Hari
Selasa, PM berjumpa dengan anggota pekerja Telekom Malaysia . Sebelum itu Isnin lalu,
beliau beramah mesra dengan pekerja Permodalan Nasional Berhad dan Tenaga
Nasional Berhad. Sebelah malam, beliau hadir
makan malam bersama Imam Masjid dan JKKK seramai 800 orang yang bakal
menegerjakan Haji tajaan IMDB. DS Najib juga ke Sime Darby bertanya khabar
dengan pengurusan dan pekerjanya..Sambutan pengurusan dan pekerja GLC GLC tersebut
amat memberangsangkan dan mengembirakan DS Najib. Program 1 Million Purple Walk
melibatkan 400,000 wanita di Putrajaya sahaja dan selebihnya 600,000 wanita di
seluruh Negara cukup mengembirakan rakyat Malaysia lain. Minggu lepas juga DS
Najib bersua dengan bekas panglima tentera dan anggota keselamatan. Rakyat
Sabah khasnya berterima kasih kepada DS Najib dan kerajaan yang berjaya menghapuskan
penceroboh pengganas Sulu. Anggota keselamatan terus mendapat penghormatan dan pengiktirafan
DS Najib, Kerajaan dan rakyat.
Penulis
amat bersetuju dengan agenda bertemu dengan GLC GLC kerana pekerja dan
pengurusan amat ramai. Disamping memperkenalkan dasar dasar baru kerajaan, DS
Najib merayu para pendengar agar menyokong Kerajaan sekarang demi kesejahteraan
rakyat. Dengan andaian pada minggu lepas dan minggu ini sahaja, DS Najib
bertemu dan bercakap dengan 1 juta orang dari pelbagai GLC dan golongan wanita.
Jika setiap orang menjadi duta mengundi BN kepada keluarga dan adik beradik
serta saudara terdekat, alangkah baik Negara Malaysia .
Sebelum
itu beliau bertemu dengan pegawai pentadbiran awam dan seterusnya mengumumkan
kenaikan pangkat, penyelarasan gaji dan kenaikan gaji.
bersambung....
No comments:
Post a Comment