Saturday, 13 July 2013

KENAPA ADA KRISIS DI ANATARA YB IDRIS JUSUH DAN YAB DATUK AHMAD SAID

KENAPA ADA KRISIS DI ANATARA YB IDRIS JUSUH DAN YAB DATUK AHMAD SAID
Kenapa mereka berkrisis?
Bagaimana mereka boleh berkrisis?
Tahap macamana mereka berkrisis?
Bila bermulanya mereka berkrisis?
Projek apa yang menyebabkan mereka berkrisis?
Siapa dalang yang menyebabkan mereka berkrisis?

Hanya kedua mereka, orang Terengganu dan Sultan Terengganu yang tahu jawabannya.

Penulis boleh rumuskan wang dan kuasa yang menyebabkan mereka berkrisis. Bercakap pasal wang, tidak semestinya kedua mereka dan pembesar negeri dan negara yang pentingkan wang, tetapi kawan rapat, broker dan ahli perniagaan yang berkepentingan yang menyumbang kepada krisisnya.

Sebagai contoh. Ahli perniagaan pembangunan hartanah atau resort berminat untuk mendapatkan tanah dan kelulusan projek tetapi atas sebab apa sekali, Kerajaan Negeri tidak meluluskan. Mereka tidak berpuashati dan mencari jalan berjumpa dengan kenalan rapat Pembesar Negeri, Negara atau Pihak Istana menjadi `orang tengah’  mendesak Kerajaan Negeri meluluskan projek. Berlakulah fitnah menfitnah dan dendam mendendam buat seketika termasuklah mempengaruhi pihak Istana tidak melantik semula Idris Jusuh menjadi MB Terengganu. Pembesar Negara turun mengadap Sultan pun tidak menyelesaikan masalah.

Tidak mungkin Ahmad Said yang menjadi dalang untuk menghalang perlantikan semula Idris Jusuh, tetapi Ahmad Said terbaik dari pandangan Istana dan dalang dalangnya kerana ahli DUN yang lain pro Idris. Dengan titah Istana, Ahmad Said tidak ada pilihan untuk menerima jawatan itu. Sekarang ia berlaku kepada Datuk Tee dari MCA yang dititah oleh Sultan Johor menjadi EXCO mewakili kaum Cina. Akibatnya Datuk Tee dibelangui masalah kepartian.

Ahmad Said tidak boleh melantik EXCO dari kalangan ahli DUN yang menentang dan pro Idris. Masalah menjadi lebih mendalam dan politik Terengganu menjadi berpuak.


Ini suatu kemungkinan berlakunya krisis mereka. Apabila berlaku krisis, ia tidak mudah dikurangkan dan dihapuskan. Jesteru itu berdamailah pada erti sebenarnya dan seikhlasnya. Demi agama, bangsa, parti dan negara.

No comments:

Post a Comment