Monday 11 August 2014

ANWAR KHALID & ZAID-ANAK PAK IBRAHIM


Anak Pak Ibrahim mewarnai politik negara Malaysia.


Anwar Ibrahim
Khalid Ibrahim
Zaid Ibrahim

Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, ahli Parlimen dan Ketua Umum PKR sedang berusaha menjatuhkan Tan Sri Khalid. Pelbagai tindakan telah diambil termasuklah surat tunjuk sebab, notis kehadiran secara mengejut dan di pecat tanpa pembelaan. Road show melondehkan kelemahan dan penyelewengan Tan Sri Khalid sedang berjalan.

Khalid Ibrahim adalah mangsa tekanan politik PKR. Bermula dengan PRK Kajang, pencalonan Anwar Ibrahim untuk DUN Kajang, seterusnya di ganti dengan isterinya yang juga Presiden PKR dan menang PRK. Mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang dan perbahasan berkualiti rendah di  dalam DUN Selangor dan akhir sekali dipecat keahlian PKR.

Zaid Ibrahim menempah nama apabila keluar daripada UMNO dan masuk PKR dan beberapa bulan, meninggalkan PKR untuk KITA. Apabila Anwar Ibrahim bertanding di Kajang, beliau mengejutkan orang ramai untuk bertanding melawan Anwar Ibrahim. Zaid membatalkan percalonan apabila Anwar hilang kelayakan bertanding.

Dalam sebulan ini nama Ibrahim banyak diperkatakan. Ketiga tiga anak Pak Ibrahim ini bekas ahli UMNO

1 comment:

  1. Zaid Ibrahim bersuara.......

    http://www.therakyatpost.com/news/2014/08/12/let-people-decide-selangor-says-zaid/

    ReplyDelete