DS
Anwar Meliwat Gelaran Huguan Siou
Penulis merasa malu betul di atas
sikap pemimpin ini kerana menerima gelaran yang bukan haknya. Ia seperti
seorang perompak menerima gelaran Dato atau seorang kaki bangku diberi anugerah
pemain bolasepak terbaik dunia atau seorang yang tidak tahu menyanyi,
dinobatkan sebagai penyanyi vocal terbaik. Begitulah DS Anwar dan gelaran
Huguan Siou beliau.
Sebuah blog melaporkan seperti di
bawah:-
Masyarakat Kadazandusun nampaknya
masih lagi tidak dapat memaafkan Anwar Ibrahim kerana ‘meliwat’ kesucian
gelaran Huguan Siou iaitu kedudukan tertinggi bagi kaum tersebut. Bukan sahaja
kerana ia tidak mengikut prosedur dan adat perlantikan tetapi yang lebih
menyakitkan hati ialah ia merupakan jawatan ekslusif yang hanya boleh dipegang
oleh kaum Kadazandusun Murut.
Justeru, Persatuan Kebudayaan
Kadazandusun (KDCA) telah menuntut permohonan maaf dari pihak PKR Ranau dan
Anwar Ibrahim sendiri atas tindakan tidak bertanggungjawab menganugerahkan
gelaran tersebut kepada Ketua Pembangkang itu. Menurut Setiausaha Agung KDCA,
En. Suman Yasambun dalam kepercayaan kaum mereka, tindakan tersebut akan
mengundang sumpahan ke atas pihak yang telah mencemar struktur kepimpinan,
terutamanya apabila ia melibatkan Institusi Huguan Siou.
Huguan Siou merupakan ‘penjaga’
kepada budaya, norma-norma, artifaks dan tradisi Kadazandusun Murut yang
diraikan setiap tahun dalam Pesta Kaamatan. Gelaran itu membawa bersamanya
semangat perpaduan, keberanian dan keazaman.
Huguan Siou yang sah pada hari ini
adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sekali gus menjadikan perlantikan
seorang lagi Huguan Siou sebagai satu penghinaan terhadap beliau, serta seluruh
masyarakat Kadazandusun.
Jelaslah bahawa tindakan PKR Ranau
adalah keterlaluan, selain tidak bijak. Lebih dari itu, tindakan Anwar untuk
menerima penganugerahan itu juga, dilihat sebagai bukti sikapnya yang tidak
sensitif dan gila kuasa.
Percubaan Anwar untuk memperbaiki
keadaan dengan menafikan beliau ada menerima gelaran tersebut serta menuduhnya
sebagai salah satu dari taktik kotor politik BN, nampaknya tidak berjaya. Ini
kerana, seluruh rakyat Malaysia telah melihat sendiri gambar-gambar Anwar
memakai hiasan kepala tradisi Kadazandusun yang dipanggil ‘sigar’ dan juga
selempang yang tertulis ‘Huguan Siou Malaysia’
Begitulah tabiat buruk Pakatan
Rakyat. Asyik salahkan orang lain aje. Banjir kilat besar di Puchong minggu
lepas adalah salah UMNO dan BN. Pada hakikatnya, Kerajaan Selangor PKR ini
tidak menjalankan kerja kerja pembersihan dan `maintenance’ parit dan sungai.
Tidak pasti kemana perginya dengan hasil kutipan cukai dan pendapatan negeri.
Bas 2 tingkat PKR dibiayai oleh TS Khalid manakala Sumbangan USD700000 kepada
rakyat Palestin duit DS Anwar Ibrahim. Atau mereka sedang mengumpul untuk
membayar elaun ibu tunggal dan pra sekolah yang bakal ditentukan oleh Mahkamah
Tinggi Shah Alam.
No comments:
Post a Comment