Friday 19 July 2013

RAKYAT KUALA BESUT NAK JUMPA DAN DENGAR SUARA PM KITA


Sejak Hari Penamaan Calon pada 12 Julai yang lalu sehingga 19 Julai 2013, PM kesayangan belum turun ke Kuala Besut untuk membantu kempen PRK ini. Beliau mungkin mendengar laporan harian dari Pengarah Jentera Piliharaya BN, Tan Sri Muhyiddin. Juga memberikan restu kepada Tengku Zaihan sebagai calon secara jarak jauh. Tengku Zaihan belum sempat mengucapkan terima kasih kepada PM secara peribadi dan 4 mata. Meluluskan peruntukan mendalamkan kuala sungai RM250 juta pun secara jauh.

Penulis yakin PM akan turun padang juga di dalam masa terdekat ini dan menyemarakkan lagi `confident level’ jentera BN dan kepercayaan rakyat Kuala Besut.

Langkah melambatkan `turun padang’ mempunyai banyak taksiran. Ia boleh juga  ditaksir sebagai memberikan sepenuh kepercayaan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin, YB Datuk Idris Jusuh, YAB Datuk Ahmad Said, bakal YB Tengku Zaihan dan ahli BN/UMNO tempatan mencorakkan jentera parti untuk menang di Kuala Besut.

Ataupun dirasakan Kuala Besut merupakan kubu kuat UMNO, kelebihan calon BN daripada PAS dan kebarangkalian untuk menang agak tinggi. Jesteru itu PM tidak mahu merosakkan program yang sedang dijalankan. Kadang kadang orang tempatan lebih efektif mempengaruhi pengundi tempatan.

Atau ia merupakan strategi politik BN dimana jentera BN akan mengumpulkan segala permasalahan dan dikaji sedalamnya dan di ulas oleh PM sehari sebelum Hari Mengundi Awal 20 Julai dan Hari Mengundi 24 Julai 2013.

Seperti dimaklumi, kemenangan BN di Kuala Besut amat penting untuk kestabilan politik di Terengganu. Kemenangan BN memberikan impak besar kepada PAS.

Kelazimannya kedatangan PM dan negarawan Tun Dr Mahathir `menyelesakan dan mengembirakan’ rakyat Kuala Besut.


No comments:

Post a Comment