Tuesday, 26 February 2013


TRANSFORMASI SUKAN BOLASEPAK REMAJA DI MALAYSIA.

Bolasepak adalah sukan tertua dan popular di Malaysia dan dunia. Sukan bolasepak telah menjana ekonomi untuk sesebuah negara, pemain, kelab, TV, pekilang barangan sukan dan pakaian dan banyak pihak lagi.

Di Malaysia, kedudukan bolasepak masih ditakuk lama iaitu di tangga 159 dunia. Mengapakah ia berlaku dan sehingga kini belum lagi terurus baik. Saya yakin tanpa perancangan yang rapi serta rombakan syallubus dan penekanan kesukanan diperingkat bawah atau kategori bawah 10, 12, 14 dan 16 tahun, Malaysia akan tergelincir jauh. Pengurusan sukan Malaysia khasnya Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu merencana program sukan bolasepak yang bersepadu. InsyAllah, jika transformasi ini dapat dilakukan, di dalam masa 5 tahun, kedudukan Malaysia akan berada di lingkungan atau kumpulan tangga  100 teratas. Penulis harap biarlah KBS dan FAM melaksanakan transformasi sukan ini seperti Transformasi Pendidikan. Tidak perlu penglibatan terus PM Malaysia untuk mempertabatkan sukan kerana PM diperlukan dibidang ekonomi, keselamatan, agama dan sosial.

Nanum permasalahan bolasepak remaja Malaysia menghantui kita. Skop perbincangan dan contoh permasalahan akan dibataskan kepada kelab dan pasukan di Melaka sahaja, untuk meyenagkan pemahaman, walaupun permasalahan di negeri lain agak sama.

Melaka mempunyai 10-15 bekas pemain Melaka dan Malaysia yang kini aktif di bidang kejurulatihan dan pengurusan sukan bolasepak. Dengan andaian, setiap pemain menjadi Ketua Jurulatih, hanya 10-15 kelab/pasukan sekolah yang mendapat perkhidmatan bekas pemain Melaka/Malaysia tersebut. Andaian ini tidak mengambilkira bekas pemain yang tidak minat bersukan lagi, tidak sihat, tidak mempunyai lesen jurulatih dan tiada masa kerana urusan kerja.

Di Melaka, kelab/pasukan bolasepak padang hanya disekitar 20 buah manakala pasukan futsul yang aktif bermain dan bertanding tidak melebihi 30 pasukan.

Kertas cadangan transformasi sukan bolasepak padang remaja lelaki dimajukan untuk matlamat memperbaiki kedudukan Malaysia di mata dunia jangka panjang disamping membentuk pengurusan sukan yang lebih professional. Akhirnya ia akan membawa kepada kesejahteraan murid dan pelajar.









PENYATAAN PERMASALAHAN  BOLASEPAK REMAJA
  1. Pembangunan bolasepak dan pengcungkilan bakat baru tidak efektif dan menyeluruh.
  2. Jurulatih berpengalaman masih kurang bilangannya.
  3. Perhubungan kelab bolasepak dan pasukan bolasepak tidak mesra dan dalam keadaan bersaing kerana sikap jurulatih kelab dan guru sukan sekolah.
  4. Tiada badan penganjur yang efisien serta berdana cukup.
  5. Sukar mendapatkan penaja besar dan kecil serta jangka panjang.
  6. Waktu latihan yang terhad dan kurangnya kemudahan latihan.
  7. Penumpuan kategori pemain bawah 12 tahun dan Melaka Tengah sahaja.
  8. Melaksanakan objektif diantara pembangunan sukan dan pembentukan pasukan `tournament standard’ serta mendapat keputusan terbaik dalam pelajaran.



Penajaan sukan bolasepak amat sukar di Melaka tanpa campurtangan Kerajaan Negeri atau Kementerian Pendidikan. Apakah aktiviti yang perlukan penajaan oleh sesebuah kelab/pasukan yang aktif di Liga Tempatan?. Liga Tempatan bermaksud pertandingan di dalam negeri Melaka sahaja. Kos pengurusan sesebuah kelab/pasukan dalam fasa pembangunan sukan (berbanding dengan fasa pembentukan pasukan `tournament standard) terbahagi kepada dua bahagian iaitu kos kapital dan kos operasi.

Kos kapital ialah pembelian jersi lengkap 2 pasang setahun (minima), peralatan latihan, bola latihan (sebaiknya 1 biji bola untuk seorang pelatih), peralatan perubatan dan yuran jurulatih.

Kos operasi termasuk kos pengangkutan dan perbelanjaan makan dan minum, juga sewa padang (jika kelab/pasukan itu tidak mempunyai padang latihan).

Kos jurulatih merupakan kos terbesar dan mustahak di dalam bolasepak. Jika kelab/pasukan ini mengadakan perlawanan persahabatan, kos pengadil (kelazimannya sebanyak RM200 sehari akan diperlukan dan kos sewa padang perlawanan sebanyak RM50-RM100 sehari.

Banyak kelab/pasukan menghadapi masalah kewangan untuk berjalan aktif. Ada kelab/pasukan mengenakan yuran pendaftaran (RM10-RM20 sekali bayaran), bayaran TShirt (RM10-RM15/helai) dan Jersi (RM30-RM50/lengkap/pelatih) serta yuran latihan bulan (RM10-RM40/bulan/pelatih) untuk menampong kos pengurusannya. Ada juga kelab/pasukan akan memohon sumbangan ibubapa untuk membayar yuran penyertaan sesuatu pertandingan. Yuran pertandingan boleh mencapai RM1000/penyertaan seperti Liga I Malaysia Cardiff City dan RM200 jika bertanding di Liga anjuran kelab/pasukan. Didapati ada kelab tidak menyertai Liga tersebut kerana kekangan kewangan tersebut.

Ada kelab/pasukan memerlukan ramai pelatih untuk menampong kos pengurusan walhal untuk tujuan `effectiveness’, seorang jurulatih boleh menjaga 25 orang pelatih sahaja. Jika seorang pelatih dikenakan yuran RM10/orang untuk 2 hari latihan seminggu (2 -3 jam setiap latihan), jumlah kutipan sebulan ialah RM250. Andaikata kelab/pasukan ini mengadakan tambahan 1 lagi sessi (sessi pagi dan sessi petang untuk pelatih berasingan), dimana 25 pelatih diambil, kutipannya masih lagi RM250. Adakah RM500 sebulan berbaloi untuk seorang jurulatih? Masa hari minggu tertumpu di padang.

Kita boleh merangka jurulatih mewujudkan banyak sessi lagi seperti hari Isnin dan Selasa sahaja, sessi petang. Tetapi masalah akan timbul apabila waktu latihan bertembung dengan waktu persekolahan agama petang bagi setengah pelatih dan juga aktiviti koko. Ia sukar dilaksanakan. Latihan malam lebih menyukarkan kerana kurangnya padang permainan malam dan menyulitkan ibubapa.

Hampir semua kelab/pasukan menghadapi masalah kecairan wang tunai untuk menguruskan kelab/pasukan. Jurulatih yang bergantung 100 peratus kepada pendapatan bolasepak akan menghadapi masalah mendapatkan gaji mereka. Salah satu sebab kurang berjaya atau menyerlahnya pasukan bolasepak adalah permasalahan gaji jurulatih. Tidak ramai yang bersikap semangat kesukanan dan sukarelawan di dalam industri ini. Keperluan minima kos sara hidup perlu diatasi.

Menyedari masalah kecairan kewangan, transformasi bolasepak yang dicadangkan ialah Kerajaan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau agensi yang diamanahkan, menubuhkan Tabung Bolasepak atau Yayasan Bolasepak untuk membiayai sebahagian kos pengurusan semua kelab/pasukan di Melaka. Tabung/Yayasan ini diharapkan akan mwngeluarkan geran permulaan atau asas di samping membiayai kos jurulatih atau peralatan latihan.

Banyak model Tabung/Yayasan yang boleh dijadikan contoh dan amalan. Kepimpinan Negeri atau Kementerian perlu membuat dasar sumbangan oleh setiap GLC Negeri dan Nasional atau Malacca Based Listed Companies atau syarikat pelaburan besar swasta di Melaka.

Rakyat pun boleh berperanan dan mustahak dalam transformasi ini. Rakyat Islam yang mampu boleh menderma kambing dan lembu atau menghulurkan bantuan beras, pakaian, air minuman dan sebagainya jika usaha itu dipandang mendapat pahala besar atau derma sukan dianggap jihad.


