Tuesday, 12 March 2013

YASSIN PATUT MENJADI AHLI POLITIK PKR DAN GANTI ANWAR IBRAHIM suatu ketika




Baru baru ini Yassin seorang penyanyi dan penulis lirik telah menerima ugutan bunuh `gurauan’ atau `sebenarnya’ ekoran daripada ketaqsuban seorang pembenci Pakatan Rakyat yang benci menonton youtube `reformasi’ ciptaan Yassin. Jikalau betul `pencinta muzik’ mengugut bunuh, ia suatu kesalahan dan tidak wajar. Tiada keperluan membenci Yassin dengan kebencian kerana Allah menutup hatinya terhadap BN dan membuka hatinya kepada PKR. Mungkin dia suka agenda reformasi PKR sahaja dan tidak agenda reformasi supaya masyarakat mengamalkan LBGT dan pluralisma. Nasihat penulis, juga seorang yang amat benci dengan Pakatan Rakyat, jika benci dengan Yassin, tukar sahaja siaran radio atau tutup sahaja jika tersiar lagu Yassin. Jangan ambil tahu pasal Yassin. Tutup hati terhadap Yassin. Ini lah anugerah Allah yang tidak mahu umat Muhammad ini meminati Yassin. Ia lebih selamat.
Pada Yassin, jika Kerajaan BN dan industri hiburannya bernajis, busuk dan bertentangan dengan prinsip Yassin, buat apa buang masa berdampingan dengan BN dan agensi seperti RTM dan Media Prima juga artis. Carilah dunia lain yang membahagiakan Yassin. Contoh you tube.

Kepada Kerajaan BN dan agensi nya, tutuplah laluan kepada Yassin dan kekawan yang sewaktu dengan dia, berkarya di kemudahan Kerajaan dan agensinya. Tengok Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Mereka blok orang BN dan UMNO dari dapat tender dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment