Wednesday 31 July 2013

TAN SRI MUHAMAD ALI HASHIM EX JOHOR CORPORATION

TAN SRI MUHAMAD ALI HASHIM EX JOHOR CORPORATION BELUM ADA PIHAK YANG BERMINAT DENGAN PERKHIDMATANNYA? KENAPA?

Antara PKEN PKEN yang paling berjaya ialah Johor Corporation.Organisasi ini yang bangunkan oleh Allahyarham Tan Sri Basir Ismail dan di perkembangkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim.Tan Sri Ali berkhidmat dengan Johor Corporation selama 28 tahun mulai Januari 1982 dan menempoh pelbagai cabaran, kejayaan dan kegagalan di dalam tempoh terajuannya.

Antara kejayaan ialah `listing’ beberapa syarikat seperti Kumpulan Perubatan Johor Berhad, Kulim Berhad, Sindora Berhad, Johor Land Berhad dan  pengambilanalihDamansara Realty Berhad,QSR Brands Berhad dan KFC. Selain itu, Johor Corporation mewujudkan peluang pekerjaan yang puluhan ribuan, pembangunan hartanah yang strategik seperti KOMTAR, Kotaraya dan Menara Ansar, Perhotelan Puteri Pan Pacific Hotel dan banyak lagi kejayaan lain. Permasalahan ketara ialah bebanan hutang kumulatif lebih kurang RM3 billion (aset Johor Corporation melebihi bebanan hutang tersebut) akibat krisis ekonomi dan matawang.Pada tempoh tersebut berlakulah pelupusan asset dan penjualan syarikat.

Umum tahu berlakunya `perang dingin’ diantaraTan Sri Ali denganDatuk Ghani Othman sejak menjadi Ahli Parlimen Ledang lagi. Apabila menjadi MB Johor merangkap Pengerusi PKENJ/Johor Corporation, Datuk Ghani melahirkan Kumpulan Prasarana Johor atau KPJ dan PKENJ/Johor Corporation di anak tirikan buat seketika. Kemangkatan Sultan Iskandar, telah menyebabkan Tan Sri Ali kehilangan `immuniti’. Atas desakan politik dan Istana, mengikut kata kata blog, beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation dan Pengerusi/Pengarah syarikat senaraian awam.

Setelah sekian lama berehat dari dunia korporat, penulis tertanya tanya mengapa Kerajaan Pusat (GLC Nasional seperti Khazanah Nasional) atau Negeri (GLC Negeri seperti LKNP)  mahupun Korporat (listed companies) tidak menawarkan Tan Sri Ali sebarang jawatan walhal kecemerlangan beliau mengendalikan sesuatu perniagaan terserlah.

Atau mungkin ada tawaran tetapi Tan Sri Ali menolak kerana serik dengan belasahan politik dalam korporat dan tekanan Istana.

Atau mungkin tanggagaji Tan Sri Ali terlalu tinggi sehingga semua pihak tidak sanggup mengajikan Tan Sri Ali.

Atau Tan Sri Ali yang terkenal dengan Jihad Bisnes, Wakaf Korporat dan keBumiputeraan nya, sudah berusia, kurang sihat, cukup simpanan kewangan, ingin berehat dan bersara langsung daripada pekerjaan dan perkhidmatan korporat.

Atau Kerajaan Pusat dan Negeri atau Korporat kuatir dengan ketegasan Tan Sri Ali mengendalikan bisnes.Beliau dikenali juga sebagai anti rasuah dan penyelewengan. Mungkin boleh menutup peluang pihak lain mencari untung.


Pada penulis, rugilah rakyat Melayu Malaysia kerana tidak dapat menggunakan kecerdikan berniaga Tan Sri Ali. Yang paling mengerunkan apabila Pakatan Pembangkang akan memancing beliau menyertai parti mereka dan memberikan tanggungjawab parti dan perniagaan. Ingat tak Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Rahman Maidin dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment