Penulis
menonton siaran langsung perlawanan bolasepak persahabatan Arsenal dan Chelsea
dengan pasukan / kelab dari Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Pada
dasarnya permainan mereka memang baik dan bertaraf tinggi.Pantas dan
tangkas.Malaysia, walaupun bermain baik, perlu mengandakan permainan mereka
jika mahu bertaraf seperti kelab antarabangsa itu.Malaysia perlu banyak `pegang
bola’ jika sukar untuk menebusi bentang lawan.Tahniah Malaysia.
Di
akhir perlawanan, penulis simpulkan Arsenal lebih bersifat ketimuran dan
`appreciate local fan’ daripada Chelsea.Selain daripada bersalaman da nada
pemain yang bertukar jersi, Arsenal lebih memikat peminat tempatan.Baner
panjang menyatakan `terima kasih di dalam bahasa tempatan’ di arak oleh kesemua
pemain sekeliling padang.Peminat tempatan teruja.Satu teknik pemasaran yang
terbaik.
No comments:
Post a Comment