PM BERADA DI SARAWAK
SELAMA 3 HARI UNTUK MEMPERKUATKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP BN.
PM
terus bekerja keras melawat rakyatnya di Sarawak .
Disamping bertemu rakyat, PM tentu sekali berbincang dengan pemimpin komponen
parti BN di Sarawak mengenai pembahagian kerusi dan bakal calon. Penerangan mengenai
kekuatan dan kelemahan parti dibincang dan diulas. Kawasan hitam perlu di
putihkan dan kawasan putih mesti di `putih melepakkan lagi. Pengundi Melayu
atau Bumiputera tidak merisaukan tetapi sentimen pengundi Cina dipertelitikan.
Sebab itu, segala kekeliruan di perbetulkan melalui perjumpaan rakyat di Majlis
Tahun Baru Cina, Yam Seng dan Sambutan Chap Go Mei.
Bukan
sahaja itu, PM berada diSarawak selama 3 hari dan setiap hari penuh dengan
program kemesraan pemimpin dengan rakyat.
Penulis
berharap TS Taib Mahmud terus memandu Sarawak
ketahap yang lebih cemerlang. TS Taib diperlukan untuk menyatupadukan
masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan
etnik. Selain daripada itu, beliau kena `control’ peniaga Cina yang kayaraya di
sana . Jangan
dengar seruan Pakatan Rakyat agar TS Taib bersara kerana jikalau bersara
cepatlah `breakdown of BN’. Beri masa kepada DS Najib membina kekuatan di
seluruh Negara dan di Sarawak khasnya dengan
kerjasama TS Taib. Ia lebih menyenangkan.
No comments:
Post a Comment