Rakyat Malaysia dan Melaka khasnya telah buktikan keperihatian mereka dan sikap memberi apabila Kerajaan/Swasta melancarkan Tabung Kemanusian Gaza dan sebagainya. Strategi `menderma kearah aktiviti kesukanan merupakan amal ibadat dan mendapat pahala’ perlu menjadi penekanan. Target kutipan sumbangan ialah RM1juta.

Diandaikan di Melaka sahaja, akan wujud 50 kelab/pasukan baru dan lama dan setiap kelab/pasukan akan menerima geran RM3000 tunai atau dalam bentuk barangan seperti jersi, bola dan peralatan sukan. Tabung/Yayasan akan membelanjakan RM150,000 untuk permulaan. Pengurusan Tabung/Yayasan akan bertindak sebagai `central purchasing’ untuk kelab/pasukan supaya tiada penyelewangan dana dan kualiti berlaku serta memungkinkan `bulk pricing’. Pengurusan Tabung/Yayasan perlu amanah menjalankan tugas supaya wang kutipan RM1 juta bertahan untuk tempoh melebihi setahun. Pengurus pasukan akan mendapat barangan mereka yang berkualiti baik dan tepat pada masanya.



Tabung/Yayasan perlu memikirkan masalah yuran kepada jurulatih tadi. Diketahui umum, bilangan jurulatih di Melaka amat berkurangan. Ada kewajarannya untuk Pengurusan Tabung/Yayasan mengadakan kursus kepada pengurus kelab/pasukan dan pembantu menjalani latihan asas kejurulatihan. Kos Trainer akan dibiayai sepenuhnya oleh Tabung/Yayasan. Ini agenda yang mustahak juga kerana di dapati setiap jurulatih di kelab/pasukan mempunyai stail latihan yang berbeza dan tidak diketahui keefektifan kepada pemainan. Keseragaman `stretching’ umpamanya sekarang ini tidak wujud. Tatatertib dalam padang longgar. Selain daripada mencungkil bakat baru,usaha ini diharap dapat melahirkan pemain yang berdislipin di dalam dan luar padang.

Seperkara lagi mungkin lebih baik, Tabung/Yayasan membantu memberi insentif (RM100-RM300/bulan) kepada jurulatih yang menerajui atau menyumbang pengalaman kelab/pasukan sebagai pendapatan tambahan. Keadahnya boleh di rangka melalui rekod jadual kedatangan jurulatih ataupun laporan dari pihak sekolah.

Selain daripada itu, Tabung/Yayasan ini akan bersikap membantu bekas pemain yang pernah berjasa kepada Negeri dan Negara. Ramai sekali bekas pemain ini tiada pekerjaan yang tetap dan hidup melarat.

Banyak rungutan di kalangan kelab/pasukan yang kelab yang berdampingan dengan Ketua Menteri atau pimpinan negeri atau Kementerian akan mendapat penaja lebih banyak (RM1000-RM5000) manakala yang jauh dari arus politik, selalunya mendapat sumbangan purata RM500. Iklim ini tidak sihat untuk bolasepak. Semua kelab/pasukan perlu mendapat pembelaan yang sama.

Pengurusan Tabung/Yayasan perlu lebih aktif mencari sumbangan dari organisasi yang disebut diatas. Pengurusan mesti berunding dengan contohnya Syarikat Air Melaka Berhad, selain daripada penajaan air minuman untuk semua pemain semasa pertandingan, mereka perlu mencetak atau menempah lebih TShirt untuk disalurkan kepada kelab/pasukan. Andaikata SAMB menempah TShirt untuk aktiviti hari Keluarganya sebanyak 3000 anggota pekerjanya, SAMB perlu menempah 100 helai tambahan bersaiz remaja sekolah untuk diagih kepada kelab/pasukan melalui pengurusan tabung/Yayasan.

Jabatan Peparitan dan Saliran Air, jika ada program `sayangilah sungai kita’, dan ada buat tempahan TShirt untuk perserta, tidak menjadi bebanan besar jika menempah lebihan 100 helai untuk penggunaan latihan bolasepak.

Parti politik BN selalu mengadakan program gotong royong di Melaka. Berundinglah dengan BN agar menghulurkan 100 helai TShirt untuk kelab/pasukan bolasepak.


1MDB yang kerap menganjurkan aktiviti kesukarelawan, jemputlah pelatih kelab/pasukan agar mereka dapat menyumbang dan layak menerima TShirt IM4U tersebut.

Dewan Bahasa dan Pustaka pernah mengagih TShirt `Bahasa Jiwa Bangsa’ kepada tetamu untuk mempromosi penggunaan Bahasa Malaysia. Malangnya kebanyakan tetamu mengambil TShirt tersebut tetapi malu memakainya kerana murah atau tidak menarik atau berlengan pendak. Suatu pembaziran. Hulurkan kepada anak remaja untuk digunakan di padang latihan. Anak remaja merasa bangga memakainya.

Kesemua TShirt tersebut akan digunakan untuk buat latihan selama 2-3 bulan dalam semangat keseragaman. Jika ini dapat dilakukan kos pengurusan kelab/pasukan dapat dikurangkan dengan begitu mendadak.
.
Apabila setiap organisasi menyumbang TShirt dan barangan lain, kelab/pasukan ini akan dapat menguruskan kos pengurusannya dan wang tunai yang ada akan digunakan untuk bayaran lain seperti yuran padang, yuran jurulatih dan pembelian minyak untuk pengangkutan.

Pengwujudan Tabung/Yayasan secara sentral ini membawa beberapa kebaikan. Antaranya setiap kelab/pasukan yang berdaftar dengan Tabung/Yayasan akan mendapat kemudahan bantuan. GLC Negeri, Nasional dan swasta tadi akan kurang di ganggu oleh kelab/pasukan yang menagih sumbangan. Tiada perbuatan pilih kasih dan salahguna oleh pengurusan GLC dan syarikat swasta. Perasaan marah kerana dianaktirikan oleh kelab/pasukan yang kurang bernasib baik dapat dikurangkan dan sokongan terhadap Kerajaan akan bertambah baik.

Selain daripada masalah penajaan, industri bolasepak mesti dirombak juga. Terdapat banyak kelab/pasukan sekolah bersaing mencari nama sebagai kelab/pasukan terbaik atau juara. Akibatnya ada kelab/pasukan terpaksa `membeli’ pemain dari luar negeri, luar daerah ataupun luar kawasan. Ini menyebabkan kos pengurusan tinggi. Adakala jurulatih kelab/pasukan berebut rebut memiliki sesaorang pemain. Apabila sesaorang pemain memilih menganggotai sebuah kelab (bukan kelab sekolah) pemain tersebut di bekukan atau di baikot di sekolahnya. Pemain tersebut tidak dipilih mewakili sekolah apabila ada pertandingan di antara sekolah. Sikap guru sukan begini memang berlaku di Cheng, Melaka. Diharap tempat lain tidak berlaku. Ia merugikan bidang bolasepak Negara.

Transformasi bolasepak yang dicadangkan ialah kelab/pasukan sekolah menumpukan perhatian kepada pembangunan sekolah sahaja. Ini adalah kerana pembangunan bolasepak dikalangan murid sekolah memakan masa dan seterusnya mahal. Lagipun sekolah boleh dianggap sebagai kilang mengeluarkan pemain kerana murid murid bersekolah di sana. Kelab/pasukan sekolah harus menjurus kepada memperkenalkan bolasepak kepada seramai murid yang mungkin. Berbanggalah dengan pengeluaran murid sekolah yang minat bermain bola sepak dan bukan berbangga dengan pencapaian menjadi juara. KPI sekolah ialah jumlah pengeluaran bakat baru pada sesuatu masa.

Jika kelab atau sekolah menumpukan pasukan `tournament standard’ dan mengejar nama, sekolah akan menumpukan kepada 25 orang pemain sahaja dan murid yang lain akan diberi tumpuan yang kurang. Ini tidak baik untuk jangka panjang.

Selain daripada itu, kelab/pasukan mesti menumpukan pembangunan sekolah kerana kemudahan yang ada di sekolah. Setiap sekolah telah dilengkapi oleh padang dan peralatan latihan. Guru sukan pula telah dibayar gaji untuk memberikan perkhidmatan tambahan. Kemudahan ini memungkinkan lebih ramai murid diberikan pendedahan bolasepak.

