Monday, 29 July 2013

MELAKA BERCITA TINGGI DALAM POLITIK NEGARA

.


Ahli Parlimen Masjid Tanah,YB  Mas Ermieyati binti Haji Samsudin berhasrat untuk bertanding Ketua Puteri untuk menggantikan  YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin  yang telah melepasi had umur jawatan Ketua Puteri. Penulis tidak pasti kepopularati  beliau berbanding pengurusan atasan Puteri UMNO untuk berjaya di dalam pertandingan tersebut. Juga kebijaksanaan beliau untuk menguruskan dan memperkasakan Puteri UMNO. Kita kena lihat perkembangan dan kemajuan yang YB Mas bawa atau corak di Melaka. Jikalau kemajuan yang dibawanya seumpama `River Cruise’ yang terkenal di Malaysia,  maka layaklah YB Mas menerajui Ketua Puteri UMNO Pusat.

Ada juga blog blog yang bergosip YAB Datuk Wira Ir Idris Haron akan bertanding sebagai Ketua Pemuda. Atas sebab apa sekalipun, pada penulis pertandingan Ketua Pemuda akan berlaku dengan sengit sekali kerana YB Khairy Jamaludin pun popular di kalangan pemuda dan generasi muda.

Pada pandangan penulis yang tidak seberapa ini, mendapatkan jawatan Ketua Pemuda membolehkan penyandang duduk di dalam 7 barisan atasan UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden dan 2 sayap UMNO. Ada banyak lebihan duduk sebaris dengan pimpinan utama parti. Ingat tidak cara DS Anwar Ibrahim `naik’ di dalam UMNO dahulu.

Pada penulis, YAB Datuk Wira akan berhadapan dengan seorang calon sahaja jika bertanding Ketua Pemuda (melainkan Datuk Razali Ibrahim turut serta di dalam pertandingan). Manakala jika bertanding Naib Presiden, YAB Datuk Wira akan bersaing dengan Naib Presiden lain YB Datuk Dr Zahid Hamidi, YB Datuk Seri Shafie Afdal dan YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein atau beberapa calon baru.


Tahniah UMNO Melaka. Walaupun negeri kecil dan jumlah bahagian UMNO  yang  hanya `sebelah tangan’, pemimpinnya berjiwa nasional.

No comments:

Post a Comment