Monday, 8 July 2013

ORANG KEDAH MENERAJUI TABUNG HAJI. TANGGONGJAWAB BESAR


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah melantik seorang anak Kedah, Datuk Hj Azeez Abd Rahim, menjadi Pengerusi Tabung Haji. Tahniah dan Takziah dari penulis.

Blogger MIK berkata perlantikan tersebut amat bertepatan dengan pengalaman korporat dan komitmen parti serta keberjasaannya pada PM. Beliau salah seorang Lembaga Pengarah Tabung Haji, memiliki beberapa syarikat bersaiz sederhana (belum disenaraikan lagi), aktif dengan Kelab Putera 1Malaysia dan berpengalaman dan menjayakan misi kesukarelawan di luar negara (dengan arahan dan kerjasama PM).

Perlantikan tersebut penulis tidak ambil peduli tetapi biarlah selepas ini organisasi ini menjadi lebih baik prestasi kewangannya, berkurangan kes penyelewengan, merendahkan lagi kadar rasuah korporat, meningkatnya jumlah bilangan dan simpanan Jemaah Haji, bertambahnya peluang perniagaan Bumiputera yang lebih seimbang dan bertambah tebalnya sokongan kakitangan Tabung Haji dan subsidiari terhadap Kerajaan BN. GLC ini dan yang lain sudah hilang kesyukuran dan berterima kasihannya kepada Kerajaan BN.

Penulis pernah mencadangkan agar perkhidmatan menguruskan jemaah haji diswastakan kepada UMNO atas sebab diatas. Musuh musuh politik dan ekonomi telah meyusup masuk di dalam perkhidmatan tersebut.

Ada pihak menjadikan musim haji untuk `harvest’ keuntungan dengan bantuan pegawai Tabung Haji secara sengaja atau tidak sengaja. Tabung Haji memberikan kontrak kepada syarikat pembekal yang anti Kerajaan sebagai contohnya. Ahli perniagaan atau pembekal kain dan kelengkapan mengerjakan haji, beg bimbit, bendera, pengangkutan dan logistik di Malaysia dan Arab Saudi, sewa bas, van, kapal terbang, perkhidmatan telefon, makanan bermasak (Penulis pasti salah saorang pembekal makanan sejuk beku adalah anti kerajaan sehinggakan pekerja pekerja nya bermusuhan dengan Kerajaan), hotel dan penginapan, agen pelancongan, mutawif, pembantu dan penyeleras Jemaah haji, doktor dan pembantu, ubat ubatan, pemandu bas dan van dan sebagainya. Yang menyedihkan ada dikalangan mereka mereka ini anti Kerajaan yang menyokong dan mengundi PAS PKR DAP.

Adalah menjadi harapan penulis dan masyarakat Bumiputera untuk melihat segala produk dan servis yang berkaitan dengan perkhidmatan haji dikeluarkan atau diuruskan oleh Bumiputera Melayu Islam.

Penulis berharap sangat cadangan SPRM dapat persetujuan Kerajaan iaitu untuk mengadakan kluasa tambahan iaitu syarikat korporat dan Ahli Lembaga Pengarahnya boleh di dakwa kerana `membenarkan’ rasuah dan penyelewengan berlaku di GLC masing masing.
Seperti yang penulis nyatakan selalu penyelewengan dan rasuah di syarikat peladangan (sebagai contoh) adalah lebih besar nilainya, kekerapannya, keterancangannya dan melibatkan pengurusan atasan, berbanding dengan rasuah yang dilakukan oleh PDRM, Imigresen, Kastam, Puspakom dan sebagainya. Banyak artikel yang ditulis mengenainya di lambaran terdahulu.

Berbalik kepada perlantikan Datuk Azeez, penulis tidak yakin dengan beliau boleh memberikan penumpuan kerja jika beliau memegang banyak tanggongjawab. Dari segi politik pun, penulis harap kerja dan tugasan begini patut diagih kepada lebih ramai ahli ahli UMNO BN yang berjasa dan yang muda berpotensi. Jadikan kerja dan tugasan ini sebagai membalas jasa dan pendedahan kerja. Kurangkan pembolotan kerja dan tugasan oleh seorang. Macam monopoli. Kelazimannya kerja dan tugasan ini membebankan dan jika tahap kesihatan yang tidak baik, ia mempercepatkan kematian. Terpaksa ada PRK. Ia juga menjurus kepada mutu perkhidmatan yang kurang baik kepada rakyat jelata jika beliau terlalu sibok dengan tugasan di peringkat nasional. Tiada lagi lah aktiviti sukarelawan. Kuranglah keharuman nama Malaysia tanpa kelibat Datuk Azeez.

Sehingga hari ini penulis belum `jatuh cinta’ dengan Datuk Azeez, Datuk Ahmad Mazlan, Datuk Seri Nazri Aziz, Omar Mustapha Ong dan para penasihat PM yang lain dan beberapa lagi kenamaan. Itulah yang dinamakan `cinta itu buta’. Sebabnya mungkin kelibatnya yang over atau terlalu lama menganggotai Kabinet atau prestasi yang ordinary bukan outstanding.

Pada Datuk Azeez, penulis harap jika hendak menjalankan aktiviti sukarelawan, jalankanlah dengan ikhlas dan buatlah tanpa kelibat yang over di kaca TV. Terang sangat berlakon depan TV angkat barang dan sebagainya. Boleh penulis katakan selain gambar PM, TPM, para Menteri, Menteri Penerangan dan isterinya, MB/KM, Ketua Polis dan Panglima Angkatan Tentera, gambar Datuk Azeez pun ter `listed’ kekerapannya. Buatlah program tanpa kelibat PM. Elaklah publisiti sedemikian rupa. Bosan.

Penulis cabar Datuk Azeez ini dilantik pengerusi biro pendaftaran ahli baru UMNO. Kerja ini lebih dan amat mustahak kepada survival UMNO BN dan Melayu. Ada 2.3 juta Melayu yang belum berdaftar sebagai pengundi pada masa ini. Dalam 4-5 tahun lagi, angkanya menjadi 3.5juta pengundi yang sepatutnya berdaftar. Berapa peratus UMNO dapat menarik mereka ini menjadi ahli UMNO?. Kita tengok beliau boleh buat atau tidak.


UMNO Melaka mesti mendaftar 5 ahli baru setiap bulan setiap cawangan? Ada mencapai KPI ini?

No comments:

Post a Comment