Wednesday, 20 March 2013

MATI SYAHID DUNIA LAH..ZALIM PADA PENGGANAS LAH..SANDIWARA LAH…


PKR tuduh pencerobohan pengganas Sulu sebagai sandiwara UMNO. PAS menfatwa kematian anggota keselamatan adalah mati syahid dunia.Penyokong pembangkang kata anggota keselamatan bertindak ganas dan tidak adil kepada pengganas dan warga Filipina. Ada kata PDRM dan ATM lembap bertindak dan tidak cekap. Seminggu ini lagu paling top dalam carta lagu ialah `Sabah nak hilang’ oleh penyanyi veteran Anwar Ibrahim . Itulah sebahagian daripada luahan kata kata pihak sebelah. Mengata orang memang sedap
Penulis merasa adalah sifat semulajadi pembangkang yang suka membangkang untuk berlainan pendapat. Warna putih dikata hitam, besar dikata kecil, ringan dikata berat, telor ayam dikatakan telor itik, bukan Islam tidak boleh guna Kalimah, dia kata boleh, muka serupa si A,mereka kata bukan dan macam macam kerenah lagi.
Dr Yusof Qarhdawi, seorang Ulamak Islam yang terkenal,  ada mengutus surat kepada DS Najib dan mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Kerajaan Malaysia terhadap rakyat Palestin. Bangga dengan keberanian DS Najib melawat Gaza. Beliau yang juga rakan rapat DS Anwar, berdoa agar Malaysia senantiasa aman dan maju. Harap DS Anwar tidak kecil hati.
Ayoh rakyat Malaysia. Marilah kita tetapkan yang mana hitam dan putih. Tetapkan yang mana haram dan halal. Pilihlah yang baik dan buang yang jahat.

No comments:

Post a Comment