Kelab/pasukan sekolah perlu dan boleh berkerjasama dengan kelab luar untuk mendapatkan perkhidmatan jurulatih yang berpengalaman dan juga bertanding di arena yang kompetitif. Adunan guru sukan dan jurulatih berpengalaman mungkin menghasilkan pemain yang lebih baik. Kerjasama jurulatih luar sepatutnya `complement’ dengan usaha pembangunan sukan oleh guru sukan dan sekolah. Pemain akan diberikan tunjuk ajar dan latihan lanjutan oleh jurulatih berpengalaman.




Seterusnya, setelah diperkatakan mengenai masalah penajaan yang sukar diperolehi dan tugas bidang pembangunan sukan bolasepak diserahkan kepada sekolah sekolah, Pengurusan Sukan Negara perlu mengambil langkah menubuhkan Badan Penganjur. Sekali lagi pihak Kerajaan negeri atau Kementerian Pendidikan perlu menerajui Badan Penganjur.

Badan Penganjur dan Dana Bolasepak harus diusahakan oleh pengurusan yang non footballer seperti amalan banyak hospital pakar negara seperti Kumpulan Perubatan Johor. Pengurus bukan perubatan KPJ menguruskan pentadbiran hospital manakala pakar perubatan menumpukan bidang kepakaran perubatan.

Badan Penganjur ditugaskan untuk menyusun pertandingan atau perlawanan setiap masa, sekerap banyak yang boleh dan pelbagai kategori yang mampu. Pertandingan Bolasepak harus meliputi kategori bawah 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun.Selain daripada itu, futsal padang dan street soccer perlu digalakkan juga. Tidak ketinggalan dua gender.

Apabila Badan Penganjur kendalian Kerajaan Negeri atau Kementerian menjadi kenyataan, masalah kewangan bukan lagi menjadi halangan besar. Wang hadiah kemenangan, medal penyertaan, cenderahati, bayaran sewa padang mahupun khemah, pengadil perlawanan dan kelengkapan padang boleh diusahakan.

Anggota pengurusan Badan Penganjur akan bertugas menganjurkan pertandingan dan ini melepaskan bebanan kelab atau perseorangan untuk mencari penaja. Setiap penganjuran berprestej berkos diantara RM5000-RM10000 bergantung kepada jumlah penyertaan yang diinginkan dan jumlah hadiah yang hendak diberikan. Untuk menarik kelab luar, hadiah wang tunai yang tinggi menarik minat ramai. Wang hadiah tersebut, jika mereka berjaya, boleh digunakan sebagai `contra’ perbelanjaan pengangkutan, makan minum dan penginapan pemain pegawai.

Selain daripada itu, Badan Penganjur yang ada elemen Kerajaan akan mendapat kepercayaan tinggi penaja swasta seperti KFC, McD, Bank dan sebagainya. Wang penajaan dikatakan lebih selamat dan urusannya tulus. Markup berlebihan tidak berlaku. Wang pemenang pasti dilunaskan. Sewa khemah dan yuran pengadil dibereskan segera. Urusan tawar menawar dengan  pembekal akan berjaya kerana Badan Penganjur ada kekuatan. Kerjasama dengan organisasi seperti Southern Waste, Tourism Malaysia, Rela, PDRM dan sebagainya akan tidak bermasalah.

Sebenarnya banyak lagi aspek seperti fungsi KBS, peranan FAM, penglibatan Persatuan Bolasepak Negeri (MAFA) , keaktifan Sekolah Sukan Negeri (Sekolah Seri Kota), kerjasama kedai sukan, sokongan Kelab Penyokong dan sebagainya perlukan penambahbaikan, tetapi penulis tidak berhasrat mengulas di lambaran ini.

TOK GURU NIK AZIZ


TOK GURU NIK AZIZ
Saya amat tertarik dengan tulisan Datuk Zulkifli Nordin mengenai tindak tinduk Tok Guru Nik Aziz di dalam pelbagai isu. Antaranya isu Kalimah Allah, sambutan Hari Jadi di rumah Karpal Singh, menyamakan kelahiran Nabi Muhammad sama seperti kelahiran Mat Kampong, tidak setuju diadakan sambutan Maulidul Rasul,Allah Samseng, Allah Pencarut dan banyak lagi.

Penulis yang tidak mempunyai pendidikan formal bidang keagamaan juga merasa apa yang diajar di sekolah agama dahulu agak berbeza dengan pendirian agama atau ilmu agama Tok Guru Nik Aziz.

Sepanjang 21 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan terlalu banyak masalah politik, pentadbiran dan ekonomi yang telah dan sedang di hadapi oleh rakyat Kelantan. Kadar pengganguran tinggi menyebabkan ramai rakyat meninggalkan negerinya mencari rezeki di negeri orang lain. Pembangunan fiskal amat rendah. Insfraskutur tidak mencukupi. Bekalan air bersih masih belum dapat dibekalkan.

Kebelakangan 4 tahun ini, rakyat mulai rasa resah dengan sikap Tok Guru yang suka mengeluarkan kata hasta dan caci maki hamum. Dahulu fatwa yang terangan bertentangan dengan ajaran Islam dan sifat alim ulamak tidak sedikit pun menjejaskan kepopulariti Tok Guru. Penyokong tegarnya semakin bermegah dan gembira dengan sikap bertentangan pendapat dengan ulamak UMNO. Setiap saranan atau pendapat Tok Guru menjadi fatwa dan jika fatwa tidak diikuti atau dipatuhi, ia menjadi sumpahan pulak. Ada sms diterima menceritakan kepada saya yang dia bersyukur kerana tidak kena sumpahan `bos majlis syura ulamak’ kerana beliau tidak terima bantuan Tok Najib. Begitulah fanatiknya mereka. Ini berkaitan dengan isu penerima BRIM yang berkumpul dan berpusu pusu menerima bantuan diumpama sebagai haiwan. Haji Hadi pula menambah rakyat perlu menjadi seperti ikan. Ikan perlu makan umpan dan bukannya mata kail. Haji Hadi membenarkan menerima BRIM tetapi undi tetap kepada PAS. Semalam Haji Hadi mengulas pemberian BRIM amalan Firaun. MasyaALLAH. Harap harap `geletikan’ BN terhadap Tok Guru dan Tuan Guru, menyebabkan mereka kelam kabut dan terus mengeluarkan kenyataan yang menyakiti rakyat Malaysia. Hilang sikit demi sedikit undi PAS.

Jikalau dahulu penyokong PAS merasa mereka lebih Islamik daripada penyokong UMNO, tetapi sekarang mereka lihat penyokong UMNO tidak kurangnya Islamik mereka. Malah UMNO dan penyokong UMNO lebih konsisten di dalam memperjuangkan agama Islam. Fenomina ini menarik minat ahli dan penyokong PAS menyertai UMNO.

Penyokong PAS diseru sertai Demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 malah Tok Guru memberi wang perbelanjaan untuk mereka. Bersih1,2 dan 3 sepatutnya bertujuan perhimpunan aman untuk menyatakan sesuatu kehendak ramai (bukan agenda peribadi) tetapi menjadi rusuhan. Dalam Islam tiada demonstrasi rusuhan.

Tok Guru terus menyokong Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Kitab Bible versi bahasa Malaysia. Pendirian Majlis Syura sama pendirian UMNO dan BN. Sepatutnya mereka tahu orang Melayu adalah beragama Islam dan tidak perlu bible bahasa Malaysia langsung. Tetapi mereka pandai berhujah kerana di Sabah dan Sarawak menggunakan Kalimah Allah di dalam bible mereka. Jikalau begitu, Kerajaan boleh betulkan keadaan iaitu membuat keputusan bersama dengan pihak gereja tidak lagi menggunakan Kalimah Allah di Sabah dan Sarawak dahulu. Buat percetakan semula tanpa penggunaan Kalimah Allah di dalam bible versi bahasa Malaysia.
Penulis hendak ketawa dengan tulisan Datuk Zulkifli itu. Beliau agak Tok Guru Nik Aziz akan menyerbu ke rumah Karpal Singh membawa pedang sambil bertakbir untuk berjihad mempertahankan kalimah ALLAH dan membela keputusan Majlis Syura PAS melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim termasuk kristian! Rupanya tidak, Tok Guru Nik Aziz membawa pisau kontot untuk potong kek harijadi untuk dimakan bersama dengan Karpal Singh! Begitulah tahalluf siasi versi PAS - meletakkan kepentingan politik dan kerusi diatas segala-galanya! Moga moga tidak mendapat kemurkaan ALLAH.
Pada penulis ia merupakan pertolongan Allah kepada rakyat Malaysia untuk menunjukkan seterang terangnya tabiat baik atau buruk Tok Guru Nik Aziz. Mungkin juga untuk membantu memudahkan rakyat Malaysia membuat keputusan untuk terus menyokong atau menentang Tok Guru.Pada penulis, adalah wajib menjauhi Tok Guru Nik Aziz kerana mengunakan agama Islam yang suci untuk keuntungan politiknya. Juga dilindongi Allah dari sumpuhan Tok Guru, jika ada.

