Wednesday, 31 July 2013

MENGAPA PETRONAS MEMBENARKAN SEORANG PENGUSAHA STESYEN MINYAK MENJALANKAN BISNES MELEBIHI SATU BUAH PADA SATU MASA DAN TEMPAT?



Seperti di penulisan penulisan terdahulu, penulis tetap dengan kenyataan bahawa rasuah di GLC seperti syarikat peladangan dan petroleum lebih tinggi nilainya, kekerapannya dan bersifat berpanjangan.

Baru baru ini seorang pegawai kanan Petronas telah di dakwa menerima rasuah.Pengurusan Petronas kecewa tetapi yang lebih mengusarkan ialah MALU BESAR.

Terlalu ramai kontraktor yang berminat mendapatkan kerja di Petronas kerana kontrak yang ditawarkan kelazimannya menguntungkan.Untuk barangan atau peralatan kecemasan, marjinnya berkali kali ganda.Kontraktor amat mengharapkan kerja kerja `turnaround’ kilang penapisan dilakukan sekerap yang boleh.Tidak dapat di nafikan, sistem perolehan di Petronas amat ketat tetapi apabila melibatkan manusia, usur usur peyelewangan dan rasuah pasti berlaku.

Di prespektif lain pula, pengagihan Stesyen Minyak Petronas pun berlaku elemen pilih kasih, rasuah dan penyelewengan.

Petronas Dagangan di dapati memberi peluang kepada pengusaha Bumiputera menjalankan lebih daripada satu stesyen minyak pada satu masa dan tempat.Mungkin pengusaha tersebut mempunyai banyak duit, tetapi dengan peluang tersebut, pengusaha semakin kaya.

Penulis cadangkan untuk stesyen minyak yang di miliki Petronas dan disewakan kepada pengusaha,jangkamasa penyewaan harus di tetapkan tidak melebihi 6 tahun. Petronas mesti menolong lebih ramai pengusaha Bumiputera bukan `muka dia sahaja’.Setahu penulis Petronas mensyaratkan pengusaha menjalankan perniagaan secara `full time’.

Di  Melaka, pengusaha Bumiputera En Zul menjalankan Stesyen Minyak Petronas  di Cheng dan Bachang (berhampiran Kilang TEAC). Penulis tidak pasti En Zul ini pun diberi peluang di tempat lain di Melaka atau di negeri lain seperti Kelantan.Adakah menjadi matlamat Petronas untuk menolong seorang Bumiputera sahaja?

Ramai juga pengusaha mendapat `tip’ daripada Pegawai Petronas Dagangan ( atau sebaliknya), kawasan yang di dalam perancangan. Mereka berpakat dengan pengusaha dengan menyuruh pengusaha membeli tanah yang sesuai untuk stesyen minyak itu terlebih dahulu.Selepas itu Petronas membeli tanah tersebut dengan banyak kali ganda.Keuntungan pembelian tanah diagih agih. Penulis harap Pegawai Petronas Dagangan yang bertugas di `transfer’ ke negeri lain atau jabatan lain (seumpama JPJ dan PDRM mahupun KASTAM) setiap 2 tahun supaya tiada elemen berkawan rapat dan pakatan.


Dengar gossip penyokong Pembangkang , untuk mendapatkan tempat dan berniaga di MITC, banyak juga belanja melobinya. Mencecah RM1juta. Walhulalam

No comments:

Post a Comment