Wednesday 17 July 2013

GELAGAT AHLI PARLIMEN..LANGSUNG DARI PARLIMEN…9 JULAI LALU





Penulis berkesempatan menonton sessi langsung Parlimen jam 10 pagi.

YB Datuk Nancy Sukri, layak berbahas di parlimen. Jawaban YB amat spontan dan amat sedikit mengikut teks yang di sediakan. Beliau boleh menjawab kes Keretaapi Laju dan MRT yang berada di Semenanjung walaupun beliau berkhidmat, berasal dan tinggal di Sarawak.

Datuk Aziz Karpawi pula bergantong kepada teks sebanyak 70 peratus ketika menjawab persoalan dari Ahli Parlimen pembangkang. Beliau perlu lebih yakin. Penulis memuji Datuk Razali Ibrahim (sessi 16 Julai) yang lebih berpengalaman di Parlimen. Jawaban beliau menyakinkan.

Satu perkara yang perlu di ingati oleh Ahli Parlimen BN ialah apabila di soal `atas bawah dan bertubi tubi’, Ahli  Parlimen yang bersedia dengan `homework’, biasanya tidak akan menghadapi masalah. Malah pihak lawan pun takut apabila mereka salah menyoal.


YB Datuk Tajuddin Abd Rahman pula menggunakan `sikap garang dan panas baran’ di dalam jawaban beliau, walaupun kepada Ahli Parlimen BN. Itu cara tersendiri.

No comments:

Post a Comment