Thursday 31 October 2013

PAS AKAN MENANG PRK DUN SG LIMAU. KELANTAN MENANG PIALA MALAYSIA



Berdasarkan atas kertas, PAS akan menang PRK DUN Sg Limau ini yang bakal diadakan pada 4 November 2013. Kelantan pula dijangka menang mudah atas Pahang dan menjuarai Piala Malaysia yang akan diadakan pada 3 November 2013.

Sg Limau adalah kubu kuat Allahyarham TS Azizan Razak dan PAS dan pengundi PAS/PR masih sedih dan menyokong TS Azizan. PAS kata calonnya adalah anak diri TS Azizan lagi.

PRU13 menyaksikan majoriti yang besar dan untuk menarik pengundi PAS/PR memilih BN mungkin amat getir. Lagi pun Datuk Mukhriz baru memimpin Kedah 5-6 bulan dan kecekapan serta kewibawaannya boleh di iktiraf oleh penduduk Sg Limau khasnya orang PAS.

Selain daripada itu, PAS amat pandai mengelirukan fakta. Gambar palsu perjumpaan calon PAS dengan TS Azizan rupa rupanya palsu. Penulis ingat Tian Chua sahaja yang pandai buat pemalsuan. Penulis tidak menyangka PAS melakukan strategi penupuan. Ia ibarat, orang ramai akan terperanjat besar jika seorang iman masjid mencuri wang tabung masjid berbanding dengan seorang penagih dadah yang merompak wang masjid.

Selain itu, PAS pandai memutarbelitkan ucapan TS Muhyiddin Yassin yang membicarakan tentang tindakan Kerajaan menarik balik subsidi gula. Rupa rupanya menyebut pasal gula dan akibatnya di SG Limau pada masa ini diibaratkan sebagai mengutuk Allahyarham TS Azizan Razak yang berpenyakit diabestis. PAS amat sensitif dengan gula di Sg Limau. Penulis syorkan gula pasir di jual dengan seluas luasnya di Sg Limau dan BN jangan komen.


Penulis ramalkan Kelantan akan menang mudah mengalahkan Pahang kerana Kelantan sebuah pasukan yang kuat seimbang dan berpengalaman di pentas akhir. Lihat lah Kelantan yang ketinggalan atau tewas di game pertama atau separuh masa pertama, tetapi bangkit di masa separuh kedua. 
Penyokong Kelantan adalah 100 peratus belakang pasukan mereka. Dengan sorokan gemuruh serta janji wang tunai oleh KAFA, menyuntik semangat yang amat tinggi kepada pemain Kelantan untuj menang.
Rumusannya 
3 November Kelantan juara Piala Malaysia
4 November PAS menang tipis PRK Sg Limau

No comments:

Post a Comment