Sunday, 28 July 2013

PEGUAM NEGARA `SWASTAKAN’ KERJA KERJA RAYUAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM.



Ramai yang terperanjat dengan keputusan Pejabat Peguam Negara untuk `outsource’ perkhidmatan guaman khasnya kes rayuaan Kerajaan / Pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas tuduhan liwat DS Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ini kes berprofil tinggi.

Pada penulis, ia salah satu usaha kepelbagaian mencontohi `blue ocean strategy’?

Jika kepakaran kurang di Pejabat Peguam Negara, ia satu langkah yang baik untuk mendapatkan pakar undang undang di luar dan menang di dalam kes itu.Ia juga baik sebagai `learning path’ oleh para pegawai pegawai di Pejabat Peguam Negara. Walaupun kosnya tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan Datuk Shafee Abdullah, ia boleh dipelajari oleh ramai pegawai.

Bagus juga dilakukan di dalam pengubalan Akta Akta baru dan perubahan Akta Sediaada.Minta pakar termasuk para hakim dalam negara dan luar negara. Pakar undang undang swasta mungkin memperkenalkan approach yang berbeza dengan approach tradisi Peguam Negara.

Peguam Negara dan pegawainya mungkin sibok dengan kes pendakwaaan Lahad Datu dan Petisyen PRU13. Kesibokan dengan tugasan lain boleh menjejaskan konsenstrasi pegawainya mengendalikan sesuatu kes.

Dari segi `political milage’,ia tidak dilihat Kerajaan BN hendak membalas dendam terhadap DS Anwar Ibrahim kerana ia adalah kes diantara Anwar Ibrahim dan pembantunya. Tetapi atas dasar keadilan dan kepentingan umum, Peguam Negara mengendalikan kes tersebut tetapi dikendalikan oleh pakar luar.Ini adalah kerjasama dua pihak seperti mana Anwar Ibrahim mengupah pakar Australia dan Thailand membantu kes beliau.

Majoriti rakyat akan gembira dengan perlantikan DatukShafee Abdullah dan ia sedikit sebanyak menaikan maruah Pejabat Peguam Negara yang kelihatan tidak bermaya atau tidak berdaya dengan kritikan rakyat kebelakangan ini. Ini meunjukkan keseriousan Pejabat Peguam Negara memenangi kes.

Perbicaraan dijangka bermula pada 1 Ogos 2013 ini (jika tidak silap).Pasukan DS Anwar dikatakan memohon penanggohan kerana Ketua Pembelaan, Karpal Singh dimasukkan hospital menerima rawatan.DS Anwar diberitakan tidak gembira dengan perlantikan Datuk Shafee di dalam kes beliau. Mungkin satu lagi episod perbicaraan menghalang perlantikan Datuk Shafee dan akan berlaku drama penanggohan lagi.

Kes liwat ini sangat menarik bukan kerana Anwar Ibrahim tetapi ia membuka ruang perbicaraan yang sebenarnya. Rupa rupanya kita boleh mohon tukar Tuan Hakim, kita boleh tanggoh perbicaraan, kita boleh bantah keterangan seseorang, kita boleh mohon ahli pasukan pendakwa dilepaskan mendakwa dan pelbagai aspek perundangan.Pelajar undang undang amat bermenafaat mengikuti perbicaraan ini.Hampir semua pakar undang undang negara terlibat di dalam kes ini.Keterangan serta soalan mereka boleh di jadikan panduan kerja pengamal undang undang.

No comments:

Post a Comment