Alhamdullilah.
Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin dan Majlis Perasmian Persatuan Penduduk
Taman Cheng Baru, Melaka yang telah berlansung malam tadi 29hb Mac 2013 dengan jayanya
serta mencapai matlamat awalnya.
Apa
makna berjaya?
Penulis
merasa gembira kerana kedatangan penduduk penduduk Taman Cheng Baru amat baik.
Lebih membanggakan lagi penyertaan.kaum Cina yang sekian lama menjauhi program
program seumpama ini. Mereka kelaziman bergaul diantara mereka dan menghadiri
majlis anjuran kaum mereka sendiri seperti perkahwinan. Tetapi dengan susunan
program untuk semua kaum seperti makanan beraneka jenis, hadiah saguhati kepada
pelajar cemerlang, bayaran saguhati kepada kaum warga emas yang sakit, derma
darah dan hadiah cabutan bertuah yang menarik, telah berjaya membawa penduduk
Taman Cheng Baru ini turun padang .
Permainan mercun, bak kata pengacara majlis Saudara Mazidul Sidek (pengendali
999), seperti Hari Kemerdekaan Malaysia .
Ada kelas.
Keduanya,
suasananya santai dan tidak hujan. Penduduk tunggu hingga akhir majlis.
Penulis
harap penganjuran seterusnya akan menambah kemeriahan dan persahabatan antara
kaum. Penganjuran kali pertama ini nampak dengan jelas Cina duduk dengan Cina
dan Melayu duduk dengan Melayu. Tetapi tidak mengapa, ia adalah permulaan dan
boleh disempurakan lagi. Penganjuran seterusnya, contoh sukan futsal, akan
mensyaratkan komposisi pemain mencerminkan 1Malaysia (ada pemain Melayu, Cina
dan India ).
Kita buat dia dan boleh dilakukan.
Majlis
ini dirasmikan oleh YB Ir Idris Harun, Ahli Parlimen Tanggabatu. Taman Cheng
Baru termasuk di dalam DUN Paya Rumput, manakala DUN Paya Rumput termasuk di
dalam Parlimen Tanggabatu. YAB Ketua Menteri Melaka dikatakan berada di Pahang.
Datuk Seri Mohd Ali menyampaikan salam dan maaf kerana tidak datang hadir.
Penulis ada membuat ulasan bahawa YAB mungkin akan berkhidmat di Putrajaya.
Sebenarnya YAB dapat tahu beliau akan kemana dan jika beliau hadir ke Majlis
Taman Cheng Baru, tentu beliau akan didesak oleh orang ramai mengenai
statusnya.
Penulis
bersembang dengan kawan kawan di Majlis tersebut dan bergurau senda. YAB ke
Pahang, mungkin Pekan, untuk bertemu dengan PM DS Najib untuk meminta beliau
dikekalkan di Melaka. Heeeeeeeeeeeee.
Pada
penulis, YB Ir Idris Harun berucap dengan baik malam tadi. Berinfomasi dan
penuh nasihat. Diselang seli dengan keratan surah AlQuran. Bercakap dalam
bahasa Malaysia
dan Inggeris dan menyakinkan penduduk Taman Cheng Baru. YB Ir Idris sempat
bergurau dalam ucapannya dan yang agak menarik juga bakat menyanyi. Pitching
baik juga. YB Ir Idris boleh menerajui Melaka. Yang penulis tidak `sure’, boleh
kah YB Ir Idris berkerja se `kuat’ dan se`gila’ YAB Datuk Seri Mohd Ali?. YB Ir
Idris mesti `at par or better’ daripada YAB Datuk Seri.
YB
Datuk Tahir Hassan, ADUN Paya Rumput `merungut’ bahawa beliau tidak sempat ke
Selangor, Kedah, Kuala Lumpur
dan tempat lain kerana kerja dan program pembangunan dan pembelaan rakyat di
kawasan Paya Rumput terlalu banyak. YAB Datuk Seri seperti `headmaster’ dan
meminta (supervise sekali) guru gurunya (YB YB) menjaga kawasan setiap masa.
Setiap guru ada `report card’.YB YB ada KPInya. Tidak ada chance, YB YB di
Melaka mengular. Inilah salah satu sebab mengapa Melaka maju dan bersih. Penulis
rasa YB Melaka lain pun tidak sempat melawat luar negeri seperti YB Datuk
Tahir.
Wahai
para isteri bakal wakil rakyat di Melaka . Adakah puan bersedia merelakan suami
puan berkhidmat sepenuhnya. Kena faham istilah `rakyat di dahulukan’. Bukan
tidak sayang isteri dan anak.
Penulis
berharap Majlis Makan Malam dengan Pemimpin atau program sewaktu dengannya,
dapat di adakan setiap masa bukan bermusim.
No comments:
Post a Comment