Friday, 25 October 2013

TUN DAIM. SIAPA MENANG DI PRK SG LIMAU


Nama calon BN dan PAS telah diketahui secara rasmi pada hari penamaan calon pada 23 Oktober 2013. Seorang pensyarah (mengajar mahasiswa) akan melawan pensyarah (mengajar anak tadika).

BN akan cuna merampas kerusi DUN Sg Limau daripada PAS. Sg Limau adalah kubu kuat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bukannya PAS. Majoriti kemenangannya agak tinggi juga (lebih kurang 3000 atau 2700 undi). BN adalah underdog.

Ikhlas dari penulis, tugas Datuk Mukhriz dan BN amat berat. Untuk menang besar, BN amat mustahil. Menang tipis, mungkin 50:50. Untuk BN tewas, besar kemungkinan. Pada penulis, BN kena target kurangkan majoriti PAS terlebih dahulu dan sudah alhamdulillah.

Sg Limau adalah muka hadapan dan maruah PAS buat 2 penggal berturut turut.

Jentera BN masih berpenat. Ada yang masih berdendam. Ketua UMNO Bahagian Jerai yang baru dan lama OK, tetapi penyokongnya?. Begitu juga dengan Datuk Mukhriz dengan Datuk Shahrizat dan YB Khairy. Mereka buat OK tetapi pengikutnya berdebdam.

Penulis yang kurang berinformatik politik Kedah akan berterima kasih jika mendapat komen dan ramalan daripada Tun Daim Zainuddin.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment