Saturday, 6 July 2013

DIMANA DATUK SERI MOHD ALI AKAN MENCURAH BAKTI?



Datuk Dr Latiff Ahmad dilantik sebagai Pengerusi SPNB manakala Datuk Ghani Othman mengantikan Tun Musa Hitam sebagai Pengerusi Sime Darby. Sebelum itu, Tan Sri Mohamed Nor Yaakub berpindah ke Kazanah Nasional.

Terbaru Tan Sri Dr Rais Yatim terpilih menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Datuk Hj Abd Azeez Abd Rahim mengambil tempat di Tabung Haji.

Ironinya….
1.Puan Sri Maznah mesti bertudung jika ingin mengiringi suaminya menjalankan tugas rasmi di UIAM atas sifat sebuah Universiti Islam.Exposure TV akan terhad.

2.Perlantikan diberikan kepada para Menteri/Timbalan Menteri serta MB/KM yang kalah di dlam PRU13 atau tidak dilantik semula sebagai anggota Kabinet melainkan Datuk Azeez.

3.Setakat ini, Datuk Seri Ali Rustam belum dilantik atau diberikan tugasan. Timblan Menteri lain. Yang belum dilantik ke dalam GLC termasuklah Datuk Johari Baharom, Datuk Masitah Ibrahim, Datuk Abu Seman dan lain.

4.Penulis pernah mencadangkan setiap ahli politik yang sudah dilantik sebagai Ahli DUN dan Ahli Parlimen,  tidak digalakkan dilantik menerajui di GLC atau agensi Kerajaan. Penulis menjelaskan bahawa bilangan ahli parlimen dan politik yang ramai dan bilangan temapt di GLC dan agensi Kerajaan yang terhad, setiap orang diberikan satu tugasan sahaja. Penulis tidak mahu monopoli kerja berlaku. Hendak menjadi ahli DUN dan Ahli Parlimen pun telah mengecewakan ramai ahli politik tempatan.

Jesteru itu, Datuk Azeez (Tabung Haji dan Kelab Putera)) dan Datuk Ismail (PTPTN) tidak wajar diberikan tugasan tambahan selain daripada yang berkhidmat di Parlimen masing masing. Mereka kena jaga rakyat di kawasan masing masing dan merangka undang undang untuk Malaysia.


Mungkin ke Datuk Seri Ali Rustam ke MARA?

No comments:

Post a Comment