Tuesday, 22 October 2013

BARISAN `KUAT + LEMBIK ' NAIB PRESIDEN UMNO




Barisan Naib Presiden UMNO yang baru telah dibarisi oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn. Penulis gelar Barisan Kuat bercampur Lembik kerana itu lah sifat orang Melayu, umumnya.

Para perwakilan telah membuat keputusan dan melilih calon yang di fikirkan sesuai untuk UMNO dan Malaysia.

Penulis tidak menyalahkan barisan ini jika mereka tidak membawa UMNO dan Malaysia kearah yang lebih dinamika lagi. Salahkan diri sendiri. Kita yang memilih dan apa apa jua `outcome'nya, terima sahaja.

Penulis ingin mengesorkan kepada pengurusan UMNO beberapa perkara pembaikan. Apabila mengadakan pemilihan UMNO, sayap UMNO khasnya WANITA dan PEMUDA tidak dibenarkan memberikan sokongan terbuka kepada seseorang calon Naib Presiden. Ini harus dilakukan jika UMNO ada dua peringkat permilihan. Ketua WANITA, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengadakan `close door meeting' dan declare sokongan kepada Datuk Seri Hisham. Sokongan begini seolah olah arahan kepada warga emas WANITA mengundi DS Hisham. Perbuatan beginilah yang boleh mencetuskan dendam dan rasa tidak puas hati hasil daripada pemilihan UMNO yang tidak sempurna prosedurnya.

Andaikata penulis menjadi Datuk Mukhriz, penulis tidak akan melayan Ketua WANITA dan EXCOnya jika datang ke Sungai Limau atau Kedah kerana buat apa nak berjumpa dengan musuh dalam UMNO.

Begitu juga dengan keputusan Bahagian yang diterajui oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Didapati ramai perwakilan dan Bahagian terikut ikut dengan keputusan bahagian bahagian berkenaan sebagai panduan mengundi seolah itu adalah arahan. Sebaiknya keputusan Bahagian Pekan dan Pagoh diumum lewat atau dirahsiakan. Atau pemilihan di jalankan lewat sedikit dan dengan itu keputusannya tentu lewat juga.

Datuk Mukhriz seperti di sabatotaj dua kali. Pertamanya, The Malaysian Insider mendakwa Datuk Mukhriz bersalah mengamalkan politik wang. Mereka memohon maaf kemudian tetapi ia telah menjejaskan pengundian. Keduanya dikatakan dari facebook palsu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menulis Datuk Mukhriz akan didakwa.

Penafian Tan Sri Muhyiddin pun lewat dan menjejaskan pengundian. Penulis sarankan Tan Sri Muhyiddin dan semua pemimpin check di laman facebook jika ada facebook masing masing yang palsu. Sebenarnya ramai yang tidak ambil kisah. Bila sudah berlaku, baru hendak ambil tindakan. Pegawai khas Tan Sri Muhyiddin TIDOR kepenatan.

No comments:

Post a Comment