Salam Ramadan buat semua saudara Islam ku semoga bulan
Ramadan ini membawa banyak keinsafan dan kejayaan.
PRK Kuala Besut ini sangat unik kerana berlakunya kematian
ahli DUN berlaku pada hari yang sama, bulan Ramadan juga dan dari parti yang
sama. Lebih kritikal keputusan hamper sama. Diharap kemenangan BN di PRK yang
lalu terus menjadi kenyataan.
Seperti yang penulis katakan, MUNGKIN
kah keputusan PRU13 di Terengganu yang amat kritikal bagi kedua dua pihak,
kematian Allahyarham Dr Abd Rahman Mokhtar sebaik sahaja selesai PRU13 dan
pengundian di bulan Ramadan yang mulia ini, sebenarnya petunjuk dari ALLAH
untuk umat Islam di Terengganu dan
Malaysia untuk BERSATU.
Pagi ini 12 Julai 2013 (sedang berjalan),
merupakan hari Penamaan Calon dimana kedua parti BN dan PAS akan
mencadangkan calon wakil rakyat yang akan bertanding di PRK ini. BN
mengemukakan anak tempatan muda manakala
PAS menampilkan ahli perniagaan yang juga Bendahari PAS Besut.
Para petugas parti akan berkumpul dan berkampung di Kuala
Besut. Jalanraya akan sibok dan rumah penginapan dan tumpangan akan penuh
sesak. Penulis harap parat petugas akan berhatian selepas hati di jalanraya
sebelum,semasa dan selepas PRK ini.
Orang kampong Kuala Besut akan di layan seperti Raja di
musim ini. Penulis harap para pertugas BN jangan sampai menganggu ketenteraman
orang kampong. Jangan sampai mereka menyampah melihat kenderaan besar menganggu
kereta lalulintas jalanraya dan penuhi ruang letak kereta.
Warong warong akan penuh sesak dengan penyokong dan
petugas. Cerita cerita politik akan
mewarnai Kuala Besut sehinggakan pengundi pun serba salah dan keliru
dengan kesahihannya.
BN perlu berkempen ala kesederhanaan, konsisten, berhujah
dengan fakta dan bermanifesto lah perkara yang boleh ditunaikan, berjumpa
dengan seramai mungkin pengundi, penuh rendah diri dan bersikap memahami adat
resam orang kampong. Elak menfitnah lawan dan jauhi amalan merasuah pengundi tetapi
sebaliknya tunjulkan apa BN boleh tawarkan kepada pengundi Kuala Besut.
Selamat Berpuasa dan Selamat Mengundi pada 20 dan 24 Julai
2013. Jadikan sambutan Hari Raya Idil Fitri tahun ini sambutan yang bermakna
buat BN dan UMNO.
No comments:
Post a Comment