PUCHONG BANJIR BESAR


PUCHONG BANJIR BESAR
Adalah tidak disangkakan Bandar Puchong dilanda banjir besar baru baru ini walhal selang 2 hari sebelumnya, ribuan orang ramai datang ke Puchong Utama merayakan Sambutan Tahun Baru Cina. PM hadir menjadi tetamu utama.
Maka berkatalah cerita cerita yang PM punya angkara dan sial, menjadikan Bandar Puchong menjadi lautan air. Katanya air untuk menyucikan dosa atau  maksiat semasa majlis perayaan tersebut. Macam macam teori.
Mengikut orang BN, Selangor dibawah Kerajaan PKR ini tidak menguruskan pungutan sampah dengan baik, parit, longkang dan sungai tidak di bersihkan, loji rawatan air tidak diselenggarakan mengikut jadual, rumput tidak dipotong dan macam macam lagi. Itulah faktor utama mengapa Puchong dilanda banjir. Sebelum ini Kajang pun menerima nasib yang sama. Kerajaan Selangor nampak macam hendak menjimatkan wang dengan tidak membelanjakannya. Mengapa Kerajaan Selangor PKR bersikap begini kerana ia boleh menyebabkan rakyat Selangor marah?. Negeri Selangor adalah negeri terkaya dari segi kutipan cukai semasa di bawah BN 4 tahun dahulu.
Penulis pula pernah menulis di lambaran lain yang Puchong telah menukar menjadi bandar pusat pelacuran dan pusat urut terkini di Selangor sejak d bawah PKR. Pusat pusat maksiat tumbuh bagai cendawan. Mungkinkah ini `pembersihan’ dari Allah untuk Bandar Puchong?. Apakah bentuk `pembersihan’ jika Malaysia di terajui oleh seorang pemimpin yang cenderong kepada aktiviti LBGT, berpendirian pruralisma dan menyayangi musuh Islam.?

Na'uzubillah mkin zalik - moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah hidup dan mati, fitnah alam barzakh, fitnah neraka jahanam, dan fitnah Dajjal Al-Masih!

TAHNIAH. PAKATAN RAKYAT TELAH MENGELUARKAN MANIFESTO TERDAHULU


TAHNIAH. PAKATAN RAKYAT TELAH MENGELUARKAN MANIFESTO TERDAHULU
Memang PRU13 sudah hampir. PM menjelaskan beliau belum hendak mengumumkan tarikh  PRU  kerana ingin membuktikan kepada rakyat bahawa kesemua produk 1Malaysia yang bermotifkan `rakyat didahulukan’ berjalan lancar dan betul betul memenafaatkan rakyat secara terus.
Pakatan Rakyat hari ini (Isnin)  melancarkan manifestonya di Shah Alam. Diberitakan tidak banyak berubah daripada manifesto yang lalu. Antaranya, minyak murah tol percuma, pendidikan percuma, perubatan percuma, nak buat rumah mampu milik, hapus PTPTN, hapus AES dan sebagainya yang orang dah tau.   Semuanya yang hanya berbunyi popular dan cepat glamer.  Boleh tak boleh buat belakang kira, sebab itu dinamakan 'tawaran', bukan janji!!
Kita kena hormati mereka kerana pertamanya, mereka mendahului BN di dalam melancarkan manifaesto parti. Mungkin benar yang Selangor akan membubarkan DUN tidak lama lagi. Keduanya, mereka berani mengeluarkan `janji janji’ di Selangor walhal mereka telah mungkir janji di Selangor juga. Keberanian mereka mungkin berpaksi kepada anggapan atau secara realiti yang hanya penyokong BN sahaja yang marah pada Kerajaan Selangor.Hampir 70 peratus rakyat Selangor mungkin faham mengapa janji janji tidak dilaksanakan.
Penulis mengulas lanjut bahawa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat di lancarkan di Selangor, mungkin kerana wakil dari PKR (sedang memerintah Selangor) akan di angkat sebagai PM jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Mungkin juga kerana ia dilancarkan di Selangor kerana pada saat ini, hanya Selangor yang kurang di `hentam’ oleh BN. Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sedang dikritik keras oleh BN dan kebanyakan rakyat khasnya yang penerima BRIM. Di Pulau Pinang pula, Kerajaan DAP sibok menangkis serangan BN mengenai perumahan rakyat, kehadiran penyanyi K-Pop anjuran BN, isu salah kiraan di Mesyuarat Agong khasnya di dalam pemilihan CEC, isu Karpal Singh dan Kalimah Allah dan banyak lagi. Kedah tidak strategik dan penuh dengan isu KUIN, agen UMNO, pembalakan haram, perang dingin dalaman PAS dan sebagainya.
Mungkin juga dilancarkan di Selangor (selain ada kemudahan lokasi dan bajet) kerana PM DS Najib dilantik mengetuai PRU13 di Selangor. PM telah melakukan `serangan tidak berbalas’ di seluruh pelusok Selangor sejak kebelangkang ini. Mungkin PKR kena tunjuk rakyat Selangor mereka serious ingin memerintah 5 tahun lagi.
Penulis membaca banyak ulasan dari cendekiawan mengenai kecenderongan Pakatan Rakyat yang tidak akan dapat menunaikan janji janji mereka semalam, hari ini dan esok. Kita suka mendengarnya jika ia tidak berlaku. Itu cerita sedap atau madu. Yang penting bagaimana mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dari PKR. Pengundi Cina di bandar bandar baru dan besar seperti Damansara. Adakah mereka bersama BN? Atau BN mesti memenangi semua kerusi DUN dan Parlimen di kawasan Melayu.?
Yang menarik semasa pelancaran manifesto semalam ialah seakan akan parti PKR dan DAP kepunyaan ahli keluarga. DAP diwakil oleh anak dan bapak manakala PKR dibariskan oleh suami dan isteri. PAS pula diwakil Haji Hadi dan Nik Aziz.

TAHNIAH. PAKATAN RAKYAT TELAH MENGELUARKAN MANIFESTO TERDAHULU
Memang PRU13 sudah hampir. PM menjelaskan beliau belum hendak mengumumkan tarikh  PRU  kerana ingin membuktikan kepada rakyat bahawa kesemua produk 1Malaysia yang bermotifkan `rakyat didahulukan’ berjalan lancar dan betul betul memenafaatkan rakyat secara terus.
Pakatan Rakyat hari ini (Isnin)  melancarkan manifestonya di Shah Alam. Diberitakan tidak banyak berubah daripada manifesto yang lalu. Antaranya, minyak murah tol percuma, pendidikan percuma, perubatan percuma, nak buat rumah mampu milik, hapus PTPTN, hapus AES dan sebagainya yang orang dah tau.   Semuanya yang hanya berbunyi popular dan cepat glamer.  Boleh tak boleh buat belakang kira, sebab itu dinamakan 'tawaran', bukan janji!!
Kita kena hormati mereka kerana pertamanya, mereka mendahului BN di dalam melancarkan manifaesto parti. Mungkin benar yang Selangor akan membubarkan DUN tidak lama lagi. Keduanya, mereka berani mengeluarkan `janji janji’ di Selangor walhal mereka telah mungkir janji di Selangor juga. Keberanian mereka mungkin berpaksi kepada anggapan atau secara realiti yang hanya penyokong BN sahaja yang marah pada Kerajaan Selangor.Hampir 70 peratus rakyat Selangor mungkin faham mengapa janji janji tidak dilaksanakan.
Penulis mengulas lanjut bahawa Manifesto Pakatan Harapan Rakyat di lancarkan di Selangor, mungkin kerana wakil dari PKR (sedang memerintah Selangor) akan di angkat sebagai PM jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Mungkin juga kerana ia dilancarkan di Selangor kerana pada saat ini, hanya Selangor yang kurang di `hentam’ oleh BN. Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sedang dikritik keras oleh BN dan kebanyakan rakyat khasnya yang penerima BRIM. Di Pulau Pinang pula, Kerajaan DAP sibok menangkis serangan BN mengenai perumahan rakyat, kehadiran penyanyi K-Pop anjuran BN, isu salah kiraan di Mesyuarat Agong khasnya di dalam pemilihan CEC, isu Karpal Singh dan Kalimah Allah dan banyak lagi. Kedah tidak strategik dan penuh dengan isu KUIN, agen UMNO, pembalakan haram, perang dingin dalaman PAS dan sebagainya.
Mungkin juga dilancarkan di Selangor (selain ada kemudahan lokasi dan bajet) kerana PM DS Najib dilantik mengetuai PRU13 di Selangor. PM telah melakukan `serangan tidak berbalas’ di seluruh pelusok Selangor sejak kebelangkang ini. Mungkin PKR kena tunjuk rakyat Selangor mereka serious ingin memerintah 5 tahun lagi.
Penulis membaca banyak ulasan dari cendekiawan mengenai kecenderongan Pakatan Rakyat yang tidak akan dapat menunaikan janji janji mereka semalam, hari ini dan esok. Kita suka mendengarnya jika ia tidak berlaku. Itu cerita sedap atau madu. Yang penting bagaimana mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dari PKR. Pengundi Cina di bandar bandar baru dan besar seperti Damansara. Adakah mereka bersama BN? Atau BN mesti memenangi semua kerusi DUN dan Parlimen di kawasan Melayu.?
Yang menarik semasa pelancaran manifesto semalam ialah seakan akan parti PKR dan DAP kepunyaan ahli keluarga. DAP diwakil oleh anak dan bapak manakala PKR dibariskan oleh suami dan isteri. PAS pula diwakil Haji Hadi dan Nik Aziz.

