Tuesday, 26 February 2013

TOK GURU NIK AZIZ


TOK GURU NIK AZIZ
Saya amat tertarik dengan tulisan Datuk Zulkifli Nordin mengenai tindak tinduk Tok Guru Nik Aziz di dalam pelbagai isu. Antaranya isu Kalimah Allah, sambutan Hari Jadi di rumah Karpal Singh, menyamakan kelahiran Nabi Muhammad sama seperti kelahiran Mat Kampong, tidak setuju diadakan sambutan Maulidul Rasul,Allah Samseng, Allah Pencarut dan banyak lagi.

Penulis yang tidak mempunyai pendidikan formal bidang keagamaan juga merasa apa yang diajar di sekolah agama dahulu agak berbeza dengan pendirian agama atau ilmu agama Tok Guru Nik Aziz.

Sepanjang 21 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan terlalu banyak masalah politik, pentadbiran dan ekonomi yang telah dan sedang di hadapi oleh rakyat Kelantan. Kadar pengganguran tinggi menyebabkan ramai rakyat meninggalkan negerinya mencari rezeki di negeri orang lain. Pembangunan fiskal amat rendah. Insfraskutur tidak mencukupi. Bekalan air bersih masih belum dapat dibekalkan.

Kebelakangan 4 tahun ini, rakyat mulai rasa resah dengan sikap Tok Guru yang suka mengeluarkan kata hasta dan caci maki hamum. Dahulu fatwa yang terangan bertentangan dengan ajaran Islam dan sifat alim ulamak tidak sedikit pun menjejaskan kepopulariti Tok Guru. Penyokong tegarnya semakin bermegah dan gembira dengan sikap bertentangan pendapat dengan ulamak UMNO. Setiap saranan atau pendapat Tok Guru menjadi fatwa dan jika fatwa tidak diikuti atau dipatuhi, ia menjadi sumpahan pulak. Ada sms diterima menceritakan kepada saya yang dia bersyukur kerana tidak kena sumpahan `bos majlis syura ulamak’ kerana beliau tidak terima bantuan Tok Najib. Begitulah fanatiknya mereka. Ini berkaitan dengan isu penerima BRIM yang berkumpul dan berpusu pusu menerima bantuan diumpama sebagai haiwan. Haji Hadi pula menambah rakyat perlu menjadi seperti ikan. Ikan perlu makan umpan dan bukannya mata kail. Haji Hadi membenarkan menerima BRIM tetapi undi tetap kepada PAS. Semalam Haji Hadi mengulas pemberian BRIM amalan Firaun. MasyaALLAH. Harap harap `geletikan’ BN terhadap Tok Guru dan Tuan Guru, menyebabkan mereka kelam kabut dan terus mengeluarkan kenyataan yang menyakiti rakyat Malaysia. Hilang sikit demi sedikit undi PAS.

Jikalau dahulu penyokong PAS merasa mereka lebih Islamik daripada penyokong UMNO, tetapi sekarang mereka lihat penyokong UMNO tidak kurangnya Islamik mereka. Malah UMNO dan penyokong UMNO lebih konsisten di dalam memperjuangkan agama Islam. Fenomina ini menarik minat ahli dan penyokong PAS menyertai UMNO.

Penyokong PAS diseru sertai Demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 malah Tok Guru memberi wang perbelanjaan untuk mereka. Bersih1,2 dan 3 sepatutnya bertujuan perhimpunan aman untuk menyatakan sesuatu kehendak ramai (bukan agenda peribadi) tetapi menjadi rusuhan. Dalam Islam tiada demonstrasi rusuhan.

Tok Guru terus menyokong Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Kitab Bible versi bahasa Malaysia. Pendirian Majlis Syura sama pendirian UMNO dan BN. Sepatutnya mereka tahu orang Melayu adalah beragama Islam dan tidak perlu bible bahasa Malaysia langsung. Tetapi mereka pandai berhujah kerana di Sabah dan Sarawak menggunakan Kalimah Allah di dalam bible mereka. Jikalau begitu, Kerajaan boleh betulkan keadaan iaitu membuat keputusan bersama dengan pihak gereja tidak lagi menggunakan Kalimah Allah di Sabah dan Sarawak dahulu. Buat percetakan semula tanpa penggunaan Kalimah Allah di dalam bible versi bahasa Malaysia.
Penulis hendak ketawa dengan tulisan Datuk Zulkifli itu. Beliau agak Tok Guru Nik Aziz akan menyerbu ke rumah Karpal Singh membawa pedang sambil bertakbir untuk berjihad mempertahankan kalimah ALLAH dan membela keputusan Majlis Syura PAS melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim termasuk kristian! Rupanya tidak, Tok Guru Nik Aziz membawa pisau kontot untuk potong kek harijadi untuk dimakan bersama dengan Karpal Singh! Begitulah tahalluf siasi versi PAS - meletakkan kepentingan politik dan kerusi diatas segala-galanya! Moga moga tidak mendapat kemurkaan ALLAH.
Pada penulis ia merupakan pertolongan Allah kepada rakyat Malaysia untuk menunjukkan seterang terangnya tabiat baik atau buruk Tok Guru Nik Aziz. Mungkin juga untuk membantu memudahkan rakyat Malaysia membuat keputusan untuk terus menyokong atau menentang Tok Guru.Pada penulis, adalah wajib menjauhi Tok Guru Nik Aziz kerana mengunakan agama Islam yang suci untuk keuntungan politiknya. Juga dilindongi Allah dari sumpuhan Tok Guru, jika ada.

No comments:

Post a Comment