Friday, 15 February 2013

MACAM MACAM CERITA..Lim Guan Eng..Ustaz Nasha.


MACAM MACAM CERITA..Lim Guan Eng..Ustaz Nasha..Sambutan Tahun Baru Cina dan PSY di Pulau Pinang..Sambutan Hari Jadi.

Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang resah kerana BN semakin digemari dan disokong di Pulau Pinang. Kedatangan pemimpin tertinggi BN termasuk PM dan TPM ke Pulau Mutiara tersebut benar benar `perondakperanda’  jentera DAP dan Pakatan Rakyat. Kedatangan PM dan TPM selang beberapa hari membawa rahmat kepada penduduk Pulau Pinang selain daripada pengumuman kelulusan peruntukan dan bantuan rakyat, mereka dapat menjamu selera, bersua muka dengan PM dan bergembira dengan penyanyi K-Pop, PSY.
Strategi BN di Pulau Pinang boleh dikatakan `menjadi’ untuk mengumpulkan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan mendengar ucapan PM. Pada penulis, ucapan dan rayuan kepada penyokong DAP dan penyokong atas pagar amat mustahak menjelang PRU13 ini. Mereka boleh mendengar jaminan PM yang ingin membantu rakyat Pulau Pinang dengan mengadakan perumahan mudah milik rakyat dan mengurangkan kesesakan lalulintas. Jika BN dapat `convert’ (sebagai contoh) 1000 orang daripada 5000 penyokong PR yang hadir semasa Majlis Sambutan Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina,adalah usaha yang berjaya. Penyokong BN yang hadir terus diperkukuhkan kesetiaannya kepada BN dan parti komponen mereka. MCA yang berjaya menyelitkan program PSY dan GANGNAM STYLE nya harus dipuji dan mencapai matlamat mengumpul rakyat berbilang bangsa datang ke program Sambutan Tahun Baru Cina. Sekurang kurangnya penyokong Pakatan Rakyat turut merasai aura PM.
Sebelum itu, PM menghadiri Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Yang DiPertua Negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Kelihatan Lim Guan Eng sibok beramah tamah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Lim Guan Eng juga sibok ingin bermesra dengan DS Najib yang kerusinya dipisahkan oleh 2 orang iaitu Pengerusi Dewan Datuk Lum dan Tun Abdullah. Beliau kena menunjukkan kepada rakyat yang Lim Guan Eng juga mesra rakyat.
Gelombang BN semakin kuat dan ada desas desus BN akan menang lebih banyak kerusi di DUN Pulau Pinang. Angin perubahan sedang berlaku di Pulau Pinang.
Penulis pernah menulis tentang Lim Guan Eng dan BN boleh rampas Pulau Pinang di blognya terdahulu. Sila ke `nasirwise.blogspot.com’.

No comments:

Post a Comment