ZOO
MELAKA NIGHT SAFARI KEMATIAN SEEKOR BERUANG DAN SEEKOR KUDA
Minggu lepas,
YAB Ketua Menteri mengumumkan Zoo Melaka akan diuruskan oleh sebuah syarikat
swasta (sudah tentu berpengalaman dan berduit). Namanya pun ditukar sedikit dan
harga tiket dikatakan akan dinaikkan kerana berlakunya penaiktarafan kemudahan.
Penulis sokong jika Zoo Melaka ini menjadi lebih popular dan `sustainable’.
Juga ia terus menambah peluang pekerjaan untuk rakyat Melaka dan yang mustahak
kaum dan bangsa pekerja yang seimbang.
Sehari selepas
pengurusan baru ambilalih Zoo tersebut, berlaku insiden meracun binatang
beruang dan kuda. Katanya percubaan untuk meracun lebih banyak binatang di sana tetapi tidak
kesampaian. Apakah hikmah peristiwa ini? Apakah langkah langkah keselamatan
yang perlu diperbaiki lagi.
Diberitakan
seorang peniaga 65 tahun di soal siasat untuk membantu siasatan POLIS. Kenapa
peniaga ini bertindak demikian?
Penulis juga
berharap Taman Buaya Melaka juga perlu melakukan sesuatu. Pertamanya yang
berkaitan dengan buaya. Tambah bilangan ke, pelbagai spieses ke, terpanjang ke?
Keduanya kemudahan. Adakan penambahan kemudahan atau tarikan. Buatlah sesuatu
yang `complement’ Melaka Waterword dan Zoo Melaka. Bau busuk bangkai ayam mesti
diatasi. Pertunjukan perlu diperpanjangkan dan berbagai. Kedai cenderahati yang
lebih menarik. Nasib baik ada Restoran makanan segera McD di dalam kawasan mereka.
Sekurang kurangnya sewa dan mungkin komisyen jualan membantu Taman Buaya
membiayai kos operasinya.
No comments:
Post a Comment