Tun Mahathir
telah turun padang di merata tempat untuk
membantu mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan BN dan
DS Najib / TS Muhyiddin. Selain daripada
berceramah atas pentas, beliau juga banyak menulis di akhbar akhbar dan juga
blog. Blog Chedet mempunyai banyak pengikut dan pembaca. Ia membantu pembaca
samada penyokong BN atau PR, membuat keputusan setelah membaca `argument argument’ Tun Mahathir yang bernas mengenai satu satu isu. Penulis amat teruja
jawaban Tun Mahathir kepada Tok Guru Nik Aziz mengenai UMNO memperjuangkan bangsa
melayu, selain agama dan Negara. Kaw kaw Tok Guru Nik Aziz kena belasah. Tidak
terjawab langsung.
Minggunan Malaysia
edisi Ahad 25hb Mac 2013, Tun Mahathir menulis tentang apa perlunya orang
Melayu membenci Melayu. Beliau memulakan penulisan mengenai pejuang Merdeka
mahu memastikan jumlah orang Melayu mesti melebihi jumlah pen duduk bukan
Melayu. Dengan kemasukan Singapura, ia telah menurunkan jumlah orang Melayu.
Salah satu sebab itu, Tuanku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia .
UMNO yang
mengepalai Kerajaan sejak 50 tahun dahulu, senantiasa berkeupayaan mempertahankan
hak orang Melayu tanpa mengambil hak bukan melayu, walaupun kuasa politik
dikongsi bersama bangsa lain.
Tun Mahathir
terus mengatakan ada usaha untuk orang Melayu (dalam PAS, PKR dan DAP) membenci
kemelayuan mereka. Amat jelas sekali pendekatan DS Anwar Ibrahim yang sedang menyemai kebencian orang Melayu
kepada orang Melayu berbeza. Anwar mendakap ketaksuban kepada kebebasan akal
fikiran oleh Barat. Anwar mengerilukan masyarakat Melayu (disamping menarik
minat kaum bukan Melayu) dengan memperjuangkan aneka jenis kebebasan tanpa had.
Apa itu kebebasan tanpa had?. Ia adalah seperti kebebasan berkahwin sejenis,
kebebasan berugama di kalangan orang Islam sendiri, kebebasan menggunakan
kalimah Allah oleh agama lain, kesamarataan dalam agama Islam dengan agama lain.
Anwar terus
menyemai kebencian kepada produk DEB seperti Tan Sri Syed Mokhtar, seorang
bilionair Melayu daripada berpuluh bilonair bukan Melayu, sebagai kroni UMNO.
Sebenarnya bilionair Malaysia Melayu dan bukan Melayu menerima bantuan dan
lesen (seperti permit import gula dan tepong selama 60 tahun) daripada Kerajaan
dan salah satu sebab mereka menjadi kayaraya. kerana Orang Melayu yang kaya ini mesti dibenci
kerana mereka adalah kroni.
Pendirian Tun
Mahathir terhadap Anwar Ibrahim adalah nyata iaitu Tun Mahathir amat membenci
nya kerana Anwar ingin menghancurkan Malaysia dan kesatuan orang Melayu.
Apabila Malaysia
hancur dan orang Melayu lemah, Anwar Ibrahim senang menjadi PM. Matlamat
menghalalkan cara. Tidak perlu lagi kita berbincang pasal isu moralnya dan
tabiat buruknya, kerana penyokong tegarnya akan marah dan mungkin kita kena
saman. Jadi Tun Mahathir memilih Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Anda macamana?
Tun Daim juga
memilih Dato Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana Anwar bukan calon
yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa dan apa yang tidak tepat itu?
Salah satunya kerana Anwar Ibrahim bukan seorang ekonomis dan akan selalu meminta
pendapat orang lain. Yang buruknya pendapat dan nasihat datang dari IMF, Bank
Dunia dan Amerika yang `pi mai tang tu’ ada kaitan dengan Israel dan Yahudi.
Betul juga
alasan Tun Daim. Kalau Anwar Ibrahim begitu baik menguruskan ekonomi, Selangor
dah melongak jauh dan tinggi dari segi pembangunan. Kelantan, Kedah dan Pulau
Pinang pun tidak memerlukan perkhidmatannya.
Tun Daim kata
dan rayu `Uji Beliau (Najib ). Berikan Beliau Mandat.’
Sejak
mengambilalih jawatan Perdana Menteri 4 tahun dahulu, DS Najib membawa banyak
perubahan kepada Malaysia .
Pelbagai Program Transformasi sudah dilaksanakan. Rakyat sangat gembira dengan
produk produk 1Malaysia sehinggakan rakan rakan Pakatan Rakyat GOYANG GRUDI.
Penulis akan mengulas kenyataan Tun Daim seperti
dibawah:-
`Tun Daim
berkata beliau akan menyokong Dato Sri Mohd Najib tetapi perdana menteri perlu
berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan
menyemak semula sistem pendidikan.Beliau berkata Najib juga perlu merombak
Kabinet.
“Bawa
masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak
“orang lama” dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi “tarikh luput”,”
katanya.
Mengenai
peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Tun Daim, yang
ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada
perpaduan dalam kalangan parti gabungan.’
di ruangan lain. Sangat menarik dan diharap sesiapa
yang membaca cadangan penulis akan bersabar dan menerima kenyataan demi kemakmuran
Negara dan bangsa Melayu dan agama Islam.
No comments:
Post a Comment