Artikel ini ditulis jam 9 pagi Sabtu 2013 iaitu hari Pemilihan UMNO. Penulis menulis atas dasar kewajiban seorang ahli UMNO biasa dan rakyat Malaysia yang perihatin.
Penulis ingin merayu kepada para perwakilan UMNO agar membuat pilihan dengan tepat. Faktor kenegerian dan kerana kawan, di ketepikan . Sebaliknya pilihlah yang dilihat berprestasi tinggi, berkesan dan berani membuat keputusan melindungi hak orang Melayu dan agama Islam disamping negara.
Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Kesemua calon ada kelebihan. Apa yang boleh kita buat ialah memilih mereka yang membuat kesilapan pengurusan parti yang kurang. Diantara mereka siapa yang banyak digusarkan oleh rakyat dan ahli UMNO? DS Hishamuddin Tun Hussein Onn.
Penulis bersetuju jika DS Hishamuddin `bercuti dari jawatan Naib Presiden penggal 2013-2016 supaya beliau lebih efektif di masa hadapan. Satu langkah belakang membolehkan beliau melangkah jauh kehadapan. Beliau akan bercuti jawatan parti tetapi mungkin jawatan Kabinet akan terus diberikan oleh sepupunya, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak.
UMNO berteriak kuat untuk bertransformasi tetapi daripada keputusan Pergerakan WANITA dan PEMUDA, ahli UMNO tidak mahu transformasi. Mereka mengekalkan Ketua mereka dan `reasonable' kerana tiada pencabar yang kuat dan bersepadu. Tetapi barisan EXCO WANITA dilihat dimonopoli oleh warga emas Wanita UMNO. Ada baiknya ada 30 peratus baru dan 70 peratus muka lama seperti agihan calon PRU13. Tetapi Wanita memilih kekawan mereka sahaja.
Calon Naib Presiden ramai yang berpengalaman mentadir sesebuah negeri, kementerian dan organisasi. tidak di pemilihan Wanita dan Pemuda.
Penulis amat kuatir dengan laporan The Sun, semalam dimana Wanita mengadakan `close door meeting'dengan DS Hishamuddin. Ketua Wanita perlu bebas, Nuetral dan berkecuali kerana kesemuanya adalah rakan rakan. Begitu juga dengan Pemuda yang dikatakan hendak memenangkan DS Hishamuddin yang `less effective dan weak'. Alang kah malang dan detik hitam jika UMNO memilih kerana kawan dan bukan nya prestasi. Popular tetapi tidak `intelligence' didalam tempoh 3-5 tahun kebelakangan. Penulis kuatir amat sangat, PRU14 akan memalapkan lagi peluang UMNO jika kita tidak pandai memilih.
Berbalik kepada kes `close door meeting', adalah lebih baik jika kesemua pertandingan di dalam UMNO di adakan di dalam satu hari. Jika tidak ia memberi advantage kepada seseorang. Masalah pengurusan pemilihan boleh diatasi.
Akhirnya, pemilihan UMNO harus menjauhi faktor kenegerian tetapi prestasi diutamakan. Penulis dilahirkan di Muar Johor memilih calon yang boleh melindungi kesejahteraan bangsa, agama dan negara Malaysia tanpa takut takut dan salah keputusan.
Selamat Memilih.
As Salam...
ReplyDeleteBagi saya apa yang berlaku sekarang, golongan muda seolah-olah tidak sabar-sabar untuk menerajui kepimpinan negara. Bermula dengan kepimpinan dalam UMNO, mereka begitu berebut-rebut untuk menonjolkan diri dan meminta dipilih mewakili golongan muda dalam banyak kategori. Ini tidak sepatutnya berlaku. Kenaikan wakil-wakil yang akhirnya menjadi pemimpin tidak boleh dipaksa secara begini. Kelak nanti akan berlaku tersalah pilih kerana penonjolan yang agak berlebihan disebabkan kononnya ada sokongan. Sebaliknya apa yang disebutkan dan diwarwarkan hanyalah rethorik semata-mata.
Orang Muda... dont be to aggressive especially dalam masalah ini. You boleh aggersif dalam maslah lain... agama, pendidikan, ekonomi...etc...etc... tetapi dalam memilih pemimpin, kita mesti choose WISELY.... sekarang macam nampak seseorang itu begitu kuat dan bertenaga.... tetapi kita takkan tahu selagi ianya belum teruji. Jangan pisang berbuah dua kali... seperti zaman yang berlaku semasa Peliwat Negara dalam UMNO dahulu... Ramai yang tidak nampak kerana topeng yang dipakai oleh peliwat ini begitu menyakinkan. Hati-hatilah memilih...Saya bukan berhasrat untuk mengekalkan status quo tetapi... mestilah lebih berwaspada....