Friday 18 October 2013

BOLA SEPAK MELAKA BERJENTERA BARU

MAFA telah mempunyai Presiden yang baru iaitu Ketua Menteri Melaka. Ahli Jawatankuasanya juga muka muka yang boleh buat kerja.

MAFA sedang ditransformasikan. Pasukan bolasepaknya perlu dipertingkatkan prestasinya di dalam tempoh sepenggal ini. Pembangunan bolasepak perlu diperhebatkan tanpa sempadan. seramai mungkin rakyat dan penduduk Melaka. Pentadbiran sukan perlu di professionalkan. Program pembangunan dan kejohonan perlu diatur sekerap mungkin dan bukan bermusim. DANA harus mencukupi untuk menjalankan aktiviti dan membaiyai kos pemain.Tarik minat agensi Kerajaan, GLC Nasional dan GLC Negeri sebanyak mungkin.

Ahli ahli dalam MAFA mesti amamah untuk memajukan sukan bukan untuk mencari peluang perniagaan untuk kepentingan diri.

MAFA mesti beriltizam untuk menjadi sebuah organisasi yang berjaya dan effisen serta berjaya melahirkan ramai pemain untuk Melaka dan Malaysia. 

Penulis percaya dan yakin rakyat Melaka boleh berjaya menjadi seorang pemain bolasepak yang baik seperti yang di tunjukkan oleh adik Mohd Nizaruddin Jazi yang sedang mencipta nama di persada bolasepak antarabangsa.

Penulis pernah cadangkan transformasi sukan di lambaran terdahulu.

http://nasirwise.blogspot.com/2013/08/melaka-football-association-mafa-akan.html

No comments:

Post a Comment