Wednesday 17 July 2013

KEPESATAN INDUSTRI PENERBANGAN NEGARA. KEKURANGAN JURUTERBANG.



Penulis mengetahui satu kejadian telah menimpa MASWING melalui perbahasan di Parlimen baru baru ini. MASWING terpaksa memberhentikan perkhidmatan beberapa hari kerana ketiadaan juruterbang. Bukan ada mogok oleh juruterbang  tetapi pemberhentian beramai ramai juruterbang MASWING kerana mendapat tawaran yang lebih menarik daripada Air Asia dan Malindo Airlines.

Ini lah akibat daripada perkembangan pesat industri penerbangan negara. Malindo Airlines diberikan kelulusan beroperasi di dalam negara dan luar Negara. Seharusnya ia memerlukan lebih ramai juruterbang. Inilah pepatah Inggeris kata `Every action there is reaction’.

Penulis harap pihak berkuasa kena mengawasi perkembangan `job hopping among pilot’ kerana ia boleh memberikan keburukan perniagaan kepada industri.



Boleh ke juruterbang dikenakan syarat seperti pekerja bank, di mana pengurusan atasan bank dan pertengahan tidak dibenarkan `melompat’ ke sebuah bank yang lain???. Mungkin ia membantu airliner menyusun gunatenaganya dengan lebih teratur. Di samping itu. Airliner perlu `competitive’ di dalam pengajian. Kelab Penerbangan atau Akademi Latihan Penerbangan perlu mengeluarkan lebih ramai juruterbang. Kos latihan mesti dikurangkan. Adalah wajar, Kerajaan mengambil bahagian yang aktif di dalam latihan juruterbang. Wujudkan usahasama dengan  swasta Kolej atau Universiti Penerbangan merangkumi latihan juruterbang.

No comments:

Post a Comment