Friday, 4 October 2013

TEKNOLOGI `HINDAR CURI' DAN GPS MENGGANTIKAN PENARIK KERETA


Pekerjaan ini amat popular dikalangan anak muda tidak kira bangsa. Mereka memilih kerjaya mesti bersebab. Antaranya potensi yag besar kerana kereta bermasalah terlalu banyak. Mengapa terlalu banyak. Mungkin kesihatan ekonomi si penyewapajak berubah ataupun Bank meluluskan pinjaman tanpa melihat betul betul kemampuan. Mungkin juga kerana ganjaran yang tinggi sesuatu kes. Ada penarik kereta suka profession ini kerana ia melibatkan `trail' kerana dapat mengesan kenderaan yang disorokkan. Ada yang mengatakan ia melibatkan penyiasatan dan penyelidikan dan ia bagus untuk otak.Seperkara lagi kerjaya ini tidak perlu kelulusan SPM atau Diploma..

Penulis cadang Kerajaan dan Bank juga PDRM memantau perkembangan tidak sihat ini. Lihat berita sensasi terkini. Pembunuh pengasas AMBANK seorang penarik kereta atau pemandu truk tarik kereta. Penarik kereta sekarang menjurus kepada samseng dan gangsterisme.

Banyak kes pergaduhan di antara penyewapajak kereta dengan penarik kereta, bermusuhan dan berdendaman. Ada penarik kereta yang ditembak dan dipukul juga selain daripada mereka membelasah penyewapajak kereta.

Penarik kereta mudah di  kenalpasti. Berbadan besar dan membawa beg selendang serta jalan berkumpulan. Kadang kadang membawa `senjata' di dalam poket dan dalam kereta. Ini semua mengalakkan pergaduhan.

Penulis cadangkan Kerajaan, PDRM, Pembuat Kereta dan Bank serta agensi berkaitan menggunakan teknologi `hindar curi' dan GPS untuk menggantikan perkhidmatan penarik kereta. Jumlah penarik kereta mesti dikurangkan sebanyak 80 peratus daripada jumlah sekarang. Buatlah `brainstorming' mencari jalan yang selamat dan mudah untuk mendapatkan kenderaan yang bermasalah ini. 

Teknologi berkenaan telah lama berada dipasaran cuma ia di`adjust' untuk membolehkan Bank dapat balik kenderaan mereka. Gadget gadget boleh dipasang di kenderaan semasa di peringkat pemasangan di kilang lagi. Kaedah mematikan kereta perlu betul. Jangan sampai si penyewapajak yang sedang memandu di lebuhraya di matikan dengan serta merta tanpa amaran.  

No comments:

Post a Comment