Sunday, 13 October 2013

PERJIRANAN `ENGKAU ENGKAU, AKU AKU.'


Selang beberapahari pengumuman pelaburan PETRONAS di Canada, PETRONAS PENAPISAN MELAKA telah buat pengumuman penanggohan projek naik taraf kemudahannya di Melaka.Tiada sebab diberikan.Sebagai penduduk Melaka, penulis sedih kerana pelaburan tersebutakan `berhirjah’ ke Johor (Penggerang) dan Canada. Melaka kehilangan suntikan ekonomi yang besar.

Projek Gas Cecairdi Canada merupakan sebagai pelaburan yang besar.Ketika PM Canada melawat Malaysia tempohari, DS Najib mengumumkan PERONAS adalah pelabur asing yang terbesar diCanada dengan melibatkan pelaburan menjangkau Canada Dollar 111 bilion diCanada.Penulis tumpang bangga.

Di sekeliling rumah penulis ramai juga yang bertugas di PETRONAS dan jika diPengerang dan Canada beropersi sepenuhnya, mereka mungkin akan diberikan tawaran bekerja disana. Bagus juga mereka berjiran disana kerana di perumahan penulis, sumbangan kemasyarakatan kakitangan PERONAS amat kecil.

Mereka bergaji besar dan memandu kereta baru.Kerosakan amat jarang berlaku dan tiada keperluan minta tolong jiran kerana kereta rosak.Bawang putih atau beras tidak putus dan tidak perlu `meminjam’ dengan iran.Mereka pun sibok bekerja shift.Masa bekerja berbezadengan waktu riadah penduduk.Jiran sebegini buat hal masing masing.Pada penulis, tidak rugi atau untung berjirankan mereka.Masyarakat menjadi `engkau engkau aku aku’.Ini hasil produk PETRONAS yang amat ketara.Penulis percaya perjiranan `engkau engkau aku aku oleh PETRONAS’  berlaku di banyak tempat.

Penulis mempunyai adik adik, adikipar dan menantu yang berkerja di PETRONAS dan berpaeel sama. Kesenangan hidup menjadikan mereka disayangi lebih ibubapa kerana selalu hulur bantuan kewangan dan material.

Apapun, penulis harap PETRONAS memberikan peluang kepada lebih banyak Bumiputera.Jangan dok beri peluang kepada seorang pengusaha minyak, sebagai umpamanya.Di Cheng Melaka, terdapat seorang pengusaha yang menjalankan stesen minyak di Bachangdan kawasan Cheng. Perkara yang sama berlaku. Pengusaha tersebut semakin kaya.Kereta bersusun dan rumah berderat.Baik depan mata aje.

Saranan penulis, seorang pengusaha stesen minyak sepatutnya menjaga 1 stesen minyak sahaja pada satu masa dan tempohnya ditetapkan 5 tahun.Berilah peluang kepada Bumiputera lain belajar peruncitan minyak.

Penulis pernah ditunjukkan tanah tanah yang sesuai untuk stesen minyak.Setelah membeli tanah tersebut, jual balik kepada PETRONAS.Entah entah sebuah stesen yang sedang dibina diLebuhraya AMJ Sungai Udang atau berhadapan Stadium Hang Jebat, kepunyaan pengusaha Cheng tadi?.

Penulisan tentang PETRONAS ialah seperti:-

No comments:

Post a Comment