengan Datuk Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasha, membela
peliwat dan pelaku video lucah, tidak menegur amalan LBGT dan Purulisma dan
banyak lagi. Pakar rujuk artis Malaysia, Tetapi Tok Guru tidak sedikit pun
kehilangan sokongan ahli dan penyokong PAS, kata Tun Mahathir.
Sebagai rumusan, penulis
berkeyakinan BN akan berjaya merampas kembali Pulau Pinang, Selangor, Kelantan
dan Kedah berdasarkan perkara perkara yang dibahaskan di atas. Sokongan rakyat
kepada BN dan Dato Sri Najib amat menggalakkan dan jika diterjemah undi, ia
boleh memenangkan BN. Penulisan strategi strategi di halaman terdahulu
merupakan `part and parcel’ penulisan ini.
Majoriti rakyat mahukan BN terus memerintah. Tetapi mereka mahukan
perubahan. Mereka mahukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran tetapi mahukan
juga imbangan.
No comments:
Post a Comment