Saturday, 12 October 2013

PEMANGKU MENTERI PENGANGKUTAN DAN KLIA2. MUNGKINKAH TUNDA LAGI?


Pemangku Menteri pengangkutan, DS Hishamuddin mesti memastikan KLIA2 dapat beroperasi pada 2 Mei 2014 akan datang. KLIA2 telah tergendala pembukaannya sudah 4 kali menurut TV3.

Penulis harap tiada lagi penundaan kerana negara akan kerugian sumber pendapatan dan nama baik.

DS Hishamuddin yakin KLIA2 akan beroperasi pada waktu yang ditetapkan setelah secara peribadi menyaksikan pendaratan percubaan oleh pesawat Malindo Air di landasan 3. Alhamdulililah pendaratan tersebut selamat dan berjaya.

Penulis `sincerely hope' DS Hishamuddin akan bernasib baik semasa bertugas di Kementerian Pengangkutan setelah kurang menyerlah (WALAUPUN BELIAU MEMBERIKAN ALASAN TERTENTU DI SOAL JAWAB TV3) di Kementerian Pendidikan (PPSMI), Kementerian Dalam Negeri (gagal pencegahan Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3, HINDRAF).  Sedia dimaklumi, pencerebohan Penganas Sulu di Lahad Datu di selesaikan dengan kerjasama ATM.

Penulis harap AES akan berjalan baik dan KLIA2 dibuka tepat pada tarikh nya. Ini memungkinkan persepsi `kurang effisen' dan sikap `sopan santon dan lemah lembut' akan menghilang.

No comments:

Post a Comment