Friday, 22 February 2013

SALAH SATU STRATEGI JANGKA PANJANG BN MELAKA UNTUK RAKYAT.


SALAH SATU STRATEGI JANGKA PANJANG BN MELAKA UNTUK RAKYAT.

Tahniah kepada Yayasan Melaka kerana membantu peniaga kereta tolak di Flat Seri Siantan. Dilaporkan sekitar RM60K dibelanjakan untuk membekal 36 buah kereta tolak. Ini memungkinkan peningkatan pendapatan dan juga kebersihan dan keseragaman selari dengan negeri pelancongan.
Penulis berpendapat satu strategi yang baik untuk BN. Sepatutnya BN Melaka membantu pengusaha tomyam dan gerai gerai dengan menghadiahkan meja dan kerusi atau lesen mahupun uniform pekerja. Membina gerai dan menyewa murah gerai juga membantu.
Pertamanya tempat ini merupakan pusat perjumpaan orang ramai dan pengusaha boleh menjadi duta BN secara tidak langsung.
Pengusaha TomYam di Melaka tumbuh bagai cendawan dan kebanyakan datang dari Selatan Thailand dan Kelantan. BN kena `convert’ mereka ini supaya jika berjumpa dengan kekawan Kelantan, mereka boleh menyatakan sedikit kebaikan BN.
Permasalah besar pekerja tomyam ialah masalah passport dan dokumen perjalanan dan pas kerja. Jika BN dapat membantu mereka, penulis percaya mereka akan menyokong BN.
Penulis selalu berangan jika menjadi YB, penulis hendak menderma 50 ekor anak ayam dan 50 ekor itik kepada setiap keluarga yang layak membela haiwan. Jika hendak memberi lembu kambing, kosnya tinggi. Penerima akan membela ayam dan itik untuk kegunaan sendiri. Sebaiknya ia membiak dan jika boleh berniaga atau jual ayam itik, bertambah juga pendapatannya. Jika ayam dan itik bertelor, penerima dapat juga menggunakannya.
Industri ayam ada masa bermasalah dengan lambakan anak ayam yang berlebihan. Leong Hup dan lain pernah membunuh anak ayam untuk menstabilkan harga. Alangkan baik jika anak ayam tersebut diagihkan kepada rakyat seperti ala BRIM daripada di bakar atau bunuh

GALERI MELAKA UNTUK MENINGKATAN PEMASARAN MELAKA DI INDONESIA


GALERI MELAKA UNTUK MENINGKATAN PEMASARAN MELAKA DI INDONESIA.
Salah satu keadah mempromosi Melaka di Indonesia ialah dengan mengadakan Galeri Melaka di Jakarta. Kerajaan Negeri Melaka mengambil langkah untuk menarik pelancongan dan pelancongan kesihatan. Ia merupai fungsi `tourism office’ tetapi Galeri Melaka mengfokuskan jenama Melaka khasnya.
Harap ia tidak disalahgunakan dan terus memainkan peranannya

ZOO MELAKA NIGHT SAFARI KEMATIAN SEEKOR BERUANG DAN SEEKOR KUDA


ZOO MELAKA NIGHT SAFARI KEMATIAN SEEKOR BERUANG DAN SEEKOR KUDA

Minggu lepas, YAB Ketua Menteri mengumumkan Zoo Melaka akan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta (sudah tentu berpengalaman dan berduit). Namanya pun ditukar sedikit dan harga tiket dikatakan akan dinaikkan kerana berlakunya penaiktarafan kemudahan. Penulis sokong jika Zoo Melaka ini menjadi lebih popular dan `sustainable’. Juga ia terus menambah peluang pekerjaan untuk rakyat Melaka dan yang mustahak kaum dan bangsa pekerja yang seimbang.
Sehari selepas pengurusan baru ambilalih Zoo tersebut, berlaku insiden meracun binatang beruang dan kuda. Katanya percubaan untuk meracun lebih banyak binatang di sana tetapi tidak kesampaian. Apakah hikmah peristiwa ini? Apakah langkah langkah keselamatan yang perlu diperbaiki lagi.
Diberitakan seorang peniaga 65 tahun di soal siasat untuk membantu siasatan POLIS. Kenapa peniaga ini bertindak demikian?

Penulis juga berharap Taman Buaya Melaka juga perlu melakukan sesuatu. Pertamanya yang berkaitan dengan buaya. Tambah bilangan ke, pelbagai spieses ke, terpanjang ke? Keduanya kemudahan. Adakan penambahan kemudahan atau tarikan. Buatlah sesuatu yang `complement’ Melaka Waterword dan Zoo Melaka. Bau busuk bangkai ayam mesti diatasi. Pertunjukan perlu diperpanjangkan dan berbagai. Kedai cenderahati yang lebih menarik. Nasib baik ada Restoran makanan segera McD di dalam kawasan mereka. Sekurang kurangnya sewa dan mungkin komisyen jualan membantu Taman Buaya membiayai kos operasinya.

BN TERNYATA LEBIH BERTANGGONGJAWAB. WALAUPUN TEWAS DI BEBERAPA KAWASAN, PEJABAT PENYELARAS DAN PUSAT PERKHIDMATAN BN TERUS MENABUR BAKTI.


BN TERNYATA LEBIH BERTANGGONGJAWAB. WALAUPUN TEWAS DI BEBERAPA KAWASAN, PEJABAT PENYELARAS DAN PUSAT PERKHIDMATAN BN TERUS MENABUR BAKTI.

Benar tulisan MyKMU yang menyatakan bahawa, BN tidak pernah meninggalkan rakyat walaupun tewas di kawasan terbabit.  Pemimpin-pemimpin BN pun tidak henti-henti berkhidmat, tak seperti yang sering ditohmahkan puaktertentu, hanya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin sahaja yang berkhidmat, lain orang tidur.
Sambung penulis blog tersebut, nak bersumpah tak reti, tapi terus teranglah kan, daripada menang (2008), sampai sekarang, penulis tak pernah jumpa ADUN kawasan penulis mengundi.  Walaupun tidak menetap disitu, tapi hari-hari ke situ kerana urusan keluarga.
Ada juga tanya-tanya mak, "ADUN PKR tu ada datang mak?", mak jawab balik, "rupa dia pun tak kenal"......gelak penulis.
Lebih teruk lagi, kawasan itu walaupun dimenangi PKR, tapi ada pulak penyelaras DUN PKR, orang lain pula.  Biasanya penyelaras ni hanya untuk DUN yang kalah, DUN yang menang pun ada penyelaras juga?  Nampak sangat ADUN berkenaan makan gaji buta dan tidak bekerja.
Jadi kalau ada dakwaan hanya pemimpin tertinggi BN sahaja yang bekerja keras, pemimpin lain tidur, penulis berani potong jari, kenyataan itu tidak benarlah (sekurang-kurangnya dari apa yang penulis nampak di kawasan penulis).

