Friday, 18 October 2013

PERGERAKAN WANITA UMNO SEMAKIN `TUA'


Para perwakilan UMNO telah membuat pemilihan nya pada 12 hb Oktober 2013 yang lalu. Ketua Pergerakan WANITA UMNO, PEMUDA dan PUTERI telah diketahui.

Pergerakan WANITA dan PEMUDA menang TKO manakala PUTERI dengan KO. Pertandingan WANITA dimenangi oleh Dato Seri Shahrizat  Abdul Jalil manakala PEMUDA oleh Saudara Khairy Jamaluddin. dan PUTERI oleh YB Mas.  Tahniah. kepada mereka.

Komen penulis WANITA memberi isyarat mengekalkan penyandang dam jelas mantan pemimpin puteri YB Azalina Othman dan Datuk Noraini tidak terpilih menganggotai EXCO pun, melainkan YB Datuk Rosnah (mungkin sokongan perwakilan Sabah). Professsional pun tidak kelihatan. Ramai betul mak datin. 

UMNO perlukan transformasi tetapi nampaknya WANITA tidak ingin bertransformasikan keahliannya (EXCO) kepada pemimpin muda. Penulis kuatir Pergerakan WANITA kekal di panggil KELAB MAK CIK WARGA EMAS. Ini situasi yang tidak sihat. Mereka yang menang (banyak penggal) tidak mahu berundur langsung. Penulis harap pemimpin muda tidak berputus asa dan teruskan bermesra dengan mak cik mak cik di bahagian. InsyAllah, mak cik mak cik ini akan memberi laluan suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment