Friday 8 August 2014

JDT MULAKAN PEMBANGUNAN SUKAN BOLASEPAK DENGAN BERGAYA


Selang beberapa yang lalu,  penulis mengulas yang JDT merahsiakan perkembangan dan kemajuan bolasepak mereka. Tidak kedengaran di adakan perlawaan persahabtan pra musim. Juga tidak kedengaran pembelian pemain pemain atau jurulatih sensasi.

Tiba tiba, semalam Kamis 7 Ogos, TMJ dan PBNJ mengumumkan 4 pemain Piala Presiden akan di pinjamkan ke Kelab Bolasepak Itali dan Sepanyol selama setahun untuk menimba pengalaman. Yang menarik juga, JDT sudah merancang menghantar pemain 12 tahun kebawah ke Pusat Latihan Luar Negara. 

Penulis ramalkan Malaysia akan berjaya menghasilkan pemain pemain baik di dalam masa 5 tahun ini. Telekom Malaysia dengan program `Mencari Ramli', TV3 dengan SoccerKids dan Harimau Muda Bawah 12 dan 16 tahun serta Felda dengan programnya. Jika Cardiff City dan QPR terus membantu anak muda Malaysia bermain di kelab Inggeris, ia akan mempercepatkan penghasilan pemain. 

Syabas dan tahniah buat Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan JDT serta PBNJ.

http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/pbnj-pemain-piala-presiden-dipinjam-ke-kelab-itali-1.305726

3 comments:

  1. SEPATUTNYA BELIAU JADI PRESIDEN FAM

    W/PUN AKU BUKAN ORANG JOHOR TAPI AKU MELUAT SUNGGUH DENGAN TENGKU ABDULLAH YG MENGANGGAP FAM HAKKELUARGA MEREKA.....LEPAS BAPA, ANAK PULA

    KRITIK LANGSUNG TAK BOLEH.....SAMPAI BILA PUN MALAYSIA TAK JADI APA

    ReplyDelete
  2. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JDTIItekadlakukankejutanterbesar/Article

    JDT II tekad lakukan kejutan terbesar
    2014/08/09 - 02:59:56 AM

    JDT II tekad lakukan kejutan terbesar
    Hanya kejutan perlu dilakukan pasukan bersatus 'underdog' ini jika mahu terus mara dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

    Berbanding pasukan saudaranya JDT, skuad kali ini dilihat sukar untuk menempatkan nama sebagai antara pasukan pilihan berdepan tiga lagi pasukan dalam kumpulan disertainya.


    Dibarisi sebahagian besar pemain muda, pasukan ini mungkin masih kurang berpengalaman dalam berdepan situasi sebenar Piala Malaysia - ketika tiada masa buat pasukan membuat eksperimen dalam saingan kalah mati peringkat kumpulan.

    Kelebihan dimiliki mereka mungkin kerana tiada harapan tinggi disandarkan dan ia mampu sekurang-kurangnya meredakan tekanan dan beraksi lebih baik untuk 'menconteng arang' di muka pasukan lebih ternama.

    Peningkatan prestasi ditunjukkan pasukan itu terutama selepas mengetepikan PKSN Selangor dalam play-off untuk layak ke Piala Malaysia boleh dipanjangkan dalam kempen sebenar kali ini sambil berharap nasib juga boleh membantu mereka.

    ReplyDelete
  3. 'Curi' pemain boleh rancakkan industri - TMJ

    Oleh NURUL HUDA HASSAN
    huda.hassan@utusan.com.my



    JOHOR BAHRU - Tanggapan ada kelab lain mahu curi pemain pasukan lain perlu dihapuskan kerana keadaan itu sebenarnya mampu merancakkan industri bola sepak negara.

    Perkara tersebut disuarakan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak bersetuju dengan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa tentang sindrom 'mencuri' pemain yang mula berlaku.

    Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak untuk melabelkan pemain yang berminat untuk berhijrah ke pasukan lain sebagai tamak kerana mereka juga berhak berbuat demikian.

    "Semua orang perlu tahu, jangka hayat seseorang atlet itu sekejap, sampai 35 tahun sahaja mereka dah tidak boleh nak bekerja sebagai ahli sukan, jadi tidak salah mereka merebut peluang yang lebih baik untuk masa depan mereka.

    "Mana-mana kelab di dunia juga berbuat demikian (membeli pemain) dan terpulang pada pemain itu sama ada mahu kekal bersama sesebuah pasukan atau nak bertukar angin dan memperbaiki hal ehwal kewangan keluarga. Itu hak mereka.

    "Kita tak bolehlah terlalu terikat dengan seseorang pemain, kalau tidak macam mana industri bola sepak nak ke depan.

    "Kita tak boleh lagi ada mentaliti ada kelab nak curi pemain, jadi saya tidak setuju dengan kenyataan beliau (Annuar)," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Annuar menerusi laman Facebooknya baru-baru ini yang melahirkan kekecewaan dengan situasi percubaan 'mencuri' pemain bagi kempen musim depan yang dikatakan sudah pun bermula.

    Tunku Ismail berpendapat, jika ada mana-mana pasukan yang tidak mahu kehilangan pemain mereka, ikat pemain itu lebih daripada setahun selain perkara-perkara lain seperti kemudahan dan kebajikan yang mampu membuat mereka terus kekal.

    Pada masa sama, beliau percaya pemain yang berhijrah bukan hanya kerana wang semata-mata tetapi atas berapa faktor lain, malah dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga ada menyatakan klausa tentang hak-hak pemain.

    "Sebagai contoh, kalau ada mana-mana pemain yang sudah tidak ada hati untuk berkhidmat dengan pasukannya, dia boleh keluar tetapi mereka kena tebus sendiri kontrak. Katalah ada hutang RM240,000, maka pemain itu perlu bayarlah.

    "Wang tersebut juga bukannya pergi kepada orang lain, pergi kepada persatuan dan mereka juga yang untung dan secara tidak langsung memberi persatuan (modal) untuk mencari pemain baharu," katanya yang berharap perkembangan itu dilihat dari sudut positif.

    http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140809/su_03/Curi-pemain-boleh-rancakkan-industri---TMJ

    ReplyDelete