AKUARIUM IKAN PAUS TERBESAR AKAN BERADA DI KLEBANG (DIAMOND COAST) DALAM MASA 3 TAHUN


AKUARIUM IKAN PAUS TERBESAR AKAN BERADA DI KLEBANG (DIAMOND COAST) DALAM MASA 3 TAHUN.
Yayasan Melaka berkerjasama dengan Akuarium Langkawi untuk membangunkan Akuarium Ikan Paus Terbesar di Malaysia atau Dunia (tidak pasti). Satu ikon pelancongan baru yang mampu menarik minat pelancong datang ke Melaka.
Dewan Persilatan Terbesar di dunia akan berada di Kampong Duyung, Melaka. Satu tindakan berani Kerajaan Negeri Melaka.
Nampaknya Melaka sedang berusaha menjadi tumpuan mata dunia.
River Cruise berjaya menarik 1.2 juta pelancong tahun 2012 dengan 40 bot. Waktu malam amat sesuai menaiki bot menyusuri sungai Melaka. Lampu lampunya amat menarik. River Cruise menduduki tempat pertama destinasi popular Melaka. Zoo Melaka menduduki tempat kedua.
Menara Taming Sari pula telah menjana Rm26juta sejak penubuhannya 2008. Banyak tu.
Penulis harap sangat ia tidak diswastakan kepada swasta. Berilah peluang kepada pegawai kerajaan belajar berniaga.

PM BERADA DI SARAWAK SELAMA 3 HARI UNTUK MEMPERKUATKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP BN.


PM BERADA DI SARAWAK SELAMA 3 HARI UNTUK MEMPERKUATKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP BN.
PM terus bekerja keras melawat rakyatnya di Sarawak. Disamping bertemu rakyat, PM tentu sekali berbincang dengan pemimpin komponen parti BN di Sarawak mengenai pembahagian kerusi dan bakal calon. Penerangan mengenai kekuatan dan kelemahan parti dibincang dan diulas. Kawasan hitam perlu di putihkan dan kawasan putih mesti di `putih melepakkan lagi. Pengundi Melayu atau Bumiputera tidak merisaukan tetapi sentimen pengundi Cina dipertelitikan. Sebab itu, segala kekeliruan di perbetulkan melalui perjumpaan rakyat di Majlis Tahun Baru Cina, Yam Seng dan Sambutan Chap Go Mei.
Bukan sahaja itu, PM berada diSarawak selama 3 hari dan setiap hari penuh dengan program kemesraan pemimpin dengan rakyat.
Penulis berharap TS Taib Mahmud terus memandu Sarawak ketahap yang lebih cemerlang. TS Taib diperlukan untuk menyatupadukan masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan etnik. Selain daripada itu, beliau kena `control’ peniaga Cina yang kayaraya di sana. Jangan dengar seruan Pakatan Rakyat agar TS Taib bersara kerana jikalau bersara cepatlah `breakdown of BN’. Beri masa kepada DS Najib membina kekuatan di seluruh Negara dan di Sarawak khasnya dengan kerjasama TS Taib. Ia lebih menyenangkan.

`THE ECONOMIST’ RAMAL BN MENANG PRU 13


`THE ECONOMIST’ RAMAL BN MENANG PRU 13
Majalah antarabangsa `The Economist’ meramalkan Barisan Nasional akan menang di dalam PRU13 ini. Unitnya, `Economic Intelliegence Unit’ telah membuat penetapan itu berdasar dasar `fiscal’ yang baik dan memakmurkan Negara.
Penyataan sedemikian terus mengerunkan DS Anwar Ibrahim dan gengnya. Tentu DS Najib telah berbuat sesuatu agar pengarang The Economist berkata baik lebih lebih lagi menjelang PRU13. Bertambah lagi rating BN.
Penulis menunggu reaksi DS Anwar dan rakan dalam Pakatan Rakyat

SULTAN SELANGOR PERKENAN PERMOHONAN PEMBUBARAN DUN SELANGOR TETAPI DENGAN TERTIB DAN TERATUR


SULTAN SELANGOR PERKENAN PERMOHONAN PEMBUBARAN DUN SELANGOR TETAPI DENGAN TERTIB DAN TERATUR
Diberitakan TS Khalid Ibrahim telah mengadap KeBawah Duli Tuanku Sultan Selangor memajukan permohonan untuk membubarkan DUN Selangor. Blog blog mengesahkan yang Sultan Selangor telah memberikan perkenan Tuanku tetapi dengan nasihat supaya ia dilakukan dengan tertib dan teratur.
Sebulan yang lalu, TS Khalid mengatakan beliau akan membubarkan DUN pada 22hb Februari 2013. Sama samalah kita menunggu `janji’ TS Khalid Ibrahim itu. Harap harap janji ini ditepati dan tidak janji beliau mengenai elaun ibu tunggal dan pra sekolah.
Para penganalisis mengesa biarlah Selangor mengadakan PRU serentak seluruh Negara dan ini menjimatkan perbelanjaan Negara. Tetapi MB Selangor ini `famous’ dengan gimik tidak bertempat dia. Ada sahaja idea untuk sebab kelainan. Semua tahu yang lambat laun, parlimen perlu dibubarkan, mungkin sebelum Mac atau April 2013.
Jikalau MB Selangor begitu yakin dengan sokongan rakyat Selangor, beliau perlu bersikap `anytime and any place and eve rready’.
Pengerusi SPR memberi komen yang MB Selangor berhak mencadangkan pembubaran DUN tetapi SPR berhak menetapkan tarikh penamaan calon dan pilihanraya.

Thursday, 21 February 2013

DS Anwar Meliwat Gelaran Huguan Siou


DS Anwar Meliwat Gelaran Huguan Siou
Penulis merasa malu betul di atas sikap pemimpin ini kerana menerima gelaran yang bukan haknya. Ia seperti seorang perompak menerima gelaran Dato atau seorang kaki bangku diberi anugerah pemain bolasepak terbaik dunia atau seorang yang tidak tahu menyanyi, dinobatkan sebagai penyanyi vocal terbaik. Begitulah DS Anwar dan gelaran Huguan Siou beliau.
Sebuah blog melaporkan seperti di bawah:-
Masyarakat Kadazandusun nampaknya masih lagi tidak dapat memaafkan Anwar Ibrahim kerana ‘meliwat’ kesucian gelaran Huguan Siou iaitu kedudukan tertinggi bagi kaum tersebut. Bukan sahaja kerana ia tidak mengikut prosedur dan adat perlantikan tetapi yang lebih menyakitkan hati ialah ia merupakan jawatan ekslusif yang hanya boleh dipegang oleh kaum Kadazandusun Murut.
Justeru, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) telah menuntut permohonan maaf dari pihak PKR Ranau dan Anwar Ibrahim sendiri atas tindakan tidak bertanggungjawab menganugerahkan gelaran tersebut kepada Ketua Pembangkang itu. Menurut Setiausaha Agung KDCA, En. Suman Yasambun dalam kepercayaan kaum mereka, tindakan tersebut akan mengundang sumpahan ke atas pihak yang telah mencemar struktur kepimpinan, terutamanya apabila ia melibatkan Institusi Huguan Siou.
Huguan Siou merupakan ‘penjaga’ kepada budaya, norma-norma, artifaks dan tradisi Kadazandusun Murut yang diraikan setiap tahun dalam Pesta Kaamatan. Gelaran itu membawa bersamanya semangat perpaduan, keberanian dan keazaman.
Huguan Siou yang sah pada hari ini adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sekali gus menjadikan perlantikan seorang lagi Huguan Siou sebagai satu penghinaan terhadap beliau, serta seluruh masyarakat Kadazandusun.
Jelaslah bahawa tindakan PKR Ranau adalah keterlaluan, selain tidak bijak. Lebih dari itu, tindakan Anwar untuk menerima penganugerahan itu juga, dilihat sebagai bukti sikapnya yang tidak sensitif dan gila kuasa.
Percubaan Anwar untuk memperbaiki keadaan dengan menafikan beliau ada menerima gelaran tersebut serta menuduhnya sebagai salah satu dari taktik kotor politik BN, nampaknya tidak berjaya. Ini kerana, seluruh rakyat Malaysia telah melihat sendiri gambar-gambar Anwar memakai hiasan kepala tradisi Kadazandusun yang dipanggil ‘sigar’ dan juga selempang yang tertulis ‘Huguan Siou Malaysia’
Begitulah tabiat buruk Pakatan Rakyat. Asyik salahkan orang lain aje. Banjir kilat besar di Puchong minggu lepas adalah salah UMNO dan BN. Pada hakikatnya, Kerajaan Selangor PKR ini tidak menjalankan kerja kerja pembersihan dan `maintenance’ parit dan sungai. Tidak pasti kemana perginya dengan hasil kutipan cukai dan pendapatan negeri. Bas 2 tingkat PKR dibiayai oleh TS Khalid manakala Sumbangan USD700000 kepada rakyat Palestin duit DS Anwar Ibrahim. Atau mereka sedang mengumpul untuk membayar elaun ibu tunggal dan pra sekolah yang bakal ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

