Saturday, 13 July 2013

BN AKAN MENANG DI KUALA BESUT, INSYALLAH


BN menang tipis di Terengganu di PRU13 yang kerana krisis dalaman UMNO sendiri, kelemahan di dalam pemilihan calon yang bersih, pengundi luar Terengganu dan kekuatan PAS PKR DAP itu sendiri.

BN perlu mengambil maklum permasalahan mereka dan mengambil tindakan sewajarnya. Jentera BN khasnya Penerangan kena bersedia menepis segala tohmahan PAS dan geng.

Krisis Idris Jusoh dan Ahmad Said mesti diselesaikan pada hakikat yang sebenarnya. Jangan hanya di depan PM dan TPM dan kacaTV sahaja. Mereka kena pastikan tiada pertembungan Gajah dengan Gajah di Terengganu. Jika tidak ia akan menyenangkan PAS mengorak langkah kemenangan.

Berdasarkan kreditabiliti calan BN, Tengku Zaihan Ku Abd Rahman, berbanding dengan calon PAS, BN mempunyai kelebihan. Orang muda, tempatan, berpelajaran tinggi, latarbelakang keluarga yang baik dan berpengaruh dan mudah mesra. Cuba imbas semasa Penamaan Calon yang lalu. Tengku Zaihan medahului bersalaman dengan penentangnya. Sempoi sahaja.

Dengan kreditabiliti calon dan jentera BN yang bekerja pada `right time, right place, right issue and right approach’, insyALLAH, BN akan menang. Jangan sekali kali pandang rendah pihak lawan. Give them respect.


No comments:

Post a Comment