Friday, 11 October 2013

PEMENANG NAIB PRESIDEN SUDAH DIKETAHUI DAH...


Majlis Perkenal Calon yang diatur oleh Perhubungan UMNO Negeri berjalan lancar. Jadualnya amat ketat dan bagi mereka yang berjawatan di salam Kerajaan seperti Ahli Parlimen mahupun Jemaah Menteri, kehadiran mereka sukar di jangka.

Majlis seumpama ini amat sesuai untuk calon UMNO yang baru ingin memberikan perkhidmatan. Mereka mungkin ahli UMNO sejak lama tetapi baru sekarang ingin menawarkan perkhidmatan.

Melalui penelitian penulis, DS Dr Zahid dan DS Hishamuddin jangka datang ke Majlis seumpama ini kerana mungkin kesuntukan masa. Sekali sekala nampak juga kehadiran DS Shafie Afdal. Tetapi Datuk Mukhriz dan Datk Seri Ali nampaknya melapangkan masanya untuk bertemu dengan perwakilan. Mana mana perjumpa mereka ada. Terakhir sekali mereka berada di Sabah.

Calon MT yang aktif dipentas seumpama ini termasuklah Tan Sri Rahm Tamby Cik dan Datuk Sharifuddin Abdullah. Mereka ini banyak idea dan pandai berhujah.

DS Hishamuddin diberitakan mengadakan perjumpaan dengan perwakilan secara persendirian seperti di Melaka dan Perak baru baru ini. Beliau juga muncul di dalam program  TV3 `Soal Jawab' mungkin sebagai salah satu usaha berkempen.

Daripada tepukan gemurh dari para perwakilan yang hadir dan juga calon Naib Presiden yang datang, Datuk Mukhriz Tun Mahathir amat popular. Apabila nama beliau di panggil, tepukan bermula dan panjang sedikit. Calon calon yang hadir tahu apa yang bakal berlaku dan siapa yang akan bakal menang. Walaubagaimanapun ini bukan pengukur terakhir kerana bukan semua calon Naib Presiden seperti DS Dr Zahid dan para perwakilan yang hadir pada Majlis tersebut..

1 comment: