Sunday, 28 July 2013

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI KEBANGSAAN DI JONKER WALK MELAKA?


 
Diberitakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat kebangsaan tahun ini akan di adakan di Melaka dan tentu sekali bukan diadakan di Jonker Walk.

Penulis harap sambutan tersebut di adakan secara sederhana kerana sambutan dijangka tidak akan semeriah dahulu. Pengundi dan penyokong DAP khasnya, PKR dan PAS kemungkinan besar tidak akan datang merayakannya. Kaum Cina adalah kaum yang ada pendirian. Mereka tidak akan menyokong program kerajaan BN Melaka khasnya apabila beberapa tindakan Kerajaan dilihat sebagai tindakan balas dendam. Tidak mungkin mereka begitu `gelojoh’ untuk datang dan makan free.

Pendirian penulis berlainan. Penulis akan jemput rakan rakan yang berbangsa Cina, India dan lain daripada parti komponen BN sahaja. Ahli BN boleh membawa kaum keluarganya. Penulis berpegang kepada prinsip memberi perhatian kepada Melayu, Cina dan India yang berparti dan penyokong BN sahaja, Bumiputera termasuk di Sabah dan di Sarawak. Senang untuk mengetahui samada pengundi di sesuatu kawasan menyokong BN atau sebaliknya. Penulis tidak mahu apa yang dikendong keciciran dan yang dikejar tidak dapat seperti kejar bayang bayang.

Ini akan memberi ruang kepada pengunjung Rumah Terbuka lebih keselesaan dan makanan yang secukupnya.


Apa pendapat GAP, PERKASA dan NGO Melayu Islam yang lain?

No comments:

Post a Comment