SPR
TERUS DIFITNAH WALAUPUN BANYAK PEMBAIKAN
SPR telah melakukan yang terbaik supaya PRU13
dan seterusnya adalah yang terbaik adil dan saksama. Penulis telah mengundi 5
kali dan pada hemat penulis susah hendak menipu di pusat mengundi. Masuk bilik
mengundi, terdapat wakil dari parti parti membuat catitan. Seorang petugas akan
`menjerit’ nama pengundi dan KP supaya wakil wakil dapat mencatit di dalam buku
/ list mereka. Sukar nak pakat. Selepas habis mengundi, penulis tidak boleh
komen sebab penulis tidak terlibat.
Mungkin ini strategi awal Pakatan Pembangkang
yang mungkin akan kalah, ingin mewarnakan PRU13 penuh tipu muslihat.
Selain itu Senator Bebas Nick Xenophon tidak
wajar dipilih sebagai pemerhati luar PRU13. Ini adalah kerana beliau seorang
yang tidak bersikap adil dan berpihak kepada satu pihak.
Semalam, PM telah menandatangani satu ikrar
`integreti di dalm PRU’ yang di hadiri bersama oleh Transpenrancy International
yang di wakili Datuk Paul Low dan ramai pemimpin komponen BN.
No comments:
Post a Comment