RAKYAT KELANTAN AKAN TERIMA BANTUAN KARISMA@HATI RAKYAT


RAKYAT KELANTAN AKAN TERIMA BANTUAN KARISMA@HATI RAKYAT
Lawatan PM ke Kelantan membawa banyak berita baik untuk mensejahterakan rakyat. Seramai 14,000 rakyat Kelantan yang kurang bernasib baik seperti menghadapi penyakit, terpaksa membeli lampin dewasa, memerlukan kaki palsu dan sebagainya, bakal menerima satu lagi inisiatif Kerajaan BN iaitu Karisma @ Hati Rakyat.
Hanya Kerajaan yang pandai memacu ekonomi Negara dan mendatangkan pendapatan, berupaya melakukan pelbagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat

DATO SERI MOHD ALI KATA RAMAI AHLI PAS KELANTAN MENGANGGOTAI UMNO


DATO SERI MOHD ALI KATA RAMAI AHLI PAS KELANTAN MENGANGGOTAI UMNO
Di dalam wawancara di Selamat Pagi 1 Malaysia hari Selasa atau Rabu yang lalu, beliau membertahu penonton yang beliau baru balik dari Rantau Panjang, Kelantan untuk satu program kepartian. Katanya, ramai ahli PAS menyerahkan boring masuk UMNO dan beliau tersentuh hati kerana ada seorang tetamu itu menanggis. Kenapa menanggis? Rakyat Kelantan itu kata tanah 3 ekar yang diusahakan bertahun tahun dahulu di rampas oleh Kerajaan Negeri. Kejam juga Kerajaan Negeri ini. Dato Seri Mohd Ali menyampok yang 4 ekar di rampas tetapi 10000 ekar dipajak jangka panjang kepada Upayapada Plantation (tidak silap) milikan pemimpin DAP Perak.

APALAH KERAJAAN BN INI? ASYIK BANTU RAKYAT TAK HABIS HABIS


APALAH KERAJAAN BN INI? ASYIK BANTU RAKYAT TAK HABIS HABIS.
Menteri Kesihatan mengumunkan satu dasar baru iaitu memperkembangkan perkhidmatan hemodialisis ke klinik klinik kesihatan. Berita baik kepada mereka yang memerlukan. Lembaga Tabung Haji menderma RM1.68 juta untuk membeli peralatan dan ditempatkan di Hospital Putrajaya. Anggota pekerja Tabung Haji boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut di Hospital Putrajaya. Secara tidak langsung, Tabung Haji melaksanakan CSR untuk pekerjanya dan Kementerian Kesihatan. Apa gunanya GLC/Bank untung berbilion tetapi Negara dan rakyat kurang sihat. Ada GLC/Bank memberi bonus 8-12bulan dan hanya pekerja yang mendapat menafaatnya.
Putrajaya Holdings juga berhasrat untuk mewarnakan Putrajaya daripada sekarang berwarna hijau kepada banyak warna. Usaha yang baik yang dirancang ialah GLC atau Bank meng `anak angkat’ kan satu persimpangan dan menanam pokok bunga serta logonya. Secara tidak langsung Putrajaya semakin berseri, GLC/Bank melaksanakan CSR dan pengiklanan tetapi Putrajaya Holdings menjimatkan perbelanjaan.

PM PERGI GAZA. ANWAR IBRAHIM TAKUT PERGI TAPI DERMA USD700,000. NIK AZIZ PECAT USTAZ NASHA DARI MAJLIS SYURA ULAMAK


PM PERGI GAZA. ANWAR IBRAHIM TAKUT PERGI TAPI DERMA USD700,000. NIK AZIZ PECAT USTAZ NASHA DARI MAJLIS SYURA ULAMAK
Macam macam ragam politikus Malaysia. Lawatan PM ke Gaza menerima pelbagai reaksi pihak lawan. Paling tertekan DS Anwar Ibrahim. Mula mula komen yang DS Najib membuat silap kerana tidak melawat atau bertemu dengan kedua dua pemimpin. Tidak cukup dengan komen, beliau sanggup menderma USD700,000 untuk Hamas dan Fatah. Majlis Penyerahan Sumbangan diadakan sehari selepas PM melawat Gaza. DS Anwar berangan angan  agar kedua dua pemimpin Palestin hadir menerima sumbangan itu. Secara tidak langsung, kononnya DS Anwar lebih gah, popular dan dihormati oleh pemimpin Palestin. Alhamdulilah, lawatan PM ke Gaza membawa rahmat kepada Palestin.
Ada orang tanya, dari mana DS Anwar dapat duit?
Itu reaksi DS Anwar. Bagaimana pula reaksi Tok Guru Nik Aziz?. Beliau memecat Ustaz Nasha dari menganggotai Majlis Syura Ulamak PAS. Alasannya Ustaz Nasha selalu tidak hadir mesyuarat. Tidak timbul pasal Ustaz Nasha mengiringi PM ke Gaza. Suka hati Tok Guru lah.

TAN SRI MUHYIDDIN LAWAT SG SIPUT MEMPERKUKUHKAN KEKUATAN BN DI PERAK.


TAN SRI MUHYIDDIN LAWAT SG SIPUT MEMPERKUKUHKAN KEKUATAN BN DI PERAK.
Tan Sri Muhyiddin melawat pasar dan lot kedai baru di Sg Siput. Beliau kerap ke Perak kerana tugasan dan hubungan baik dengan MB Perak sejak zaman YB Tajol Rosli menjadi MB lagi. Kalau ada majis hari jadi Tan Sri, Dato Seri Zambry tentu ada. YB Ir Hasni dari Pontian pun `blue eye’Tan Sri dan tidak mustahil beliau dilantik MB Johor di masa akan datang. Ramalan penulis sahaja. Jangan panik dan marah.

Sg Siput menjadi kubu kuat Dato Seri Samy Vellu sebelum tumbang ke tangan pembangkang. Masih termiang di teliga penulis percakapan Dato Seri Samy Vellu yang mencabar pihak lawan bertanding di Sg Siput jika nak melihat beliau berundur dari jawatan Presiden MIC.

Pengundi Sg Siput kebanyakannya pengundi bangsa India dan wajarlah pemimpin BN berikrar membantu kaum India termasuklah pinjaman mikro.

Selesai lawatan di Pasar Sg Siput, Tan Sri bergegas ke Dataran Kemas  dimana Tan Sri memberitahu rakyat bahawa Kerajaan senantiasa menambahbaik kehidupan rakyat melalui perancangan rapi.
Beliau berkata pembangkang terasa amat dan tergugat dengan sokongan rakyat termasuk penyokong pembangkang, terhadap BN. Program transformasi ekonomi, politik dan social menampakkan usaha `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

KONFLIK PKR DAN DAP BERTAMBAH RUMIT


KONFLIK PKR DAN DAP BERTAMBAH RUMIT
Diberitakan kedua dua parti ingin bertanding di Parlimen Gelang Patah. Pengerusi PKR Dato Chua Jui Meng ingin beradu nasib di Gelang Patah kerana sifat demografiknya, bilangan pengundi Cina. Selain itu, resort milik beliau atau kroninya yang bernama Pulai Spring Resort terletak di kawasan Gelang Patah.

Mengapa beliau tidak bertanding di Parlimen Bakri yang sekarang diwakili oleh DAP.?

Tan Sri Muhyiddin berpandangan Pakatan Rakyat Johor  tiada ada sikap muafakat. Soal kerusi pun mereka gaduh dan tidak bertolak ansur. Macamana hendak mentadbir Negara? Sampai Setiausha Agong, Lim Guan Eng meminta DS Anwar campur tangan dan arah tutup mulut .kepada 2 personaliti Pengerusi PKR dan DAP.

