Penulis ingin memanjangkan tulisan YB
Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru mengenai 10 perkara
yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim menjelang PRU13, kepada rakan rakan
penulis. Ini adalah sebagai garis panduan kepada kita supaya berhati hati manakala
pihak berkuasa harus berbuat suatu keatas perancangan halus Anwar Ibrahim itu.
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara
yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul
Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu :
1. Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan
Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku dan sedang
berlaku.
2. Akan berlaku kejadian Anwar Ibrahim ditembak
sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan
berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri
atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih
simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya
hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar Ibrahim
mencabut pistol ketika mengiringi Anwar Ibrahim dalam kereta ke satu lokasi
tahun lepas.
3. Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan
mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan
semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk
pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah
kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma
guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang
selepas kes liwat Saiful.
4. Anwar Ibrahim akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar
Ibrahim akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA
”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA
“Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu
penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan
istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka
mendapat peluru baru.”
5. Anwar Ibrahim akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat
akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka
sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk
Eskay. Namun, Anwar Ibrahim dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak
polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar,
oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata
“INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
6. Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli
Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan
membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin,
calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan
(diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga
ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis
mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar
untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk
menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay
dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang
sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.
7. Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah
berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom
pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar
untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata
yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi
Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang
Palsu Azmin
8. Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes
Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut.
Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan
pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang
menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil
membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9. Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai
terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat
akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai
tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar
supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan
penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan
sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang
Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah
kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma
wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10. Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi
Pakatan Pembangkang dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang
dalam Pas, bahawa setiap ahli PAS akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi,
watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU-13, aku hanya
akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR
dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). Beginilah bagaimana PAS permainkan agama
demi kuasa ke Putrajaya.)
Demi menuju ke Putrajaya, Anwar Ibrahim sanggup melakukan
apa saja demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Penulis membaca penulisan YB Dato Zulkifli
Noordin dengan penuh minat dan yakin ia dibuat berdasarkan penyelidikan yang
mendalam dan amalan amalan terdahulu juga. Jika ia betul betul sudah atau akan
berlaku, apa `think thank’ BN dan DS Najib hendak bertindak bertahan atau
membalas atau menyerang?
Dalam kes Saiful, Anwar Ibrahim berjaya
mempengaruhi bapa Saiful, Pak Azlan untuk menyatakan ia sesuatu komplot UMNO.
Pak Azlan yang pada suatu ketika berhabisan membela Saiful, akhirnya tergolek
di pangkuan Anwar Ibrahim. Tahniah kerana team Anwar Ibrahim yang terus menerus
mencari jalan untuk memenangi kepercayaan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat
khasnya. Mengapa Pak Azlan berbuat demikian? Dengan maklumat yang amat terhad,
penulis merasa Pak Azlan kecewa kerana BN, UMNO dan DS Najib tidak memberi
perhatian yang serius atau tidak membantu dengan sekuat kuatnya. Penulis faham
jikalau BN,UMNO dan DS Najib campur aduk, ia akan dilabelkan komplot. Nasib
baik BN, UMNO dan DS Najib tidak `campur’ di dalam urusan `Liwat Saiful-Anwar’.
Kalau tidak Pak Azlan akan membuat kenyataan bertulis lagi penglibatan DS Najib
membela Saiful. Kerajaan berpendirian setiap warganegara Malaysia wajib
dilindungi undang undang Malaysia. Ingat. Kawan hari ini mungkin lawan esok
hari.lihat Pak Azlan. Semalam kawan Saiful, hari ini lawan Saiful.
Penulis harap Pak Azlan akan dapat
mendampingi Anwar Ibrahim dan dengan izin Allah, Pak Azlan akan menasihati
Anwar Ibrahim untuk memperbaiki tabiat buruk Anwar Ibrahim. Minta minta pada
ALLAH, mungkin ini hikmahnya.
Pak Azlan juga boleh membuat `Sumpah Laknat’
yang beliau tidak menerima habuan dari Anwar Ibrahim dan perbuatan berpaling
tadah ini adalah ikhlas atau tanpa paksaan.
Diberitakan juga Anwar Ibrahim berjaya
menjadikan bekas Peguam Cara II, Mohd Yusof Zainal Abiden menjadi penasihat
beliau di dalam kes Liwat Siaful –Anwar. Bekas Peguam Cara II itu baru sahaja
bersara dan menubuhkan syarikat guaman sendiri dan atas dasar perniagaan dan
`cari makan’, tawaran Anwar Ibrahim lumayan. Mohd Yusof ini terkenal dengan membenarkan
Anwar Ibrahim meminta penanggohan berpuluh kali di dalam perbicaraan Liwat
Saiful-Anwar.
Sekarang ada gerakan licik oleh Anwar Ibrahim
untuk `meBRIM’ Pegawai Kanan Kehakiman, Datuk Eskay, salah seorang Datuk Trio, ADUN
PKR yang berpaling tadah dahulu, peguam dan polis yang pernah mengendalikan
pendakwaan kes Anwar, berpaling tadah
dan membuat kenyataan yang BN, UMNO dan DS Najib berkomplot menjatuhkan Anwar
Ibrahim.
Apa yang dikesali ialah apabila rakyat menerima BRIM2.0, tindakan rakyat yang
berpusu pusu beratur dan berkumpul, diibaratkan seperti haiwan, mereka mereka
yang menerima `BRAIM’ (BANTUAN RAKYAT
ANWAR IBRAHIM) ini, nak disifatkan sebagai apa?
Penulis berdoa kepada ALLAH SWT agar
persegerakan apa jua balasan baik atau tidak baik kepada mereka yang membangunkan
atau yang menghancurkan negara Malaysia tercinta. Kami rakyat Malaysia tidak
larat dengan `malapetaka politik’ yang sedang berlangsung di Malaysia.
HADIS: ULAMASUQ LBIH DARI DAJJAL!
ReplyDeleteJahat sungguh surat fitnah hadipas pada ulama2 sdunia, sngaja busuk hati kaitkn AnwarPH dgn label zionis. Hakikatnya dia pura2 nyanyok pada 1978 nikAzizPas dlm prlimn kuat mmbangkang knpa umnoBN Ros luluskn dftr FREEMASON ILLUMINATI 12cawangn sluruh ngra! Bahkn pada 2010 Kuil@greja trbsr asia bwh umnoBN siap trbina d BukitJalil sbgai pusat sihir dajjal iblis asia! Ksmua pristiwa itu sngaja d abaikn hadi ulama²suq mursyidul ayotolol syura syifa kuliah2 khutbah istana jakim sbagainya seolah² ksmuanya tiada iman tiada akal tiada maruah tiada biji mata tiada telur!
Hari ini hadipas sndri robek atap mnaikkn smula umnoBN kmbli sbgai regim iblis sprti dulu sdngkn susah payah PH mmnngi mandat SPR pru14, mmfailkn kes2 trillion rosihir joLow smua habis brkecai oleh kesialan hadiPas yg hadis nabi gmbrkn kebenarannya trbukti ulamaSuq adalah lebih DAJJAL!