Thursday 25 July 2013

PRK KUALA BESUT:TAN SRI MUHYIDDIN BERJAYAKAN BN. DATUK HUSAM TEWASKAN PAS LAGI.


BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuala Besut.Calon BN Tengku Zaihan mencatitkan undi sejumlah 8288 dengan majoriti bertambah kepada 2592.

Tahniah kepada PM, TPM, YAB MB, DS Idris dan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus dan berkampong di Kuala Besut.

Kemenangan berkat ini juga merupakan hadiah Hari Jadi PM yang ke 60 tahun. Harap harap sambutan Hari Raya Puasa akan lebih meriah sedikit buat penyokong BN.

Penulis berpendapat Pengarah Pilihanraya memainkan peranan besar mengendalikan sesebuah jentera pilihanraya.Untuk menang kena ada strategi dan tindakan.Kesilapan strategi membawa bencana.Itulah kelebihan Tan Sri Muhyiddin.

Datuk Husam sebaliknya terus tidak bernasib baik.Badi kekalahannya berterusan walaupun dibantu oleh jentera PAS Kelantan, Datuk Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus.Penulis harap jangan dijadikan beliau sebagai `kambing hitam’ pulak kerana kekalahan PAS bukan faktor peribadi Datuk Husam sahaja bahkan PAS keseluruhannya.

Salah satu faktor kemenangan ialah pemilihan calon amat tepat dan seiring dengan kehendak pengundi Kuala Besut baik tua atau muda.Tengku Zaihan seorang yang `all rounder’ and mudah mesra sudah menjadi amalannya.

Cara berkempen pun harus menjadi contoh.Kempen ala Ramadan dan secara kecilan dan rumah ke rumah nampaknya efektif. PM tidak perlu turun padang dan berpestaan. Kempen menggunakan kaedah ini mungkin menyelesakan pengundi Kuala Besut dan tempat lain. BN lebih berjaya jika DAP dan PKR tidak terlibat secara aktif dan tiada fitnah menfitnah.

Penyokong YAB MB dan DS Idris perlu memberikan komitmen untuk terus bersatu.Jangan hanya kedua pemimpin yang sudah berbaik baik, penyokong pun kena lupakan pengsengketaan.Musuh kita hanya PAS PKR DAP bukan UMNO.

Para pemimpin berpengalaman Terengganu dan Pusat perlu membimbing YB Tengku Zaihan supaya dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat Kuala Besut dan Terengganu.Jaga budi perkerti, rajin berkerja dan jauhi rasuah.PRU14 sudah dekat. Hulurkan perkhidmatan mulai esok.

Maka hilanglah angka terhangat berserinya nombor 16 16 yang matlamat utamanya ialah PAS mahu supaya politik Terengganu tidak berada di dalam keadaan tidak stabil.


Tugasan yang lebih berat lagi bagi YB Tengku Zaihan ialah men `convert’ lebih kurang 6000 penyokong PAS di Kuala Besut. Melalui analisis peti undi, kita akan tahu kawasan hitam atau kelabu bagi BN. Teruskan program mendekati mereka. Jangan hanya musim pilihanraya sahaja, nampak muka.

No comments:

Post a Comment