Thursday 18 July 2013

UDA DAPAT PENGERUSI BARU


TAHNIAH YB Datuk Johari Abd Ghani, ahli parlimen Titiwangsa di lantik Pengerusi UDA yang baru berkuatkuasa 8 Julai 2013.

Penulis berpendapat perlantikan beliau amat sesuai berdasarkan pengalaman korporat dengan KFC seketika dahulu. Dengan membesar di Kuala Lumpur sekian lama, beliau faham projek hartanah yang perlu dibangunkan sekarang, esok dan lusa. Kawasan yang mana agak strategiK dan bermenafaat kepada Bumiputera. UDA boleh membantu pembangunan Kg Baru.

Di Parlimen baru baru ini, beliau mencadangkan Kerajaan memperuntukkan RM200juta-RM300juta setahun untuk membeli tanah tanah di Kuala Lumpur. Satu idea yang baik. Lebih baik peruntukan yang tidak mendatangkan dividen politik dikurangkan dan diagihkan untuk membeli tanah tanah.

                            

2 comments:

  1. DIA BUKAN YB SETIAWANGSA TAPI TITIWANGSA. HARAP BETULKAN FAKTA

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan
    Terima kasih di atas kepekaan tuan. Saya akan betulkan segera.

    ReplyDelete