YB HUSAM MENJADI PENGARAH PILIHANRAYA KECIL KUALA BESUT.
YB Husam diberitakan
di lantik menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Hairan juga mengapa
orang Kelantan dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Kecil di Terengganu.
Ramai para analisis berkata ia sebahagian usaha untuk
memujuk Datuk Husam yang terlepas peluang menjadi MB Kelantan dan EXCO
Kelantan. Ada juga yang berpendapat beliau lebih berpengaruh di kalangan DAP
PKR berbanding Pesuruhjaya PAS Terengganu. Ada yang kata Kuala Besut berhampiran dengan Kelantan.
Penulis rasa ia berisiko kepada Datuk Husam jika BN menang
di Kuala Besut. Kawasan ini adalah Kubu kuat Datuk Idris dan keluarga serta
UMNO/BN. Pada penulis ia akan terus mencacatkan lagi prestasi Datuk Husam di
dalam PAS. Mungkin Datuk Husam adalah `Kambing Hitam’ jika pengundi Kuala Besut
memberikan undi kepada BN.
No comments:
Post a Comment