Monday, 29 July 2013

MELAKA WAJAR MENGIKUTI LANGKAH JOHOR TIDAK MENYAMBONG PAJAKAN KAWASAN PERINDUSTRIAN LARKIN



Penulis dan  ramai juga kawan kawangembira dengan tindakan Kerajaan Negeri Johor untuk tidak menyambong pajakan di kawasan perindustrian Larkin. Penulis tabik hormat kepada Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Besar Johor yang berani membuat keputusan tidak populis.Sebelum ini, beliau berkata cukai tanah atau harta yang berbeza untuk pemilik tanah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia. Keputusan atau pendekatan Johor ini membuka mata pentadbiran negeri lain dan berlogik.

Larkin adalah sebuah penempatan Melayu yang awal dibangunkan di Johor.

Melaka amat wajar mengikuti langkah Johor.Negeri yang besar seperti Johor pun ingin memperbaiki pemilikan tanah kerajaan. Melaka, sebuah negeri kedua atau ketiga kecil di Malaysia, wajib memelihara peratusan tanah kerajaan dengan tanah pemilikan persendirian. Amat wajar selepas tamat tempoh pajakan, tanah tersebut wajib dikembalikan kepada Kerajaan.

Orang berniaga akan marah dengan tindakan ini kerana mereka kena mencari tempat baru untuk membuat perusahaan. Mereka akan merayu kepada kerajaan kerana kononnya mereka belum `cover cost’. Kerajaan tahu mereka telah buat duit di dalam tempoh 30 tahun pajakan tersebut. Jika RM100 setahun keuntungan (sebagai contoh mudah), cukai tanah adalah 1-2 peratus daripada untung tadi, Cukai  korporat 24-26 peratus, Yang lain (RM70) adalah keuntungan peniaga.


Selama ini, Kerajaan Melaka memberikan pajakan tanah untuk menarik minat pelabur.Penulis setuju dengan pendekatan tersebut tetapi ramai juga pelabur yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan untung cepat dengan menjual atau memajak semula kepada pihak ketiga.

Pelabur Bumiputera paling ramai bersifat demikian.Kerajaan ingin membantu mereka berniaga dengan memberikan pajakan tanah.Selepas beberapa tahun (ada yang belum sempat mendirikan perusahaan pun), kembali kepada Kerajaan untuk memohon kebenaran menjual tanah pajakan tersebut.Kerajaan atau Ketua Menteri terpaksa meluluskan permohonan menjual, kerana pelabur merupakan kawan atau mempunyai kawan yang berparti UMNO/BN.

Penulis merayu kepada Ketua Menteri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka, selain daripada mengharamkan ajaran syiah, bertegas dan berhati hati di dalam permohonan pajakan tanah kerajaan untuk perusahaan, pertanian mahupun pelancongan.Banyak kawasan perindustrian yang masih kosong di merata Melaka.Berilah peluang industri bertumbuh di luar daerah seperti di Masjid Tanah, Jasin, Merlimau supaya berlakunya pembangunan seimbang.

Jika pajakan tanah tidak dapat dielakkan, runding untuk mendapatkan tempoh pajakan yang pendek seperti 10 tahun dan bukan 30 tahun.Penulis tidak pasti berapa ramai yang mendapat pajakan 60 atau 99 tahun?Kena cari sebabnya.Pada penulis itu pilih kasih dan penyelewengan di pihak Kerajaan.Tanaman kelapa sawit satu pusingan pun 25 tahun. Berilah pajakan tersebut kepada peniaga lain pulak.

Pajakan tanah Bandar perlu diharamkan terus melainkan melibatkan usahasama dengan GLC. Kawasan Bandar yang biasanya diwakili DAP, perlu diperhatikan dengan teliti. Hanya pajakan untuk pembangunan strategik, melibatkan GLC dan menguntungkan politik BN, pajakan tanah boleh dipertimbangkan. Ramai broker UMNO/BN sedang berkerjasama dengan pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera berusaha memohon tanah secara pajakan jangka panjang.

Melaka perlu menjalankan kajian mengenai status tanah pajakan mengikut tempoh, jenis perniagaan, pemajak, peluang pekerjaan yang telah dihasilkan, pajakan tanah yang tidak berjaya dibangunkan, tanah pajakan yang memohon untuk menjual, berapakah bilangan syarikat dan pengarah syarikat yang sama memohon pajakan dan memohon menjualnya,Parameter ini boleh dibincangkan dengan penuh terperinci.


Pengamal statistik Melaka, Datuk Akhbar Ali, rasanya akan bersedia membantu membuat stimulasi dan menyediakan laporan statistik, jika diberikan maklumat tersebut.. Penulis yakin banyak fakta yang akan memeranjatkan.

No comments:

Post a Comment