Wednesday, 31 July 2013

SETIAP KETUA POLIS NEGARA MENGHADAPI CABARANNYA TERSENDIRI…

SETIAP KETUA POLIS NEGARA MENGHADAPI CABARANNYA  TERSENDIRI…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang berhadapan dengan masalah kekerapan berlakunya insiden `tembak mati’ dalam sebulan dua ini. Terbaru, pengasas Arab Malaysian Bank, Hussein Ahmad, keturunan Iran, di tembak mati di Kuala Lumpur. Isteri beliau terselamat tetapi cedera parah.

Tanggongjawab besar KPN ialah menyelesaikan kes tembak mati tersebut dan melakukan usaha usaha pencegahan. Nampaknya pistol dan senjata api senang diperolehi dan `penembak’ bersedia melakukan pembunuhan mungkin kerana upahnya tinggi. Kebanyakan senjata api dan majoriti`penembak’ datang dari negara jiran.Mungkin juga kawalan keselamatan di Malaysia agak `rilek’ kerana selama ini negara ini aman.Penulis amat bimbang dengan keselamatan pimpinan negara dan berharap kawalan yang lebih ketat diberikan kepada mereka.

Pintu masuk ke Malaysia (darat, laut juga udara) perlu diperketatkan. Peralatan canggih atau mesin imbasan tinggi untuk mengesan senjata api perlu dipertingkatkan dan diperbanyakkan di pelbagai agensi seperti PDRM, KASTAM, IMIGRESEN, MARIN, DCA, MABH, PUSAT KURIER dan KARGO dan lain lain agensi penguatkuasaan.Banyakkan lapisan pemeriksaan untuk mengelakkan kesilapan dan penyelewengan (contoh selepas KASTAM membuat imbasan, jabtan lain membuat imbasan kedua di sudut atau tempat lain). Undang undang senjata api perlu pengkuatkuasaan. Jika Akta tidak sesuai, gubal Akta baru yang lebih efektif.


Sementara itu di dalam siding media di Putrajaya Selasa lepas, PM telah melahirkan kebimbangan mengenai kejadian tembak menembak muthahir ini. Kerajaan bersedia memberikan kerjasama untuk mengubal atau memperbaiki akta untuk mencegah dan mengurangkan kejadian seumpama. Beliau harap ia boleh dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.

Menteri Dalam Negeri, DS Dr Zahid Hamidi berkata salah satu sebab kadar jenayah berat meningkat ialah kerana pemansuhan Ordinan Darurat atau Emergency Ordinance. Penyelidikan mendapati jenayah dilakukan oleh bekas tahanan OE.

Persoalannya siapa yang memansuhkannya? Mengapa beliau memansuhkannya?Siapa atau kumpulan mana yang mendesak agar Akta Emergency Ordinance dimansuhkan?Sebab itu, sesuatu pengubalan dan pemansuhan Akta perlu dibuat dan penuh ketelitian dan kajian mendalam.

Jika PM yang bertanggongjawab memansuhkan Akta tersebut, beliau mungkin dinasihati oleh para Penasihat Keselamatan dan Penasihat Politik dan tentu sekali melibatkan PDRM dan Peguam Negara. Adakah para penasihatnya lebih berkuasa daripada PDRM dan Peguam Negara yang `overrule’ pendapat PDRM dan Peguam Negara? Penulis percaya PDRM dan Peguam Negara inginkan Akta tersebut malah diperkasakan lagi.

Ramai yang mengeloh termasuk Tun Dr Mahathir, kerana sesuatu Akta dimansuh kerana desakan pembangkang. Kerana ingin menjadi popular atau apa jua sebabnya, sesuatu Akta tadi dimansuhkan. Desakan yang selalu di mainkan ialah hak asasi manusia dan penyalahgunaan kuasa oleh PDRM.Malaysia cuba menjadi sebuah negara yang terbaik di dalam perihal hak asasi manusia. Akibatnya negara di dalam kebimbangan.

Tugasan KPN Tan Sri Khalid juga baru reda dengan ancaman perhimpuan haram anjuran Pakatan Pembangkang.Sekarang PDRM sibok menyediakan laporan siasatan untuk diserahkan ke Pejabat Peguam Negara.Ada juga kes yang sudah didakwa.

Sebelum Tan Sri Khalid, YBhg Tan Sri Omar Ismail berhadapan dengan ancaman pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu selama hampir 2 bulan. Pencerobohan sudah berakhir dan pendakwaan sedang berjalan.Pencerobohan pengganas Sulu ini melibatkan 10 kematian di pihak Malaysia dan hampir kesemua pengganas Sulu dan tali barut pengganas Sulu.Mantan KPN Tan Sri Ismail bergelombangan dengan kemarahan dan kesedihan rakyat serta bahaya ancaman pengganas.Tan Sri Ismail mendapat pengalaman mengendalikan sebuah peperangan.Beliau belajar berkerjasama dengan Tan Sri Zulkifli yang juga Panglima Angkatan Tentera Malaysia.


Semasa PRU13 yang lalu, siapa KPN yang bertanggongjawab? Pengalaman nya tentulah berbeza.

No comments:

Post a Comment