Diharap BN Johor tidak lupa dengan saranan PM untuk memberi lebih perhatian di 5 kawasan termasuklah di Segamat, Gelang Patah, Kluang, Kulai(?) dan Bakri (Muar? )

SPR TERUS DIFITNAH WALAUPUN BANYAK PEMBAIKAN


SPR TERUS DIFITNAH WALAUPUN BANYAK PEMBAIKAN
SPR telah melakukan yang terbaik supaya PRU13 dan seterusnya adalah yang terbaik adil dan saksama. Penulis telah mengundi 5 kali dan pada hemat penulis susah hendak menipu di pusat mengundi. Masuk bilik mengundi, terdapat wakil dari parti parti membuat catitan. Seorang petugas akan `menjerit’ nama pengundi dan KP supaya wakil wakil dapat mencatit di dalam buku / list mereka. Sukar nak pakat. Selepas habis mengundi, penulis tidak boleh komen sebab penulis tidak terlibat.
Mungkin ini strategi awal Pakatan Pembangkang yang mungkin akan kalah, ingin mewarnakan PRU13 penuh tipu muslihat.
Selain itu Senator Bebas Nick Xenophon tidak wajar dipilih sebagai pemerhati luar PRU13. Ini adalah kerana beliau seorang yang tidak bersikap adil dan berpihak kepada satu pihak.
Semalam, PM telah menandatangani satu ikrar `integreti di dalm PRU’ yang di hadiri bersama oleh Transpenrancy International yang di wakili Datuk Paul Low dan ramai pemimpin komponen BN.

Monday, 18 February 2013

CALON FRIENDLY BN AKAN DIPERTIMBAGKAN TAPI GUNA LAMBANG BN


CALON FRIENDLY BN AKAN DIPERTIMBAGKAN TAPI GUNA LAMBANG BN
Penulis percaya DS Najib dan pasukan politikusnya sedang memikirkan keadah yang sesuai dan akan diterima oleh ahli parti, memberi peluang kepada calon bebas dan `friendly BN’ bertanding di kawasan yang mereka menangi dahulu. Tujuannya ialah mengekalkan atau menambah kerusi untuk BN.
Ramai calon bebas dari dahulunya dari PKR sekarang menyokong BN. Jika mereka ini ingin berkhidmat lagi, DS Najib harus membiarkan mereka ahli bebas bertanding di kawasan tersebut dan wakil dari parti komponen BN harus merestui mereka atas alasan membalas jasa dan strategi politik.
DS Najib kena mengendalikan kes seumpama ini dengan sebaik mungkin supaya tiada perasan tidak puas hati di kalangan ahli parti.
Dato Ibrahim Ali, Dato Dr Hassan Ali, Dato Seri Zahran, Dato Zulkifli Nordin, Wee Chee Keong dan ramai lagi akan diberikan kawasan atau laluan untuk bertanding? Yang mustahaknya satu lawan satu.
Ustaz Nasha tidak terpilih oleh PAS bertanding di Parlimen Bachok. Tidak pasti PAS negeri selain Kelantan akan memberi Ustaz Nasha bertanding di Parlimen negeri tersebut. Jikalau ini berlaku, DS Najib wajar memberi peluang kepada Ustaz Nasha untuk bertanding di salah satu kawasan atau di lantik menjadi Senator menjawat satu jawatan cabinet atau menjadi Duta Malaysia ke Negara Arab seperti Dato Seri Samy Vellu ke India dan Datoseri Ong Ta king ke China.
Jikalau berlaku 50 peratus `persaraan’ politik oleh barisan Kabinet, ahli Parlimen dan Ahli DUN, DS Najib dan BN kena memberi mereka yang bersara ini peluang menerajui GLC Nasional dan negeri, melainkan mereka mahu bersara terus. Setiap GLC Nasional dan negeri perlu bersarakan ahli lembaga pengarah yang telah lama berkhidmat untuk memberi nafas baru di dalam organisasi tersebut. Penulis rasa dengan wang pencen wakil rakyat dan peluang niaga pasca perkhidmatan wakil rakyat, mereka boleh hidup.

BN TRANSFORMASI MANAKALA PAKATAN RAKYAT REVOLUSI


BN TRANSFORMASI MANAKALA PAKATAN RAKYAT REVOLUSI

DS Najib berucap di Majlis penyerahan BRIM2.0 di Chini, Pahang baru baru ini dan berseloroh yang BN menganjurkan transformasi manakala Pakatan Rakyat mengutamakan atau mengesorkan revolusi. Transformasi BN memberikan BRIM1.0 dan 2.0 dan mungkin 3.0 dan 4.0, hasil daripada peningkatan kecekapan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam mengutip cukai. Peneroka FELDA dan keluarga menerima bonus RM15,000. Ada Kedai Rakyat 1 Malaysia, Kedai Buku 1 Malaysia dan Kedai kain 1 Malaysia yang menawarkan barangan pada harga yang lebih murah.




Revolusi Pakatan Rakyat pula banyak mengajak rakyat kepada pembaziran masa, kerosakan harta benda, huru hara dan janji tidak ditepati. Mereka mengalakkan demonstrasi dan Bersih 1, 2 dan 3. Janji atau manifesto pilihanraya pun tidak ditepati. RM50 untuk ibu tunggal dan pra sekolah terus diingkari. Pemberian air bersih pun tergendala. Alhamdulilah, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan Manifesto pilihanraya PR merupakan sebuah ikatan. Kereajaan Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim harus bertanggongjawab. Penulis ingin tahu. Andaikata Kerajaan Selangor bertukar kepada Kerajaan BN, adakah Kerajaan baru perlu membayar tuntutan ibu tunggal mahupun keluarga pra sekolah?

Semoga rakyat Selangor insaf dan tidak terpengaruh dengan janji kosong Pakatan Rakyat.

BANYAK SUNGGUH MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA


BANYAK SUNGGUH MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Hampir setiap hari ada sahaja sambutan Majlis Tahun Baru Cina yang DS Najib hadir. Sambutan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang amat memberangsangkan dan ada petanda kaum Cina sudah kembali ke pangkuan BN.

Amat jelas sekali usaha BN untuk mendekati kaum Cina untuk bersama sama dengan BN memakmurkan Negara. MCA bekerja keras untuk mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN.

Majlis Sambutan ini di selang seli dengan Majlis BRIM2.0. Penerima Cina kebanyakannya telah menerima BRIM2.0 dan Baucher RM250 sebelum sambutan Tahun Baru Cina lagi. Strategi nya amat bertepatan dan dari segi strategi politik, ia memberi kesan positif kepada BN. Apa jua tohmohan PR, pemberian BRIM2.0 dan mungkin BRIM3.0 atau 4.0 pada kadar melebih RM500 cukup menyenangkan hati rakyat amnya. 

KEDAH DI AMBANG MUFLIS


KEDAH DI AMBANG MUFLIS
Kedah, menurut jurucakap dan kajian penyokong BN, sedang menanggong bebanan hutang RM3 bilion. Pengurusan kewangan yang tidak cekap serta kurangnya FDI melabur di Kedah, merupakan beberapa sebab Kedah bakal berstatus muflis.
Patutlah apabila penyokong BN minta Kerajaan Negeri berhentikan pembalakan haram di Tasik Pedu, mereka meminta wang pampasan RM100 juta. Mana logiknya. Tanah mereka, kayu ditebang dan di jual. Duit diambil. Pembangunan tidak dijalankan. Minta pampasan pulak. Sah. Mereka tidak cekap mentadbir.

SAHABAT DS ANWAR IBRAHIM DARI AUSTRALIA DI `LARANG’ MASUK MALAYSIA


SAHABAT DS ANWAR IBRAHIM DARI AUSTRALIA DI `LARANG’ MASUK MALAYSIA
Seorang Senator Bebas Nick Xenophon dari Australia telah ditahan di LCCT beberapa yang lalu ketika cuba memasuki Malaysia. Setelah disemak, di dapati beliau di larang memasuki Malaysia kerana boleh memudaratkan Malaysia. Beliau disahkan melibatkan diri di dalam demonstrasi Bersih 3.0 baru baru ini selain daripada laungan kuat di Australia dan Malaysia supaya Kerajaan Malaysia melepaskan DS Anwar Ibrahim dilepaskan daripada tuduhan liwat.
Apa apa pun ingin mendengar spin DS Anwar Ibrahim dan geng Pakatan Rakyat mengenai isu ini.